BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

BLOG BAHASA MELAYU CIKGU FARHAN

SELAMAT MELAYARI BLOG BAHASA MELAYU CIKGU FARHAN DI LINK INI BERSAMA MENUJU KECEMERLANGAN!!

Pengunjung Setia

DARI MANA ANDA ONLINE?

KATA-KATA HIKMAT/FALSAFAH

ANDA TIDAK KUAT
TETAPI ANDA MEMPUNYAI KEKUATAN
UNTUK MENJADI KUAT,

LANGKAH PERTAMA ITU ADALAH HARAPAN
SEDANGKAN TIDAK MELANGKAH
LANGSUNG TIADA HARAPAN.

OLEH : DATO' DR. SYED AHMAD

CITA-CITA TANPA USAHA ADALAH ANGAN-ANGAN,
ANGAN-ANGAN YANG DIUSAHAKAN ADALAH CITA-CITA.


OLEH : MAS ADEKI

Friday, September 11, 2009

PERKONGSIAN PENGALAMAN MENJAWAB SOALAN STPM KERTAS KESUSASTERAAN MELAYU MODEN 922/2

Assalamualaikum diucapkan kepada pelajar-pelajar Kesusasteraan Melayu yang berada di seluruh negara. Cikgu mendoakan semoga anda semua berada dalam keadaan sihat dalam meniti hari-hari peperiksaan STPM yang semakin menjelang ini, dalam kesempatan ini juga cikgu ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin yang akan menjelang lebih kurang seminggu lagi. Di sini cikgu ingin berkongsi pengalaman dan bagaimana cara cikgu menjawab dan belajar semasa menjawab soalan STPM tahun 2007 hingga menjadi pelajar kedua terbaik keseluruhan dan pelajar terbaik Kesusasteran Melayu yang hanya cikgu mendapat A dikalangan pelajar Sastera untuk kertas Kesusasteraan Melayu di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Alauddin Masjid Tanah Melaka. Terlebih dahulu cikgu ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Rohana Isa, Allahyarham Dr. Idris Jalil (Al- Fatihah), dan juga Puan Umi Kalsom Omar kerana telah mengajar cikgu dalam kertas Kesusasteran Melayu dari tingkatan 4 hingga 6. Tidak lupa juga ucapan terima kasih tidak terhingga kepada seluruh Guru SMK Sultan Alauddin terutama kepada Guru yang mengajar Kelas Tingkatan 6 tahun 2007.

Cara menjawab kertas STPM Kesusasteraan Melayu tidak serumit yang dicanagkan oleh pelajar-pelajar Kesusasteraan Melayu, secara keseluruhannya kertas kesusasteran Melayu ini memerlukan pembacaan terutama sekali pada soalan seperti NOVEL, CERPEN, dan DRAMA. Ketiga-tiga bahagian ini berada dalam kertas 2 iaitu kesusasteran Melayu moden 922/2 yang memerlukan pelajar mengigati cerita yang telah dipelajari. Mengigati cerita dan ingat konsep menjawab sudah cukup untuk mendapat markah penuh 25/25 pada bahagian B dan juga Bahagian C. Bagi mengigati cerita pelajar harus membaca dan membuat analisis dari segi struktur seperti tema, persoalan dan sebagainya. Apabila menjawab soalan pula pelajar jangan hanya memberi jawapan mengikut permintaan soalan contohnya soalan meminta pelajar memberikan 3 nilai murni yang terdapat dalam cerpen paku payung limau mandarin, pelajar hrus menjawab lebih daripada 3 nilai kerana mungkin 3 nilai yang diberi oleh pelajar itu salah dan jika memberi jawapan lebih daripada 3 mungkin jawapan pelajar nombor 4, 5 dan 6 lebih tepat daripada jawapan nombor 1, 2 dan 3. Begitu juga soalan-soalan yang lain, pelajar harus memberi jawapan lebih daripada yang diminta bagi backup jawapan yang diberikan dan mendapat markah penuh. Jika semua ini telah dilakukan pelajar insyaAllah bahagian B dan C dalam kertas Moden pelajar akan mendapat markah penuh 25/25.

Bahagian A pula pelajar harus mengigati sejarah Kesusasteran Melayu, tahun-tahun dan golongan-golongan penulis. Di bahagian A ini juga pelajar harus mengigati Kritikan-kritikan sastera dan tokoh-tokoh yang terlibat. Bahagian A ini merupakan bahagian yang rumit berbanding bahagian B, C dan D. Selalunya bahagian A inilah pelajar akan mendapat markah rendah kerana berkaitan dengan sejarah kesusasteran Melayu dan kritikan. Oleh itu pelajar harus memberikan perhatian yang lebih di bahagian A ini bagi mendapat markah yang tinggi. Banyakkan membuat latihan dan moke up untuk soalan dibahagian A ini. Sila membuat Nota dan kelaskan nota anda mengikut tahun agar mudah anda mengigati.

Di bahagian D pula merupakan bahagian yang paling mudah antara bahagian A, B, C dan D. Ini kerana bahagian D merupakan bahagian yang memerlukan pelajar menganalisis Sajak. Pelajar harus menjawab bahagian D ini terlebih dahulu daripada bahagian lain dan pastikan jawapan pelajar betul ketika menjawab. Selalunya pelajar akan skor markah penuh 25/25 di bahagian D kerana soalan akan berkisar mengenai sajak yang diberikan. Oleh itu pastikan anda menguasai konsep menjawab di bahagian D ini lebih-lebih lagi jika solan bertanyakan tentang bentuk, struktur dan ciri-ciri sajak, ini merupakan bonus bagi pelajar.

Sila jawab dengan penuh teliti dan jangan membazirkan masa dengan tidur ketika menjawab. Jangan ikut cara cikgu yang hanya menjawab dalam 1 jam 30 minit sahaja sedangkan soalan 3 jam. Sila pilih soalan yang senang dan anda yakin untuk menjawab. Setiap jawapan yang diberikan pastikan ada FAKTA, HURAIAN DAN CONTOH bagi menguatkan jawapan anda dan mendapat 3 markah penuh untuk 1 fakta. Skema markah akan dinilai mengikut fakta yang diberikan, terdapat huraian dan juga contoh yang dikemukakan. Sila lihat juga markah yang diberikan jika markah 15 pastikan terdapat 5 FAKTA dan diikuti oleh HURAIAN dan CONTOH. Sila dapatkan soalan-soalan tahun lepas untuk latihan dan dapatkan soalan percubaan dari negeri lain terutama negeri Kelantan. Masa sekarang ini tiada masa untuk membaca buku, buat latihan setiap hari dan berbincang dengan guru soalan yang tidak dapat dijawab. SELAMAT MENJAWAB KERTAS KESUSASTERAAN MODEN 922/2 DENGAN PENUH YAKIN.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails