BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

BLOG BAHASA MELAYU CIKGU FARHAN

SELAMAT MELAYARI BLOG BAHASA MELAYU CIKGU FARHAN DI LINK INI BERSAMA MENUJU KECEMERLANGAN!!

Pengunjung Setia

DARI MANA ANDA ONLINE?

KATA-KATA HIKMAT/FALSAFAH

ANDA TIDAK KUAT
TETAPI ANDA MEMPUNYAI KEKUATAN
UNTUK MENJADI KUAT,

LANGKAH PERTAMA ITU ADALAH HARAPAN
SEDANGKAN TIDAK MELANGKAH
LANGSUNG TIADA HARAPAN.

OLEH : DATO' DR. SYED AHMAD

CITA-CITA TANPA USAHA ADALAH ANGAN-ANGAN,
ANGAN-ANGAN YANG DIUSAHAKAN ADALAH CITA-CITA.


OLEH : MAS ADEKI

Wednesday, August 26, 2009

SAJAK HARI KEBANGSAAN 2009



Harga Sebuah Kemerdekaan !

(Mohammad Farhan bin Abu Talib)


Merdeka ! merdeka ! merdeka !

1 malaysia menjadi panduan

Rakyat didahulukan

Pencapaian di utamakan

Perjalanan negara kita

Menongkah arus cabaran

Yang terus menghimpit pemimpin negara


Merdeka ! merdeka ! merdeka !

Itulah laungan Tunku Abdul Rahman

Perpaduan berputik di sisi perlembagaan

Rukun negara menjadi bukti perpaduan

Bersatukah kita pada hari ini?


Merdeka ! merdeka ! merdeka !

Itulah laungan setiap hari kebangsaan

Berapi-api semangat patriotisme

Dimanakah rasa bangga kita terhadap kemerdekaan ini?

Mampukah kita dalam perjuangan wawasan 2020


Merdeka ! merdeka ! merdeka !

Hanyir darah pahlawan semerbak di medan perjuangan

Leftenan Adnan, Mat Kilau, Datuk Bahaman

Gugur syahid ! syahid ! di medan pertempuran

Perginya mereka tiada galang gantinya


Merdeka ! merdeka ! merdeka

Picisan noda barat

Mempengaruhi adat ketimuran

Sedarkah kita ! sedarkah kita !

Di mana letaknya keagungan

Kesultanan raja Melayu yang semakin terhakis


Merdeka ! merdeka ! merdeka !

Bangkitlah ! bangunlah !

Bersama-sama membela

Agama, bangsa dan negara

Demi Malaysia tercinta !


FAKULTI BAHASA

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

p/s sajak ini memenangi tempat pertama dalam satu pertandingan deklamasikan sajak di UPSI

0 comments:

Related Posts with Thumbnails