BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

BLOG BAHASA MELAYU CIKGU FARHAN

SELAMAT MELAYARI BLOG BAHASA MELAYU CIKGU FARHAN DI LINK INI BERSAMA MENUJU KECEMERLANGAN!!

Pengunjung Setia

DARI MANA ANDA ONLINE?

KATA-KATA HIKMAT/FALSAFAH

ANDA TIDAK KUAT
TETAPI ANDA MEMPUNYAI KEKUATAN
UNTUK MENJADI KUAT,

LANGKAH PERTAMA ITU ADALAH HARAPAN
SEDANGKAN TIDAK MELANGKAH
LANGSUNG TIADA HARAPAN.

OLEH : DATO' DR. SYED AHMAD

CITA-CITA TANPA USAHA ADALAH ANGAN-ANGAN,
ANGAN-ANGAN YANG DIUSAHAKAN ADALAH CITA-CITA.


OLEH : MAS ADEKI

Wednesday, April 27, 2011

LATIHAN SYAIR SPM

Soalan Esei

1.Syair Si Burung Nuri Satu

Di Gunung Puteri akan tempatnya,
Dari udara konon asal mulanya,
Terlalu harun akan baunya,
Tiada menyamai pada zamannya.

Elok manis indah rupanya,
Terlalu halus barang katanya,
Sangatlah bijak akan akalnya,
Dalam istana sukar bandingnya.

a)Nyatakan dua unsur bunyi berserta contoh berdasarkan petikan syair di atas.
(4 markah)

2.Syair Si Burung Nuri Dua

Serta Nuri mendengar begitu,
Mukanya manis lakunya tentu,
Di dalam hatinya menjadi satu,
Di mana gerangan mudah yang tentu.

Lalu beradu Nuri bangsawan,
Ditunggui pulak dengan Si Bayan,
Tiadalah sedap tidur dan makan,
Badan terhandar dalam halaman.

a)Berikan maksud anafora dan berikan satu contoh berdasarkan petikan di atas.
(2 markah)

b)Nyatakan dua gambaran watak Nuri.(2 markah)


3.Syair Si Burung Nuri Tiga

Lalu bersyair Si Bunga Cina,
Janganlah kita dapat bencana,
Ayuh cempaka yang bijaksana,
Fikirlah juga dengan sempurna.

a)Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam puisi di atas.(2 markah)

b)Nyatakan dua ciri puisi di atas. (2 markah)


4.Syair Si Burung Nuri Empat

Setelah sudah berkata-kata,
Lalu terbanglah Nuri Gempita,
Demi bertemu Si Burung Dewata,
Berjabat tangan duduk beserta.

Burung Dewata yang bijaksana,
Ia bertanya dengan sempurna,
Tuanku datanglah dari mana,
Apakah maksud muda teruna.

i.Apakah jenis puisi di atas?(1 markah)
ii.Berikan TIGA sebab mengapa anda berkata demikian.(3 markah)


5.Syair Pentingnya Menjaga Hubungan Keluarga dan Persahabatan

Keluasan panjang sinar dan silam,
Keadaan bertambah zahir tak kelam,
Fakir dan syukur hati di dalam,
Ke hadrat al-A’la Khaliq al-Alam.

Mudah-mudahan bertambah masih,
Akal dan ilmu bicara yang bersih,
Mukim berikat dengan kasih,
Tiada mardhan cerai berselisih.

i.Nyatakan DUA nilai yang terdapat dalam syair di atas.(2 markah)

ii.Berikan SATU gaya bahasa yang terdapat dalam syair diatas beserta contohnya sekali.(2 markah)

Baca Selanjutnya>>

Monday, April 25, 2011

Analisis Cerpen - Melakar Impian

Melakar Impian
Mohd Kasim Mahmud

Sinopsis
Cerpen ini mengisahkan tentang usaha Rosli yang mengutarakan idea untuk menternak burung Ruak-ruak. Namun hasrat Rosli itu telah menjadi ejekan dan diperlekehkan oleh rakan-rakannya. Namun, setelah berusaha gigih akhirnya Rosli berjaya dalam perniagaan menternak burung ruak-ruak. Pada suatu hari Rosli mendapat tahu bahawa rakan-rakannya telah ditangkap kerana cuba untuk melakukan rompakan ke atas rumah penduduk kampung. Namun, atas rasa tanggungjawab Rosli membantu rakan-rakannya dengan mengikat jamin mereka supaya dapat keluar daripada penjara sebelum tarikh perbicaraan berlangsung. Pada masa itu barulah rakan-rakannya menyesal dan terharu dengan sikap dan kebaikan Rosli.

Tema
Kegigihan untuk mencapai cita-cita.


Huraian Tema
Kegigihan ini ditonjolkan menerusi watak Rosli yang ingin menjalankan usaha ternakan burung ruak-ruak. Kegigihan Rosli ditunjukkan menerusi sikapnya yang tabah menghadapi segala cabaran. Usaha gigihnya ini tidak sia-sia kerana Rosli akhirnya berjaya melaksanakan projek penternakan burung ruak-ruak.

Persoalan
a.Sikap tidak berputus asa.
b.Kesabaran dalam menghadapi cabaran.
c.Keburukan sikap memperkecil-kecilkan kebolehan orang lain.

Aspek Bahasa
Bahasa yang digunakan dalam cerpen ini umumnya mudah difahami.

Unsur gaya bahasa

Hiperbola
“Ngauman motorsikal ketiga-tiga pemuda itu membelah kedamaian petang Kampung Beringin Tunggal”(hlm.126).
“Setompok ludahnya melayang lalu mendarat di atas tanah”(hlm.123).

Metafora
“Taman sanubari”(hlm.129)

Pemilihan kata/Diksi
Kata-kata yang mudah difahamai dan menggunakan bahasa harian.
“Ha,ha,ha! Ledakan ketawa sekumpulan anak muda mengusik kedamaian petang minggu Kampung Beringin Tunggal”(hlm.121)

Kata Ganda
“Bukan-bukan(hlm.121),bersungguh-sungguh,rakan-rakannya,bermain-main(hlm.122)”

Aliterasi
“Macam Mat Jenin”(hlm.123) perulangan konsonan “M” sebanyak 3 kali
“Rosli tidak putus asa”(hlm.122) perulangan konsonan “S” sebanyak 3 kali

Asonansi
“Air matanya menitik”(hlm.129) perulangan vokal “I” sebanyak 3 kali

Teknik
Teknik dialog.
“Hei kawan, engkau ni dah buang tabiatkah? ... Ini rancangan baik, Lamin …”(hlm.122)

Konflik luaran.
Berlaku antara Rosli dan rakan-rakannya. Contoh, “Rosli anak muda bertubuh kurus tinggi menyambut ledakan ketawa rakan-rakannya itu dengan penuh ketabahan”(hlm.121)

Suspen.
Adakah Rosli akan membantu rakan-rakannya yang ditimpa masalah. “ dia menemui Encik Ishak, Ketua Polis Daerah. Dia diberitahu, ketiga-tiga rakannya boleh dibebaskan dengan ikat jamin RM1000 seorang sementara menunggu hari perbicaraan”(hlm.128)

Imbas Kembali
“Semasa bersekolah dulu, aku pernah membaca kegigihan Henry Fayol mencipta kereta, Thomas Edison mencipta lampu elektrik, …”(hlm.122)

Imbas Muka
“Siapa tau dengan izin Allah kita boleh menjadi jutawan! Hah, setelah menjadi jutawan, kita boleh bantu golongan fakir miskin”(hlm.124)

Plot
Permulaan
Bahagian ini mula memperkenalkan watak-watak yang terlibat dalam cerpen. Contohnya “Rosli anak muda bertubuh kurus tinggi menyambut ledakan ketawa rakan-rakannya itu dengan penuh ketabahan”(hlm.121)

Perkembangan
Dalam bahagian ini pengarang memaparkan masalah atau konflik yang berlaku diantara Rosli dan rakan-rakannya. “Hei kawan, engkau ni dah buang tabiatkah? ... Ini rancangan baik, Lamin …”(hlm.122)

Puncak/klimaks
Rosli berusaha sendiri untuk mencapai impian yang dihajatinya. “Rosli membentangkan rancangannya itu kepada kedua-dua ibu bapanya, malah mereka memberi bantuan sebanyak RM 2000.00 bagi membolehkan Rosli membina sebuah sangkar besar seluas gelanggang badminton di belakang rumah.” (hlm.126)

Penurunan/peleraian
Semakin hari usaha Rosli menampakkan hasil sehinggakan dia menjadi seorang penternak yang berjaya. “Hari terus berganti projek ternakan burung Ruak-ruak itu semakin berjaya” (hlm.128).

Penyelesaian
Rakan-rakan lama Rosli telah ditangkap oleh pihak polis kerana melakukan rompakan. Namun Rosli telah melakukan ikat jamin kesemua rakan-rakannya. Sehinggakan mereka semua merasa bersalah dan terharu dengan sikap Rosli. Akhirnya mereka insaf dan ingin membantu dalam perniagaan Rosli.
Contoh: “Kami tidak ingin mengulangi kesilapan lalu, kami mau berubah menjadi warga yang berguna, tambah Lamin penuh kekesalan” (hlm.129).

Watak dan perwatakan

Watak utama
Rosli
-Bertubuh kurus dan tinggi
-Seorang yang rajin berusaha - “Usaha gigih Rosli mula menampakkan hasil” (hlm.126)
-Seorang yang penyabar - “Hati Rosli tetap tabah. Dia telah membuatkan tekad akan memulakan satu projek yang dianggap mustahil oleh ketiga-tiga rakannya” (hlm.126)
-Seorang yang pemaaf - “Dengan rela hati Rosli menjamin ketiga-tiga rakannya”(hlm.128)

Watak sampingan

Azwan, lamin dan Fuad
-Rakan-rakan kepada Rosli
-Remaja yang suka membuang masa - Suka melepak dan bermain motorsikal
-Remaja yang rosak - “Azwan,Fuad dan Lamin telah ditangkap oleh beberapa penduduk sewaktu sedang memecah masuk ke rumah Haji Sameon” (hlm.128)

Latar

Latar Masyarakat

Masyarakat desa
“Ha,ha,ha! Ledakan ketawa sekumpulan anak muda mengusik kedamaian petang minggu Kampung Beringin Tunggal”(hlm.121)

Latar Masa
Pagi
“Tiba-tiba pada suatu pagi, tersebar berita…”(hlm.128)

Latar Tempat
Kampung Beringin Tunggal
“Ha,ha,ha! Ledakan ketawa sekumpulan anak muda mengusik kedamaian petang minggu

Kampung Beringin Tunggal”(hlm.121)

Belakang Rumah Rosli
Tempat dimana Rosli membina sangkar untuk burung ruak-ruaknya. “Rosli membina sebuah sangkar besar seluas gelanggang badminton di belakang rumah”(hlm.126).

Balai Polis
Tempat dimana kawan-kawannya ditahan. “terima kasih, Li. Mujurlah kau sudai menjamin kami. Kalau tidak, kami terpaksa meringkuk di dalam bilik tahanan sampai hari perbicaraan,’ ucap Azwan dengan nada rendah”(hlm.128).

Sudut pandangan

Sudut pandangan orang ketiga. Dalam cerpen ini banyak menggunakan kata ganti diri orang ketiga. Contohnya “terima kasih, Li. Mujurlah kau sudah menjamin kami. Kalau tidak, kami terpaksa meringkuk di dalam bilik tahanan sampai hari perbicaraan,’ ucap Azwan dengan nada rendah”(hlm.128).

Pengajaran
Kita janganlah memandang rendah terhadap orang lain.
Kita mestilah berusaha untuk mencapai sesuatu yang diingini.
Kita haruslah bersifat pemaaf dan penyabar.

Nilai

Nilai kemanusiaan

Sabar dan tabah
Watak Rosli seorang yang sabar dan tabah. “Hati Rosli tetap tabah.”(hlm.126).

Rajin
Rosli seorang yang rajin. Dia mendirikan kandang burung ruak-ruaknya sendiri. “Rosli membina sebuah sangkar besar seluas gelanggang badminton di belakang rumah”(hlm.126)

Nilai Kemasyarakatan

Kerjasama
Penduduk kampung yang bekerjasama menangkap kawan-kawan Rosli yang cuba memecah masuk rumah penduduk di kampung mereka.

Bantu Membantu
Rosli yang membantu rakan-rakannya agar dapat keluar daripada penjara.

Baca Selanjutnya>>

Sunday, April 24, 2011

Analisis Cerpen - Anak-Anak Suria

Anak-anak Suria
Zahara Nawawi
Sinopsis
Cerpen ini mengisahkan tentang kehidupan sebuah keluarga yang membela kucing sebagai haiwan peliharaan. Hakim dan Amanai belum dikurniakan cahaya mata. Namun mereka merasa bahagia dengan adanya suria iaitu seekor kucing kesayangan mereka. Hakim dan Amanani bakal berangkat ke Kota Mekkah untuk menunaikan fardu haji selama sebulan. Oleh sebab itu mereka terpaksa mencari pembantu rumah yang boleh menjaga Suria. Kemudian mereka mengambil Ayu sebagai pembantu rumah. Tidak berapa lama selepas pulang dari mengerjakan haji. Suria telah mengandung dan kemudian melahirkan anak kembar lima. Namun sesuatu telah berlaku apabila tiga daripada anak-anak suria telah hilang. Kemudian Hakim dan Amanani mendapati Ayu telah melakukan penyiksaan terhadap anak-anak Suria. Mereka berdua akhirnya melaporkan kes tersebut dibalai polis berhampiran untuk tindakan lanjut.

Tema
Kasih sayang antara manusia dengan haiwan.
Kasih sayang Amanani dan Hakim terhadap Suria iaitu seekor kucing. “Bagi Hakim dan Amanani, Suria ialah cahaya mata mereka. Penyeri rumah tangga. Peanut retak. Dan pengerat simpulan tali kasih antara mereka”(hal.95).


Persoalan

a.Sifat perikemanusiaan dalam diri yang tinggi
Dalam cerpen dapat dilihat melalui watak Amanani dan Hakim. ““Bagi Hakim dan Amanani, Suria ialah cahaya mata mereka …”(hal.95).

b.Tanggungjawab terhadap keluarga
Watak Hakim yang bertanggungjawab mencari pembantu rumah untuk menjaga Suria semasa ketiadaan mereka. “Kita menunaikan fardu haji lama. Sebulan. Kita mesti mencari seorang pembantu untuk menjaga dan menemani Suria”(hal.95)

Aspek Bahasa
Kata-kata yang mudah difahami.

Hiperbola
“setiap kali Amanani dan Hakim pulang keriangan menebarkan aromanya …”(hal.96).

Pemilihan kata/Diksi
Kata-kata yang mudah dan senang untuk difahami.
“Kita tidak ada pilihan bukan ?”(hal.95)

Kata Ganda
“betul-betul,mengoncang-goncang, berterus-terang”(hal.95)

Aliterasi
“Hakim, suami Amanani pun begitu.”(hal.94). perulangan konsonan “M” sebanyak 3 kali.
“Kakak Cuma Tanya …”(hal.96). perulangan konsonan “K” sebanyak 3 kali.

Asonansi
“… Dialah cahaya mata kami”(hal.95) perulangan vocal “A” sebanyak 8 kali.
“Saya sudah kuburkan”(hal.99). perulangan vocal “U” sebanyak 3 kali.

Teknik

Teknik dialog.
Perbualan Hakim dan Amanani. Contohnya “Kita menunaikan fardu haji lama. Sebulan … kita tidak ada pilihan bukan? …”(hal.95)

Konflik luaran.
Amanani dan Hakim marah kepada Ayu yang telah mendera dan menyiksa anak-anak Suria. “ Nani menyoal Ayu di mana kubur Awan dan Bayu yang sebenar. Ayu tunduk keras tidak menjawab”(hal.101).

Pemerian.
“Siapa kata kes ini kecil? Di bawah Ordinan Haiwan 1953, sesiapa yang didapati bersalah mendera binatang boleh dipenjarakan enam bulan, atau denda RM200 atau kedua-duanya sekali”(hal.101)

Suspen.
“tiba-tiba Nani terdengar seperti bunyi anak kucing menjerit-jerit kecemasan dari dalam tong sampah”(hal.100)

Plot

Plot cerpen adalah mengikut kronologi. Pengarang menceritakan sesuatu secara tersusun.

Permulaan
Menceritakan tentang watak yang wujud dalam cerpen. Selain itu mengambarkan kehidupan keluarga Hakim yang bahagia. “Kemurungan perasaan Amanani segera terubat menyaksikan keletah Suria”(hal.94)

Perkembangan
Bahagian ini menunjukkan masalah yang berlaku iaitu tentang pembantu rumah yang boleh menjaga Suria. Selain itu mereka mendapat pembantu iaitu Ayu. Contohnya “Kita menunaikan fardu haji lama. Sebulan. Kita mesti mencari seorang pembantu untuk menjaga dan menemani Suria”(hal.95)

Puncak/klimaks
Pada tahap ini selepas Amanani dan Hakim pulang dari menuanikan fardu haji. Suria telah melahirkan anak kembar lima. Namun lama-kelamaan satu persatu anak-anak Suria hilang entah kemana. “Ayu di mana Manja? …”(hal.98)

Penurunan/peleraian
Amanani menjumpai Didi yang berada dalam tong sampah dan dibungkus menggunakan plastik sehingga mengakibatkan badanya menjadi lemah dan tidak bermaya. Pada masa itu barulah mereka tahu bahawa Ayu telah melakukan penyiksaan terhadap anak-anak Suria. “ pantas Nani membuka plastik yang diikat dengan tali rafia itu. Alangkah terkejutnya Nani melihat Didi, anak Suria sudah lembik dan hampir lemas dalam plastik itu …”(hal.100)

Penyelesaian
Akhirnya Amanani dan Hakim melaporkan kes itu kepada pihak polis. “selepas membuat aduan tentang kemalangan kereta, Hakim dan Nani pergi ke kaunter aduan kes-kes lain, lalu mengadukan penderaan dan pembunuhan Bayu, Manja,Awan dan terhadap penyiksaan Didi”(hal.101)

Watak dan perwatakan

Watak utama:

Amanani @ Nani
-Isteri Hakim
-Wanita Bekerjaya
-Seorang yang penyayang - “Nani mengangkat kepala lalu mencium hidung Suria”(hal.95)
-Seorang yang baik hati - “Budak Ayu ni sungguh baik. Nanti pada sambutan hari lahirnya, Nani hendak belikan dia seutas rantai emas bersama loket sekali. Boleh kan?”(hal.96)
-Seorang yang suka berterus –terang - “Ayu, awak tak dapat masuk ke mana-mana IPT kah?”(hal.96)

Watak sampingan :

Hakim
-Suami Amanani
-Lelaki bekerjaya
-Seorang yang penyayang - “Suria!Suria! Ayah balik sayang …”(hal.94)
-Seorang yang bertanggungjawab - “Bertanggungjawab menjaga kebajikan Suria. “Hakim dan Nani pergi ke kaunter aduan kes-kes lain, lalu mengadukan penderaan dan pembunuhan Bayu, Manja,Awan dan terhadap penyiksaan Didi”(hal.101)
-Seorang yang bijak berkata-kata. - “Siapa kata kes ini kecil? Di bawah Ordinan Haiwan 1953, sesiapa yang didapati bersalah mendera binatang boleh dipenjarakan enam bulan, atau denda RM200 atau kedua-duanya sekali”(hal.101)
-Seorang yang tegas dan berterus-terang. - “Ini Suria, Dialah cahaya mata kami. Sesiapa yang mahu bekerja di rumah kami terpaksalah menyayangi Suria sebagai anak kami”(hal.95)

Suria
-Seekor kucing betina
-Comel dan manja - “Nani mencuit hidung comel itu sekali lagi. Suria pantas menggapai dan menangkap tangan Nani dengan kedua-dua belah tangannya, lalu dibawah ke pipinya”(hal.95)
-Melahirkan 5 ekor anak - “Suria melahirkan anak kembar lima”(hal.98)

Ayu
-Pembantu rumah Nani dan Hakim
-Pelajar lepasan SPM
-Remaja berusia 17 tahun
-Seorang yang Rajin - “Ayu tidak membuang masa membuka pintu kereta dan mengambil beg kerja tuannya untuk dibawa masuk ke rumah”(hal.96)
-Seorang yang pandai berbohong dan berpura-pura. - “oh saya lupa hendak cakap. Manja sudah mati. Saya sudah kuburkan di situ”(hal.99)
-Seorang yang menghormati majikan - “Terima kasih, bang. Dia membongkok hormat di hadapan Hakim …”(hal.97)

Latar

Latar Masyarakat

Masyarakat yang mencintai haiwan
Digambarkan pada watak Hakim dan juga Amanani. “Bagi Hakim dan Amanani, Suria ialah cahaya mata mereka. Penyeri rumah tangga. Peanut retak. Dan pengerat simpulan tali kasih antara mereka”(hal.95).

Masyarakat yang tiada perikemanusiaan
Watak Ayu yang menganiyaya anak-anak Suria. “ pantas Nani membuka plastik yang diikat dengan tali rafia itu. Alangkah terkejutnya Nani melihat Didi, anak Suria sudah lembik dan hampir lemas dalam plastik itu …”(hal.100).

Latar Masa

Pagi
“Pagi-pagi sebelum matahari memancar terik …”(hal.97)

Petang
“Dia membongkok hormat di hadapan Hakim sebelum meneruskan langkah hala ke dapur untuk menyiapkan minuman petang”(hal.97).

Malam
“Dua hari dua malam Nani menangis”(hal.99)

Latar Tempat

Rumah Hakim dan Amanani
“Sebaik pulang dari pejabat, yang pertama …”(hal.94)

Tong sampah
“Tiba-tiba telinga Nani terdengar seperti bunyi anak kucing menjerit-jerit kecemasan dari arah tong sampah”(hal.100)

Balai polis
“Demi keselamatan dankecurigaan, Hakim dan Nani membawa Suria dan Mega, ke balai polis”(hal.101)

Sudut pandangan

Sudut pandangan orang ketiga.
Cerpen ini menggunakan sudut pandangan orang ke tiga serba tahu. Pegarang banyak menggunakan kata ganti nama ketiga.

Pengajaran

Kita perlulah menjaga dan menyayangi haiwan.
Haiwan juga adalah salah satu makhluk Tuhan di muka bumi. Contohnya Nani yang menyayangi Suria. “Nani mencuit hidung comel itu sekali lagi. Suria pantas menggapai dan menangkap tangan Nani dengan kedua-dua belah tangannya, lalu dibawah ke pipinya”(hal.95)

Kita mestilah jujur dan tidak berbohong.
Watak Ayu yang tidak jujur dan melakukan pembohongan kepada majikannya. “Tetapi lubang yang dikatakan kubur itu hanya diisi seketul batu yang keras dan kaku”(hal.101)

Nilai

Nilai kemanusiaan

Penyayang
Nani dan Hakim yang menyayangi Suria. “Bagi Hakim dan Amanani, Suria ialah cahaya mata mereka. Penyeri rumah tangga. Peanut retak. Dan pengerat simpulan tali kasih antara mereka”(hal.95).

Baik hati
Nani yang sangat baik hati kepada Ayu. “Budak Ayu ni sungguh baik. Nanti pada sambutan hari lahirnya, Nani hendak belikan dia seutas rantai emas bersama loket sekali. Boleh kan?”(hal.96)

Baca Selanjutnya>>

Saturday, April 23, 2011

Nota - Jenis-Jenis Watak dalam Karya

Dalam sesebuah novel, banyak watak yang dipaparkan oleh pengarang. Watak-watak tersebut berperanan untuk menghidupkan dan mengembangkan cerita. Pada umumnya, terdapat dua jenis watak yang diketengahkan dalam novel, iaitu watak utama dan watak sampingan. Watak utama dan watak sampingan itu pula boleh dikelaskan kepada beberapa jenis, berdasarkan peranan yang dimainkan oleh watak-watak tersebut dalam cerita.

Watak Utama
Watak utama ialah watak yang memainkan peranan utama dalam cerita. Dalam sesebuah cerita, pengarang banyak menumpukan penceritaannya terhadap watak utama kerana watak inilah menjadi fokus dalam cerita dan menjadi penggerak utama cerita.

Watak utama biasanya diberi peranan oleh pengarang sebagai watak protagonis atau antagonis.

Watak Protagonis
Watak utama yang menonjolkan sifat-sifat baik. Biasanya watak ini menggerakan cerita ke arah keadaan yang positif.

Watak antagonis
Watak utama yang sering menimbulkan konflik dan menentang watak protagonis.

Watak bulat/bundar
Watak utama yang dibangunkan secara keseluruhannya. Dia digambarkan memiliki sifat manusia biasa dalam kehidupan harian, iaitu tidak sepenuhnya jahat dan tidak pula sepenuhnya baik. Sifat-sifat yang dimilikinya berubah-ubah dan tidak dapat diramal oleh pembaca.

Kadangkala pembaca akan terperanjat dengan tindakan yang tidak disangka-sangka, dilakukan oleh watak berkenaan. Misalnya, watak A, digambarkan baik atau sebaliknya (jahat) pada peringkat awal cerita. Tetapi, tanpa diduga oleh pembaca tindakan watak tersebut berubah.


Watak Dinamik
Watak dinamik sinonim dengan watak bulat. Tingkah lakunya boleh berubah-ubah sama ada dalam situasi yang kurang baik kepada yang lebih baik atau sebaliknya. Watak ini degambarkan penuh bertenaga dan biasanya mengalami perubahan mengikut perkembangan cerita.

Watak Pipih
Watak yang tidak dibangunkan secara keseluruhannya sebagaimana watak bulat. Watak ini diperkenalkan oleh pengarang melalui sesuatu aspek peribadinya sahaja. Misalnya, kalau seseorang watak itu diberi peranan jahat, kita hanya berhadapan dengan tindak-tanduknya yang negatif sahaja di sepanjang cerita.

Jelasnya, Pembaca tidak lagi terkejut dengan tindak-tanduk watak tersebut kerana pembaca telah dapat mengagak sebarang kemungkinan yang akan dilakukannya berdasarkan sifat peribadi yang dimilikinya. Biasanya, terdapat dua kategori watak pipih yang dipaparkan oleh pengarang cerita, iaitu:

a. Watak pipih yang berpihak kepada protagonis.

b. Watak pipih yang berpihak kepada antagonis.

Watak Statik

Watak yang tidak mengalami sebarang perubahan mengikut arus perkembangan cerita. Ia digambarkan terus dengan pendiriannya atau tingkah laku yang ditonjolkannya dari awal hingga akhir cerita.

Watak Sampingan
Watak-watak pembantu yang ditimbulkan oleh pengarang dalam cerita untuk menyokong tindak-tanduk watak utama. Watak-watak ini diwujudkan sebagai pelengkap cerita. Watak ini kadangkala bergerak seiring dengan watak utama dalam cerita.

Baca Selanjutnya>>

Sinopsis Hikayat - Hikayat Indera Nata

Sinopsis

Indera Janaka, Si Batu Kembar dan Raja Rom, akhirnya mati dalam unggun api yang marak. Indera Nata dan kesemua tujuh orang puteri berasa gembira. Setelah kemangkatan Raja Rom, bonda Indera Nata, Tuan Puteri Cenderawati menceritakan bahawa Raja Rom sebenarnya ayahanda kepada Indera Nata. Ia menceritakan peristiwa yang telah berlaku menyebabkan ia terpisah dengan Raja Rom. Puteri Cendera Kesuma kemudiannya menghidupkan kembali aja Rom dengan batu hikmat Betara Gangga. Raja Rom yang hidup kembali diberitahu kisah sebenar yang berlaku pada Puteri Cendera Wati satu ketika dahulu. Raja Rom menyesal lalu berterima kasih pada semua.

Indera Nata, kemudiannya berkahwin dengan empat daripada tujuh puteri itu. Apabila diketahui oleh ayahanda kesemua puteri itu, mereka ingin mendapatkan semua anakanda mereka. Ketujuh-tujuh raja tersebut kemudiannya datang untuk menyerang Indera Nata namun setelah melihat keperibadian Indera Nata yang terlalu elok rupa paras dan terlalu tinggi budi pekerti itu, mereka membatalkan hasrat tersebut.

Raksasa berasa marah kerana anaknya, Si Batu Kembar telah terbunuh oleh Indera Nata. Ia menyerang dan banyak rakyat Rom yang dimakannya. Walaupun cuba dimakan dan dihempas, Indera Nata dengan berani dan gagah berjaya mengalahkan raksasa itu dan merantainya.

Raja Rom dan kesemua tujuh raja berasa kagum dengan kehebatan Indera Nata. Indera Nata membenarkan kesemua tujuh puteri untuk kembali ke negara masing-masing tetapi mereka enggan berpisah dengan Indera Nata. Kesemua tujuh raja menerima hakikat tersebut dan bermohon kembali ke negara masing-masing.

Contoh Soalan dan Jawapan:
1. Jelaskan watak utama cerita dan perwatakannya. (8 markah)

Watak utama cerita ialah Indera Nata atau Piatu. Ia seorang yang gagah. Indera Nata dapat mengalahkan raksasa yang cuba membunuhnya sedangkan orang lain gagal. Indera Nata juga seorang yang penyayang. Ia menyayangi ayahandanya sehinggakan sanggup menghidupkan semula ayahnya dengan bantuan Puteri Cendera Kesuma. Selain itu, ia seorang yang berani. Ia berani menentang raksasa seorang diri sedangkan orang lain berundur dan menyelamatkan diri masing-masing. Beliau juga mempunyai kesaktian. Indera Nata memiliki kesaktian iaitu tidak cedera walaupun dihempas oleh raksasa. Beliau juga amat berbudi bahasa. Indera Nata berkata-kata dengan lemah-lembut dan amat menghormati kesemua tujuh raja yang ingin menyerang Rom.

Baca Selanjutnya>>

Friday, April 22, 2011

Nota - Pantun dan ciri-cirinya

Ciri-ciri umum Pantun

Bentuk
•Bilangan baris - baris juga disebut sebagai kerat. Terdapat pelbagai jenis pantun iaitu pantun 2 kerat,4 kerat, 6 kerat dan pantun 8 kerat.

•Pembayang maksud dan maksud. Pantun mempunyai pembayang maksud dan maksud. 2 baris yang pertama adalah pembayang dan 2 baris yang kedua adalah maksud.

•Bilangan perkataan sebuah pantun yang baik mempunyai 4-5 patah perkataan sebaris.

•Bilangan suku kata setiap baris pantun yang baik mempunyai 8-12 suku kata.

•Rima akhir pantun mempunyai rima akhir yang terkawal. Pantun 4 kerat rima akhirnya ialah a-b-a-b iaitu bunyi rima akhir baris pertama sama dengan baris ketiga dan rima akhir baris kedua sama dengan baris keempat.


Baca Selanjutnya>>

Nota - Nada Sajak

Nada Sajak
Sering kali, pelajar beranggapan bahawa terdapat beberapa nada dalam sesebuah sajak. Misalnya, nada romantis pada rangkap pertama dan nada sinis pada rangkap kedua. Anggapan ini kurang tepat. Hal ini kerana hanya ada satu nada sahaja bagi sebuah sajak.

Terdapat lima nada sajak. Nada patriotik, nada melankolik, nada sinis, nada romantis, nada protes. Nada patriotik ialah nada yang paling mudah dikenal pasti oleh pelajar. Mudah sahaja, kerana penyajak menggunakan idea dan perasaan yang mencintai negara, menentang penjajahan atau menggambarkan kasih bangganya kepada kemajuan negara.

Nada sinis juga boleh dikenal apabila penyajak menyindir manusia atau mana-mana pihak dalam sesuatu isu tertentu. Jelasnya, penyajak berasa kurang puas hati terhadap mana-mana pihak tetapi tidak menggambarkan kemarahannya. Sebaliknya, unsur sindiran yang digunakan.

Nada protes pula dapat dikenal sekiranya penyajak marah dan menggunakan kata-kata yang menggambarkan rasa geram terhadap sesuatu isu atau pihak.

Nada melankolik jarang ditemui kini kerana penyajak akan meluahkan rasa sedih, pilu dan hiba dalam seluruh sajak. Biasanya, berkaitan dengan isu kehilangan orang tersayang atau kecewa dalam percintaan.

Nada romantis merupakan nada yang paling lazim kerana nada ini terdapat dalam kebanyakan sajak iaitu sajak-sajak berkaitan kehidupan harian, kisah silam atau pengamatan penyajak terhadap alam atau manusia. Oleh sebab itu, nada sajak romantis kurang ditanya dalam peperiksaan.

Baca Selanjutnya>>

Wednesday, April 20, 2011

Analisis Cerpen - Cikgu Apek

Cikgu Apek
Siti Hajar Mohd Zaki
Sinopsis
Cerpen ini mengisahkan tentang seorang wanita yang berusaha untuk menyebarkan ajaran agamanya kepada penduduk orang asli. Namun usaha itu kurang disenangi oleh seorang guru tadika yang bernama cikgu Apek. Semasa bertemu di hadapan tadika mereka berdua telah berborak dan berlaku percanggahan pendapat. Namun keadaan masih tetap terkawal. Akhirnya cikgu Apek menyahut seruan Faduhah untuk menyambung pelajarannya di maktab perguruan.

Tema
 Kepentingan ilmu
Cikgu Apek menyambung pengajian di maktab perguruan.“Di luar pengetahuan ku, dia menyahut seruanku agar memohon belajar ke maktab perguruan.”(hal.137)

Persoalan
a.Menghormati masyarakat lain
“kesemua 32 buah rumah di sini kami ziarahi. Ada pantang larang yang menegah kami masuk ke sesetengah rumah, kami akur dan hormat, ...”(hal.134)


Aspek Bahasa
Bahasa cerpen ini mudah dan senang untuk difahami
 
Hiperbola
“Tidak secalit pun kekurangan itu mencomotkan kanvas perjuanganku,Apek!”(hal.130).
“Dia tidak kuat berenang dia alam kongkrit yang penuh dengan teknologi”(hal.137).
 
Metafora
“Pelangi azam”(hal.136)
“Tali sabar”(hal.131)
 
Personifikasi
“seekor kumbang gagah yang menyelinap ke dunia tadika”(hal.132).
 
Simile
“Bagai ular kena palu”(hal.133).
 
Bahasa Asing
Bahasa Arab
“Bil haq” dan “uswah hasanah”(hal.133)
 
Pemilihan kata/diksi
Kata-kata yang mudah difahami dan menggunakan bahasa sehari-harian.
“Salahkah berbakti kepada masyarakat kau?”(hal.130)
 
Penggunaan kata ganda
“otot-otot,inak-inak,lagu-lagu,bergotong-royong dan dll.”
 
Aliterasi
“Aku sentiasa menajamkan pendengaran”(hal.132). perulangan konsonan “N” sebanyak 5 kali
“Aku balik dulu Faduhah, jumpa esok petang”(hal.134). perulangan konsonan “K” sebanyak 3 kali.
 
Asonansi
“Kenapa masih ke sini”(hal.130). perulangan vokal “I” sebanyak 3 kali.
“Tapi niat kita tak sama juga bukan”(hal.131). perulangan vokal “A” sebanyak 8 kali.
 
Peribahasa
“Berkaki ayam”(hal.136)
 
Teknik
 
Teknik dialog.
“Kenapa masih di sini?. Salahkah berbakti kepada masyarakat kau?”(hal.130)
 
Teknik imbas kembali.
“Kali pertama aku dan teman-teman ke Kampung Tohor ini, pemuda 20-an inilah yang penting kalut menyambut kedatangan kami. Dia mewakili Tok Batin yang sakit ketika itu.”(hal.131)
 
Konflik luaran.
Berlaku antara Faduhah dan juga Cikgu Apek. “Adakah kami memaksa kalian? Tiada paksaan dalam islam, Apek. Giliran dia pula ketandusan bicara”(hal.131).
 
Pemerian.
“Hampi sahaja aku gelojoh mendesaknya segera memanjangkan cerita, tetapi apabila mata besarnya yang berkening lebat itu tunak memanah mataku yang ternyata amat sepet, aku diserbu malu”(hal.132).
 
Monolog dalaman
“Diam-diam aku terkilan sebenarnya kerana di sini masih tiada seorang pun yang mentasdikkan hati dengan kebenaran-Nya. Menyetujui Apek bererti aku memejamkan mata terhadap usaha dakwah itu, menidakkan Apek bererti aku kaan mejolok sarang tebuan”(hal.133)
 
Plot
Plot cerpen ini mengikut kronologi. Penulis menceritakan sesuatu yang berlaku secara tersusun.
 
Permulaan
Tahap ini menunjukkan watak-watak yang terlibat dalam cerpen ini. “Tidak secalit pun kekurangan itu mencomotkan kanvas perjuanganku, Apek!. Jangan buang masa, Faduhah.”(hal.130)
 
Perkembangan
Pada bahagian ini Faduhah dan Cikgu Apek telah memulakan perbualan dan menyatakan pandangan dan pendapat masing-masing. “Tidak secalit pun kekurangan itu mencomotkan kanvas perjuanganku, Apek!. Jangan buang masa, Faduhah.”(hal.130)
 
Puncak/klimaks
Kemuncak perbualan Faduhah dan Cikgu Apek apabila mereka saling berusaha untuk menegakkan hujah masing-masing. “. “Adakah kami memaksa kalian? Tiada paksaan dalam islam, Apek. Giliran dia pula ketandusan bicara”(hal.131).
Penurunan/peleraian
Kemudian Faduhah dan Cikgu Apek beredar meninggalkan perbualan mereka itu tadi. “ Aku balik dulu Faduhah. Jumpa esok petang”(hal.134)
 
Penyelesaian
Akhirnya Cikgu Apek menyambung pengajian di maktab perguruan dan dia ingin mencari betulkan kata-kata Faduhah betul belaka. “Di luar pengetahuan ku, dia menyahut seruanku agar memohon belajar ke maktab perguruan. Faduhah, di sana nanti, aku juga nak cari, adakah benar cakap-cakap kau ...”(hal.137)

Watak dan perwatakan

Watak utama:
Faduhah
- Seorang wanita yang beragama islam
- Bertudung
- Seorang yang bijak berkata-kata dan berani bersuara - “Adakah kami memaksa kalian? Tiada paksaan dalam islam, Apek. Giliran dia pula ketandusan bicara”(hal.131).
- seorang yang menyayangi kanak-kanak - “Aku meletakkan seorang kanak-kanak perempuan duduk di ribaku. Ciuman kasihku ...”(hal.136)
 
Watak sampingan:
Cikgu Apek
- Seorang cikgu tadika
- Lelaki berketurunan orang asli
- Rambut keriting halus, berdahi jendul dan berkulit gelap.
- Berbadan sasa, berdada bidang dan memiliki otot-otot yang kuat dan gagah.
- Seorang yang bijak berkata-kata - “satu landaskah kalau kau cuba mempengaruhi dengan agama kau?. Aku kehilangan hujah.”(hal.131)
- Seorang yang suka berterus-terang- “Dia kemudian menceritakan rasa jeliknya terhadap kumpulan pendakwah itu”(hal.132)
- Seorang yang berani menyahut cabaran - “Di luar pengetahuan ku, dia menyahut seruanku agar memohon belajar ke maktab perguruan. Faduhah, di sana nanti, aku juga nak cari, adakah benar cakap-cakap kau ...”(hal.137)


Latar
 
Latar Masyarakat
 
Masyarakat Orang Asli
“Semasa diberi taklimat tentang kampung ini, aku agakk hairan mengapa di kampung Orang Asli ada yang dipanggil Cikgu Apek”(hal.132)

Masyarakat yang berpegang teguh terhadap nenek moyang
diwakili masyarakat orang asli suku Temuan yang berpegang teguh dengan kepercayaan nenek moyang mereka

Masyarakat yang sempit pemikiran
diwakili ibu bapa kaum masyarakat suku Temuan yang berfkiran sempit dengan dengan pembanggunan sahsiah, sikap dan kehidupan masyarakat

Masyarakat mengamalkan gotong royong
Masyarakat orang asli melakukan gotong royong bersama- sama dalam sebarang kenduri atau dalam aktiviti masyarakat

Masyarakat yang mempunyai keazaman tinggi
keazaman tinggi yang ditunjukkan oleh Cikgu Faduhah dan Cikgu Apek untuk mengubah sikap dan mentaliti masyarakat Orang Asli
 
Latar Masa
 
Petang Esok
“Lantas aku teringat petang esok kami dan penduduk di sini akan bergotong-royong memasak nasi di dalam buluh”(hal.134)

Setiap Tahun
lawatan ahli JASA akan datang ke kampung Tohor untuk buat lawatan bagi tujuan membuat kebajikan kepada masyarakat Orang Asli

Dua Setengah Jam
Masa yang diambil oleh pelawat-pelawat yang ingin datang berkunjung ke kampung Tohor kerana perlu melalui keadaan lekuk-lekuk jalan yang hanya berturap simen sahaja.

Hari Terakhir
Majlis perpisahan untuk Cikgu Faduhah dan pada hari itu juga Cikgu Apek telah memberikan sepucuk surat kepada sahabatnya itu yang menyatakan persetujuan  untuk memohon maktab perguruan.


Latar Tempat
 
Kampung Tohor
“Apek satu-satunya bintang kampung Tohor yang diharapkan mengerdipkan sinar penuh kemilau”(hal.136)
 
Kampung Chennah
Perkampungan Melayu, tempat persinggahan ahli-ahli JASA iaitu wakil kampung Gombak untuk ke kampung Tohor perkampungan Orang Asli

Tadika
Tempat anak-anak Orang Asli menuntut ilmu. tempat anak-anak masyarakat belajar mengaji. kelas membaca untuk orang dewasa

Di Laman Tadika
Cikgu Faduhah berbual-bual dengan Cikgu Apek tentang ubah suai tadika yang banyak berubah. tempat anak-nak kecil bermain-main

Rumah anggota Suku Kaum Temuan
Ahli-ahli JASA menziarahi anggota suku kaum Temuan untuk beramah mesra. 

Hutan
Tempat emak Cikgu Apek melarikan diri dan meninggal dunia kerana dipatuk ular akibat merajuk dan kecewa terhadap Apek kerana tidak meneruskan pengajiannya

Sudut pandangan
 
Sudut pandangan orang pertama
Cerpen ini banyak menggunakan kata ganti diri orang pertama iaitu “aku”. “Aku meletakkan seorang kanak-kanak perempuan duduk di ribaku. Ciuman kasihku ...”(hal.136)
 
Pengajaran
Kita mestilah berusaha untuk mengejar kejayaan
Kita mestilah menghormati orang lain
Kita janganlah suka menyalahkan orang lain
Kita janganlah mengecewakan ibu bapa sendiri
 
Nilai
 
Nilai Kemanusiaan
 
Berani
Ditunjukkan oleh watak Cikgu Apek yang berani menyahut cabaran Faduhah.“Di luar pengetahuan ku, dia menyahut seruanku agar memohon belajar ke maktab perguruan. Faduhah, di sana nanti, aku juga nak cari, adakah benar cakap-cakap kau ...”(hal.137)
 
Hormat-menghormati
“kesemua 32 buah rumah di sini kami ziarahi. Ada pantang larang yang menegah kami masuk ke sesetengah rumah, kami akur dan hormat, ...”(hal.134)
 
Nilai Kemasyarakatan
 
Kerjasama dan bersatu padu
“Lantas aku teringat petang esok kami dan penduduk di sini akan bergotong-royong memasak nasi di dalam buluh”(hal.134)



Baca Selanjutnya>>

Tuesday, April 19, 2011

Analisis Sajak - Pasar Pengalaman

Sajak Pasar Pengalaman
(T. Alias Taib)
Maksud

Rangkap 1
Menggambarkan sikap dan pekerjaan wanita yang suka mengikis harta dan bersikap materialistik terhadap kaum lelaki kota. Sikap yang ditonjolkan oleh kaum wanita dalam sajak ini jelas menggambarkan kaum wanita yang sanggup bekerja memperalatkan kaum lelaki kota demi mendapatkan kebendaan semata-mata.

Rangkap 2
Gambaran tentang perman politik yang pintar kerana mempunyai banyak pengalaman sebelumnya. Mereka bukan bermain politik demi membangunkan parti semata-mata tetapi bermain politik untuk kepentingan peribadi semata-mata.

Rangkap 3
Gambaran tentang pemimpin-pemimpin yang gemar dan pandai menuturkan kata-kata serta mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dalam sesuatu perkara. Pemimpin-pemimpin ini sering berubah-ubah kata-kata dan bicaranya mengikut situasi da keadaan sekeliling kerana mereka hanya pandai berbicara tetapi tidak dapat melaksanakan segala tanggungjawab sebagai seorang pemimpin yang baik.

Rangkap 4
Gambaran tentang masyarakat yang hidup dalam dunia yang penuh dengan sikap riak dan sombong dalam kehidupan bermasyarakat. Masyarakat yang bersikap pentingkan diri sendiri tanpa menghiraukan orang lain.



Tema
Ragam manusia dalam menjalani kehidupan seharian.

Persoalan
1. Menceburi bidang politik demi kepentingan peribadi.
2. Wanita yang mencari pendapatan hidup dengan mengikis harta kaum lelaki kota.
3. Masyarakat yang tidak hidup bermasyarakat
4. Pemimpin yang pandai berkata-kata tapi tidak pandai melaksanakannya.

Bentuk
1. Rima
R1 : a-b-c-d-b-b-e-d-d
R2 : a-a-a-a-b-a-c-c-a-c-d-c
R3 : a-b-b-d-e-b-b-f-e
R4 : a-b-a-c-c-b-d-c-c-b-d

2. Jumlah Rangkap
-Mempunyai 4 rangkap

3. Jumlah Baris Dalam Rangkap
R1 : 9 Baris
R2 :13 Baris
R3 : 12 Baris
R4 : 11 Baris

4. Jumlah Perkataan Dalam Baris
-Antara 2 hingga 6 perkataan sebaris
 
5. Jumlah Suku Kata Dalam Baris
-2 hingga 12 suku kata sebaris
 
Gaya Bahasa
1. Anafora
- Rayunya tajam
- Rayunya mata pisau berkilau
Contoh R1 : B1,B2 (halaman 10)
 
2. Asonansi
‘a’ – Kota ini yang mengasah pengalamannya
‘u’ – lelaki dengan sumpah-sumpah di mulutnya
Contoh R1 : B8 (halaman 10)

3. Alitetasi
‘s’ – seperti sumpah-sumpah di mulutnya
‘h’ – di tengah-tengah senja hingar ini

4. Simile
Seperti sumpah-sumpah di mulutnya
Contoh R3 : B7 (halaman 11)
 
Nilai
1. Nilai kemasyarakatan
2. Tanggungjawab – tanggungjawab pemimpinuntuk melaksanakan amanah yang diberikan dengan baik.
3. Bantu-membantu – nilai saling bantu-membantu dalam masyarakat akan melahirkan masyarakat yang harmoni bukannya mementingkan diri sendiri.
 
Latar
Latar tempat
a) Kota – tempat bertumpunya wanita pisau cukur untuk mengaut serta mengikis harta benda lelaki kota.
b) Pasar – simbolik kepada masyarakat sekeliling yang hidup mementingkan diri sendiri, mereka tidak hidup dalam masyarakat.
 
Mesej dan pengajaran
1. Kita hendaklah hidup bermasyarakat demi keamanan dan keharmonian dalam sesebuah Negara.
2. Kita janganlah menjadi seperti wanita pisau cukur yang dilakukan sesetengah wanita kota.
3. Kita haruslah bertanggungjawab sebagai seorang pemimpin demi mambangunkan bangsa dan Negara.
 
Nada
Sinis – menyindir sesetengah golongan masyarakat wanita pisau cukur, pemimpin bermuka-muka serta mementingkan diri sendiri dan hidup penuh keseombongan dalam bermasyarakat

Baca Selanjutnya>>

Sunday, April 17, 2011

Analisis Cerpen - Anak-Anak Pejuang

Anak-Anak Pejuang
Ghazali Lateh
Sinopsis
Cerpen ini mengisahkan tentang seorang ayah iaitu Pak Denan yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi. Pak Denan telah menyuarakan hasrat kepada kedua-dua anaknya bahawa dia ingin ke Kuala Lumpur hujung bulan ini. Namun hasrat itu ditentang oleh kedua-dua anaknya iaitu Abdul Rahman dan Abdul Razak. Tujuan Pak Denan adalah ingin merayakan sambutan Hari Kemerdekaan Negara. Namun akhirnya anak-anak Pak Denan beralah kepada ayahnya. Oleh kerana anaknya tidak muncul-muncul juga Pak Denan telah mengikut Ah Bee ke Kuala Lumpur. Namun apabila Abdul Rahman sampai di rumah pada pagi esoknya, didapatinya ayahnya sudah tiada. Apabila Abdul Rahman berhenti di kedai kopi Maniam dia terlihat ayahnya di kaca televisyen. Ayahnya telah berada di Kuala Lumpur menyertai perarakan Hari Kemerdekaan. Abdul Rahman dan Abdul Razak akhirnya menemui ayahnya di hadapan tugu Negara. Namun ayahnya amat kesal dengan kedua-dua anaknya itu. lalu kedua-duanya menyesal kerana melupakan perjuangan ayahnya suatu ketika dahulu. Pada hari itu barulah mereka sedar bahawa mereka adalah anak-anak pejuang.


Tema
Semangat Patriotik atau cintakan Negara.
“Pak Denan hanya diam ketika itu. fikirannya melayang jauh ke lorong sejarah yang pernah dilaluinya. Dia pejuang. Pejuang kemerdekaan”(hal.71).

Persoalan

a.Tanggungjawab kepada orang tua
Abdul Rahman dan Abdul Razak yang sering melawat ayahnya di kampung. “Kami boleh balik setiap bulan untuk mejenguk ayah”(hal.71)

b.Perpaduan antara kaum
Antara Masyarakat Melayu dan Cina. “ketika darurat dahulu, anak Ah Yau itu memerap di rumahnya.”(hal.74)

Aspek Bahasa
Bahasa yang mudah difahami

Hiperbola
“Bebayang mula rebah merentasi laman rumah yang semakin dipenuhi semak”(hal.70).

Simile
“Seperti barisan askar yang berbondang-bondang menuju ke medan perang”(hal.76)

Metafora
“Lorong sejarah”(hal.71)

Pemilihan kata/Diksi
Kata-kata yang mudah difahami. Penggunaan kata-kata sehari-harian.
“Jika mereka tidak pulang, dia yang akan pergi”(hal.70)

Penggunaan kata ganda
“anak-anaknya, sekali-sekala,mundar-mandir,bebayang”(hal.70)

Aliterasi
“Dalam samar-samar malam, Pak Denan berjalan ke simpang jalan”(hal.74) perulangan konsonan ‘M’ sebanyak 6 kali.
“Ayah duduklah di rumah”(hal.71) perulangan konsonan ‘D’ sebanyak 3 kali.

Asonansi
“Hari ini Hari Kemerdekaan”(hal.78) perulangan vokal ‘I’ sebanyak 4 kali.
“Maafkan kami, ayah”(hal.77) perulangan vocal ‘A’ sebanyak 4 kali.
Teknik

Teknik dialog
Contohnya “Ayah nak ke Kuala Lumpur hujung bulan ini… Buat apa ayah susah-susah nak ke Kuala Lumpur?”(hal.70-71).
Contohnya “Pak Nan, malam-malam mana mau pergi, tegur Ah Bee dari atas lori kecilnya. Ah Bee malam ini ada hantar sayur ka? Esok hari besar, tak cuti? Balas Pak Denan”(hal.74)

Imbas kembali
Contohnya “Lima tahun usia Abdul Razak, isteri Pak Denan menghembuskan nafas terakhir”(hal.72)
Contohnya “Di situ jugalah lebih 45 tahun yang lalu dia bersama-sama penduduk lain bermesyuarat untuk meniupkan semangat kebangsaan dalam kalangan penduduk setempat”(hal.73)

Monolog dalaman
Contohnya “Ah … masa itu sudah berlalu,fikirnya”(hal.73)
Contoh, “Ah … menyusahkan! Abdul Rahman mendengus dalam hati”(hal.76)

Pemerian
Contohnya “Pak Denan berjalan gagah di barisan depan, lengkap berbaju Melayu dan bertenggkolok. Di pinggangnya tersisip sebilah keris. Tidak ubah seperti seorang pahlawan bersiaga ke medan juang. Cuma langkahnya nampak goyah kerana bertongkat”(hal.76)

Konflik Luaran
Contoh, “Siapa kamu? Tanya Pak Denan setelah anak-anaknya tunduk untuk meminta maaf. Aku tak ada anak. Anak-anak aku dah mati. Aku bangga mereka mati kerana mempertahankan negara”(hal.77).

Suspen
Contoh, “Apabila Abdul Rahman sampai pagi esoknya, rumah ayahnya kosong dan berkunci. Anak pejuang itu terkejut. Puas dicari di serata kampung, orang tua itu tiadak ada”(hal.76).

Plot
Plot cerpen ini mengikut kronologi.

Permulaan
Pada bahagian ini pengarang menunjukkan watak-watak yang terlibat. Contohnya “Sepatutnya Abdul Rahman sudah pulang dengan kembarnya”(hal.70).

Perkembangan
Permintaan Pak Denan tidak dipersetujui oleh anak-anaknya. Namun Pak Denan tetap merayu agar dia dapat menghadirkan diri pada sambutan Hari Kemerdekaan. Akhirnya anak-anak Pak Denan bersetuju akan permintaan ayah mereka itu. Contohnya “Pak Denan tetap memujuk Abdul Rahman. Seminggu selepas itu ketika Abdul Razak pulan, itulah juga permintaannya. Dia merayu lagi. Dia memujuk lagi. Hasratnya memang besar. Sekali pun cukuplah katanya.”(hal.73)

Puncak/klimaks
Pada tahap ini ketika Abdul Rahman pulang ke kampung, pada pagi hari Sambutan kemerdekaan. Didapati ayahnya telah tiada di rumah. Kedua beradik itu saling menuding jari ke atas kehilangan Pak Denan. “Apabila Abdul Rahman sampai pagi esoknya, rumah ayahnya kosong dan berkunci. Anak pejuang itu terkejut. Puas dicari di serata kampung, orang tua itu tiadak ada”(hal.76).

Penurunan/peleraian
Pak Denan sebenarnya telah berada di Kuala Lumpur. Dia menyertai perarakan tersebut. Kemudian terlihat oleh Abdul Rahman wajah ayahnya di kaca televisyen. Lalu kedua beradik itu pergi bertemu ayahnya. Contohnya “Pak Denan masuk TV! Pak Denan masuk TV!”(hal.76)

Penyelesaian
Abdul Rahman dan Abdul Razak bertemu ayahnya di Tugu Negara. Pada masa itu barulah mereka sedar kesilapan masing-masing. Selain itu mereka menyedari bahawa mereka adalah anak-anak pejuang. Contohnya “ Cuma kali ini anak-anaknya itu yang berpandangan sesame sendiri. Berdiam seketika seperti menginsafi diri”(hal.77).

Watak dan Perwatakan

Watak utama

Pak Denan
- Ayah kepada dua orang anak
- Lelaki yang telah berumur/lelaki tua
- Kematian isteri/duda
- Semangat cintakan Negara yang tinggi - “Pak Denan hanya diam ketika itu. fikirannya melayang jauh ke lorong sejarah yang pernah dilaluinya. Dia pejuang. Pejuang kemerdekaan”(hal.71).
- Seorang yang berani. - “Dalam samar-samar malam, Pak Denan berjalan ke simpang jalan”(hal.74)
- Seorang yang tetap pendirian. - “Jika mereka tidak pulang, dia yang akan pergi.Nekad! itulah yang bertulis di kotak fikirannya sejak petang tadi”(hal.70)

Watak sampingan:

Abdul Rahman
- Anak Sulung Pak Denan
- Golongan elit
- Abang Abdul Razak
- Seorang yang bertanggungjawab. -
Sering pulang ke kampung untuk melawat ayahnya.
“Pak Denan memberitahu Abdul Rahman yang pulang hujung minggu baru-baru ini”(hal.70)
- Seorang yang angkuh dan sombong. - “Lagi pun tidak ramai golongan elit sepertinya yang sanggup bersusah payah ke Dataran Merdeka untuk melihat perarakan itu”(hal.72-73)
- Seorang yang menginsafi kesilapan. - “Maafkan kami ayah. Selama ini kami terlupa bahawa kami anak seorang pejuang. Perlahan sekali suara Abdul Rahman”(hal.77)

Abdul Razak
- Anak kedua Pak Denan
- Adik kepada Abdul Rahman
- Seorang yang bertanggungjawab. - Sering pulang ke kampung melihat ayahnya. “Seminggu selepas itu ketika Abdul Razak pulang …”(hal.73)
- Seorang yang menjaga hati ayahnya. - Sering pulang ke kampung melihat ayahnya. “Seminggu selepas itu ketika Abdul Razak pulang …”(hal.73)
- Seorang yang menjaga hati ayahnya. -
“… Abdul Razak terpaksa bersetuju. Pura-pura bersetuju”(hal.73)

Ah Bee
- Berbangsa cina
- Bekerja sebagai peniaga sayur
- Seorang yang rajin bekerja. - “Kerja macam saya mana ada cuti, kalau saya cuti, orang Kuala Lumpur tak makan sayurlah!. Jawab Ah Bee sambil tergelak kecil”(hal.74)
- Seseorang yang mengenang budi. - “Ah Bee dan adik-adiknya tidak pernah lupa akan jasa Pak Denan”(hal.74)
- Seorang yang baik hati - “Ah Bee dan adik-adiknya tidak pernah lupa akan jasa Pak Denan. Ada sahaja sumbangan yang dihulurkan”(hal.74)

Latar

Latar Masyarakat.
Masyarakat kampung yang berjiwa patriotisme.
Ditonjolkan melalui watak Pak Denan. “Pak Denan mundar-mandir di ruang serambi rumah tua di hujung kampung”(hal.70).
Masyarakat Bandar daripada golongan elit.
Digambarkan oleh watak Abdul Rahman dan Abdul Razak. “Baginya kedatangan ayahnya ke Kuala Lumpur akan lebih menyusahkan hidupnya. Lagipun, tidak ramai golongan elit sepertinya yang sanggup bersusah payah ke Dataran Merdeka untuk melihat perarakan itu”(hal.72-73).

Latar Masa.

Pagi
“Apabila Abdul Rahman sampai pagi esoknya, rumah ayahnya kosong dan berkunci. Anak pejuang itu terkejut. Puas dicari di serata kampung, orang tua itu tiada ada”(hal.76).

Petang
“Itulah yang tertulis dalam kotak fikirannya sejak petang tadi”(hal.70)

Malam
“Pak Nan, malam-malam mana mau pergi, tegur Ah Bee dari atas lori kecilnya. Ah Bee malam ini ada hantar sayur ka? …”(hal.74).

Zaman Penjajahan
“Akhirnya, penentangan itu berhasil apabila Malcome Macdonald membentuk sebuah jawatankuasa untuk menyelesaikan tentangan orang Melayu terhadap Malayan Union”(hal.72).

Latar Tempat

Rumah Pak Denan
“Apabila Abdul Rahman sampai pagi esoknya, …”(hal.76).

Kuala Lumpur
“Kehadiran ayahnya di Kuala Lumpur menyusahkan dirinya berbanding …”(hal.71)

Dataran Merdeka
“… yang sanggup bersusah payah ke Dataran Merdeka untuk melihat …”(hal.72-73).

Kedai Kopi Maniam
“… di kedai kopi Maniam …”(hal.76)

Tugu Negara/Kebangsaan
“… ditemui berbaring di kaki Tugu Kebangsaan”(hal.71)

Rumah Abdul Rahman
“Dahulu, ketika datang ke rumah Abdul Rahman, dia hilang dari rumah”(hal.71)

Sudut Pandangan
Sudut pandangan orang ke tiga.
Cerpen ini menggunakan sudut pandangan orang ke tiga serba tahu. Pegarang banyak menggunakan kata ganti nama ketiga iaitu “dia”.

Pengajaran

Kita mestilah mempunyai semangat patriotik yang tinggi dalam diri.
“Pak Denan berjalan gagah di barisan depan, lengkap berbaju Melayu dan bertenggkolok. Di pinggangnya tersisip sebilah keris. Tidak ubah seperti seorang pahlawan bersiaga ke medan juang. Cuma langkahnya nampak goyah kerana bertongkat”(hal.76).

Seorang anak mestilah menunaikan tanggungjawab ke atas orang tuanya.
Abdul Rahman dan Abdul Razak sering pulang ke kampung untuk melawat ayahnya.“Pak Denan memberitahu Abdul Rahman yang pulang hujung minggu baru-baru ini”(hal.70)

Kita haruslah sentiasa mengenang jasa orang lain.
“Ah Bee dan adik-adiknya tidak pernah lupa akan jasa Pak Denan”(hal.74)

Nilai

Nilai Kemanusiaan

Baik Hati
“Ah Bee dan adik-adiknya tidak pernah lupa akan jasa Pak Denan. Ada sahaja sumbangan yang dihulurkan”(hal.74)

Mengenang Jasa
“Ah Bee dan adik-adiknya tidak pernah lupa akan jasa Pak Denan”(hal.74)

Bertanggungjawab
Tanggungjawab anak-anak kepada orang tuanya.“Pak Denan memberitahu Abdul Rahman yang pulang hujung minggu baru-baru ini”(hal.70)

Nilai Kemasyarakatan

Bantu-membantu
“ketika darurat dulu, anak Ah Yau itu memerap di rumahnya. Mereka sama-sama tidur sekelambu dalam parit besar yang kering ketika apa kekacauan memuncak”(hal.74)

Baca Selanjutnya>>

Friday, April 8, 2011

Cerita Hikayat Cendawan Putih -Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan

GENRE : PROSA MELAYU TRADISIONAL
Cerita “Hikayat Cendawan Putih”
Watak dan perwatakan
1. Raja Indera Kemala Putera
- Jatuh sakit menyebabkan dia telah menjadi kurus-kering

2. Raden Kesuma Wati
- Anak lelaki Raja Indera Kemala Putera
- Mencuri memakan juadah orang di sebuah gerai di negeri Indera Buangan. (ms 67)
- Telah dijadikan oleh Raden Kesuma Ningrat gembala kambing. (ms 69)
- Abang tiri kepada Raden Kesuma Ningrat. (ms 70)
- Seorang yang penakut dan kuat menangis. Beliau bersembunyi di belakang RKN apabila bertemu dengan raksasa dan harimau kerana takut. Beliau juga menangis dengan kuat kerana takut dengan raksasa dan harimau dan meminta RKN melindunginya. (ms 72)



3. Raja Syah Dewa Alam
- Tinggal di negeri Melaka Pura. (ms 59)
- Mempunyai seorang anak perempuan bernama Tuan Puteri Pelinggam Cahaya yang mempunyai paras wajah yang sangat cantik. (ms 59)
- Telah bermimpi memakan telur burung merpati putih. (ms 59)
- Telah memerintahkan segala menteri dan hulubalangnya serta rakyat pergi mencari telur burung merpati putih. (ms 59)
-

4. Tuan Puteri Pelinggam Cahaya / Bangbang Gajah Merta
- Anak kepada Raja Syah Dewa Alam. (ms 59)
- Mempunyai paras wajah yang sangat cantik. (ms 59)
- Sangat mengambil berat kebajikan ayahandanya. Cth: TPPC susah hati mendengarkan ayahandanya mahu memakan telur burung merpati putih. Oleh yang demikian, beliau sendiri menawarkan diri untuk mencari telur burung merpati itu apabila menteri, hulubalang-hulubalang dan rakyat tidak dapat mencari telur tersebut.
- Seorang yang menghormati ibu bapa. TPPC sujud pada kaki ayahanda dan bondanya meminta restu sebelum berangkat mencari telur burung merapti putih di Gunung Meraksa Dewa. (ms 60)
- Seorang yang tabah menghadapi cabaran. Contohnya, TPPC meneruskan pencarian mencari telur merpati putih walaupun hanya seorang diri tanpa menteri, hulubalang dan rakyat. Menteri, hulubalang dan rakyat dalam cerita dipaparkan ramai yang mati disebabkan kelaparan dan telah lari disebabkan tidak larat untuk meneruskan perjalanan yang begitu jauh. (ms 61 )
- Seorang yang sensitif. Cth: Beliau menangis terkenangkan ayah bondanya semasa berada di hutan seorang diri setelah ditinggalkan menteri, hulubalang dan rakyat. (ms 60)
- Seorang yang berani. Cth: Beliau dengan berani menikam leher hulubalang yang sedang tidur di atas batu di selatan pohon beringin sehingga putus menyebabkannya mati. TPPC kemudian telah mengambil pakaian dan mahkota hulubalang tersebut dan telah naik di atas belakang kuda hitam. (ms 61)
- Melakukan penyamaran. Cth: TPPC menukarkan namanya kepada Bangbang Gajah Merta setelah berada di negeri Kesambi Pura. (ms 62)
- Seorang yang pintar dan bijaksana. Cth: TPPC / BGM telah berjaya dalam pertandingan mengambil limau nipis di dalam lubang tanah yang kecil dengan menggunakan hanya 3 jari tanpa menggunakan bilah atau kayu.

5. Perempuan Tua
- Orang yang telah memberitahu Tuan Puteri Pelinggam Cahaya tempat terletaknya telur burung merpati Putih. (ms 59)

6. Mangkubumi
- Orang yang bertanggungjawab memerintahkan supaya semua menteri, hulubalang serta rakyat di negeri Melaka Pura mencari telur burung merpati putih seperti yang diarahkan oleh Tuan Puteri Pelinggam Cahaya. (ms 59 – 60)

- Orang yang bertanggungjawab menyediakan kelengkapan senjata, menteri, hulubalang dan rakyat untuk persiapan TPPC mencari telur burung merpati putih. (ms 60 )

7. Tuanku Si Alam
- Raja pemerintah negeri Kesambi Pura. (ms 63)
- Berjanji akan mengahwinkan anaknya iaitu Tuan Puteri Ratna Telur kepada sesiapa yang berjaya mengambil limau nipis di dalam lubang tanah kecil dengan menggunakan 3 jari tanpa menggunakan bilah atau kayu. (ms 63)


8. Khatib Abdul Salam
- Orang yang telah diarahkan oleh Tuanku Si Alam untuk menikahkan antara Bangbang Gajah Merta dan Tuan Puteri Ratna Melur. (ms 63)

9. Raden Kesuma Ningrat
- Anak Raja Indera Kemala Putera dengan Tuan Puteri Indera Maya (ms 66 & 70)
- Adik tiri kepada Raden Indera Kesuma Wati. (ms 70)
- Memiliki kesaktian. Contoh: Puncak daun beringin yang dipagut oleh merbah kepunyaan RKN menyebabkan batang beringin tersebut mengeluarkan air. (ms 72)
10. Watak-watak Binatang
(i) Singa – telinga singa tempat tinggal TPPC sementera menantikan Raden Kesuma Ningrat datang.
(ii) Landak dua ekor (1 putih dan 1 hitam)
- Pengawal TPPC (ms 76)
(iii) Merbah Putih
- Bintang yang mengiringi RKW dan RKN ke gunung Meraksa Dewa
(iv) Raksasa
(v) Harimau
(v) Naga

11. Tuan Puteri Indera Maya
- Ibu kepada Raden Kesuma Ningrat dan ibu tiri kepada Raden Kesuma Wati (ms 70)
- Seorang yang penyayang. Cth: PIM melayan RKW seperti anaknya sendiri (ms70)

12. Tuan Puteri Ratna Telur
- Anak kepada Raja di negeri Kesambi Pura.
- Telah berkahwin dengan Bangbang Gajah Merta. (ms 63)

Latar Tempat
1. Gunung Meraksa Dewa
- Tempat seekor naga. Di telinga naga tersebut letaknya telur burung merpati putih yang bersarang di situ.


2. Negeri Melaka Pura
- Negeri pemerintahan Raja Syah Dewa Alam. (ms 59)

3. Padang, gunung dan hutan
- Tempat-tempat yang dilalui oleh TPPC, menteri, hulubalang dan rakyat untuk mencari telur burung merpati putih. (ms 61)

4. Pokok Beringin
- Digambarkan di Selatan beringin tersebut ada satu kuda dan seorang hulubalang yang gagah tidur di atas batu dengan kerisnya mempunyai panjang 4 hasta. (ms 61)

5. Negeri Kesambi Pura
- Negeri pemerintahan Tuanku Si Alam iaitu ayahanda Tuan Puteri Ratna Telur.
 

6. Negeri Indera Buangan
- Negeri Raden Kessuma Ningrat. (ms 67)
 

Latar Masa
(i) Empat puluh hari dan 40 Malam
- Raja Dewa Shah Alam digambarkan tidak makan dan tidak minum. (ms 59)
- Rakyat di negeri Kesambi Pura telah diarahkan oleh Tuanku Si Alam untuk berjaga-jaga selama 40 hari 40 malam untuk persediaan perkahwinan antara Bangbang Gajah Merta dan Tuan Puteri Ratna Melur. (ms 63)
- Raden Kesuma Wati dikatakan tiada makan dan minum. (ms 67)
(ii) Tujuh hari tujuh malam
- TPPC bertemu dengan satu pohon beringin. Di Selatan beringin tersebut ada satu kuda dan seorang hulubalang yang gagah tidur di atas batu dengan kerisnya mempunyai panjang 4 hasta.
(iii) Empat hari empat malam
- Jangka masa perjalanan yang diambil oleh TPPC untuk sampai ke negeri Kesambi Pura.

Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang mempercayai sesuatu ramalan / tilikan nujum.
Contohnya: Raden Kesuma Wati meminta ahlul nujum menilik punca dan cara mengubati penyakit Raja Indera Kemala Putera. (ms 57)

Teknik Penceritaan
1. Teknik Pemerian / Deskriptif
- Contoh: Alkisah, maka tersebutlah perkataan Raja Dewa Syah Alam di negeri Melaka Pura. Maka baginda itu ada beranak seorang perempuan terlalu elok parasnya. Maka dinamai oleh baginda Tuan Puteri Pelinggam Cahaya, telah besarlah. Maka negeri itu terlalu ramai orang bermain-main siang dan malam, tiada berhenti lagi. (ms 59)

2. Teknik Dialog
- Contoh: “Segeralah ayahanda beroleh burung itu, apalah jadinya yang demikian ini yang menanggung percintaan siang dan malam.” Maka kata tuan puteri, Jikalau demikian baiklah pergi sendiri mencari burung itu.” (ms 60)

3. Teknik mimpi
- Contoh: Raja Syah Dewa Alam bermimpi memakan telur merpati putih. (ms 59)
- Contoh: TPPC bermimpi didatangi seorang perempuan tua yang memberitahunya tempat terletaknya telur burung merpati putih.

Gaya bahasa


1. Simpulan Bahasa
Cth: Buah hati (ms 64)
2. Penggunaan Puisi
Cth: Pantun (ms 65)

Ikan ruan mudik ke hulu,
Makan senduduk berduri-duri;
Tinggallah tuan ini dahulu,
Tinggallah duduk peliharalah diri.

3. Simile
- Maka dipagutnya puncak daun beringin itu, maka dengan seketika itu juga keluarlah airnya seperti cucur daripada sungai rupanya. (ms 72)

Baca Selanjutnya>>

Analisis Cerpen - Warna Hati Seorang Datin

Karya Rahman Haji Yusof
Tema
Bertemakan tentang hubungan kekeluargaan yang renggang. Kebencian Datin terhadap madu dan anak-anak tirinya menyebabkan hubungan antara mereka renggang dan tidak mesra. Walau bagaimanapun, kematian Datuk menyebabkan rasa kekosongan dalam diri Datin dan dia mengharapkan kematian Datuk akan meninggalkan rasa insaf dalam setiap keluarga. Baginya, kematian itu seharusnya dapat mengeratkan kasih sayang yang terputus. Oleh yang demikian, Datin merasakan bahawa dia merupakan orang yang bertanggungjawab mengambil peranan besar dalam menyatukan semula madu dan anak-anak tirinya sebagaimana harapan arwah suaminya semasa masih hidup. Akhirnya, impian Datin tertunai apabila berlaku sejarah pertemuan keluarga yang amat berharga di rumah pusaka peninggalan arwah suaminya.



Persoalan
1. Kasih sayang. Contoh: Datuk sangat menyayangi anak-anaknya iaitu Zety dan Zul.
2. Ketabahan dalam menghadapi cabaran rumah tangga. Contoh: Siti Halijah sabar dan tabah dalam menghadapi cabaran hidup walaupun madu dan anak-anak tiri sangat membencinya kerana dikatakan telah merampas suami orang.
3. Amalan poligami dan cerai dalam perkahwinan. Contoh: Semasa hidup, Datuk pernah berkahwin dengan empat orang isteri. Walau bagaimanapun, hanya isteri pertama dan isteri keempat yang kekal manakala isteri kedua dan ketiga telah diceraikannya.
4. Permasalahan/pergolakan dalam alam rumah tangga kesan daripada amalan poligami.
5. Kerjasama dalam melakukan sesuatu kerja. Contoh: semasa kematian Datuk, jiran-jiran tetangga, sahabat handai dan saudara-mara telah datang untuk menolong menyelesaikan tugas agar pemergian Datuk berjalan dengan teratur dan selesai dalam waktu yang paling singkat.

Watak dan Perwatakan
1. Datin
- Watak utama dalam cerita.
- Isteri pertama Datuk.
- Dikurniai 9 orang anak hasil perkongsian hidup dengan Datuk iaitu antaranya Jahara, Suhada, Afifah, Aziah, Azuan, Zek, Efa, Basir.
- Seorang anaknya iaitu Basir mengalami cacat anggota.
- Sangat membenci madunya iaitu Siti Halijah sebelum kematian Datuk. Contoh: Datin menganggap Siti Halijah sebagai perampas suami.
- memainkan peranan agar anak-anaknya tidak mengenali adik-beradik tiri mereka yang lain walaupun titisan darah di tubuh masing-masing adalah titisan darah daripada seorang bapa.
- Insaf akan kesilapan diri. Contoh: Datin yang membenci madu-madunya termasuk anak-anak tirinya menaruh insaf yang mendalam di dalam diri dengan cuba untuk memperbaiki hubungan antara mereka supaya kasih sayang yang terputus kembali terjalin.
- Seorang yang sensitif.
2. Datuk
- Watak sampingan dalam cerita.
- merupakan bekas pegawai tinggi kerajaan.
- Seorang pemimpin yang dikasihi, dihormati dan disegani.
- Semasa hidupnya, pernah berkahwin lebih daripada seorang iaitu empat kali berkahwin (Isteri pertama-Datin, isteri kedua-Cikgu Jalilah, isteri ketiga-Syarifah Aminah dan Isteri keempat-Siti Halijah). Walau bagaimanapun, hanya isteri pertama dan keempat yang kekal manakala isteri kedua dan ketiga diceraikan.
- Seorang yang mengamalkan sikap kesederhanaan dalam kehidupan. Contoh: Datuk lebih senang tinggal di kawasan perumahan yang sederhana tetapi dihuni oleh pelbagai kaum.
- Mempunyai 14 orang anak hasil perkongsian hidup daripada keempat-empat orang isterinya iaitu 9 orang anak daripada isteri pertama, 2 orang anak daripada isteri kedua, seorang anak daripada isteri ketiga dan 2 orang anak daripada isteri keempat.
- Terlibat sama merancang untuk membuka rancangan FELDA bersama-sama dengan Tun Abdul Razak.
- Seorang yang banyak berjasa kepada masyarakat. Contoh: Datuk mempunyai jasa yang besar terhadap kawasan perumahan dengan berjaya menyatupadukan pelbagai kaum yang ada di kawasan tersebut.
- Seorang yang kurang bertanggungjawab terhadap anak-anak. Contohnya: Setelah bercerai dengan cikgu Jalilah, Datuk telah mengabaikan tanggungjawab dengan membiarkan anak-anak hasil perkongsian hidup mereka hidup sendiri iaitu Amri dan Zaleha. - - Punca kepada kerenggangan hubungan keluarga. Contoh: Semasa masih hidup, Datuk gagal mengeratkan hubungan kasih sayang bersama anak-anak sendiri kerana sikap Datuk sendiri yang tiada usaha untuk menghimpunkan anak-anak pada suatu pertemuan.
3. Siti Halijah
- Watak sampingan dalam cerita.
- Isteri keempat Datukdan madu Datin yang paling muda.
- Dikurniai dua orang anak. Anak-anaknya masih kecil iaitu Zety berumur 4 tahun dan Zul berumur 18 tahun.
- Seorang yang sangat menyayangi suaminya. Contoh: Siti Halijah sangat mengasihi suaminya walaupun perkahwinan mereka banyak menempuh cabaran.
- Dianggap perampas suami oleh Datin dan anak-anak Datin.
- Tidak dianggap sebagai ibu tiri oleh anak-anak Datuk yang sudah berumah tangga tetapi dianggap sebagai madu.
- Seorang yang sabar dan boleh mengawal diri. Contoh: Siti Halijah menerima dengan sabar tuduhan atau kata-kata kesat daripada Datin dan anak-anak tirinya yang menentang perkahwinannya dengan Datuk.
4. Jahara
- Watak Sampingan dalam cerita.
- Anak sulung Datuk dan Datin.
- Suaminya bernama Iskandar.
- Sangat membenci ibu tirinya iaitu Siti Halijah termasuk anak-anaknya.
5. Cikgu Jalilah
- Isteri kedua Datuk.
- Sudah hampir 25 tahun berpisah dengan Datuk.
- mempunyai 2 orang anak hasil perkongsian hidup dengan Datuk iaitu Amri dan Zaleha.
- Mempunyai rumah di Singapura.

Watak-watak Lain
1. Syarifah Aminah
- Isteri ketiga Datuk.
- Dikurniai seorang anak sahaja hasil perkongsian hidup dengan Datuk iaitu Taufik.
2. Suhada
- Anak Datuk dan Datin.
- Sangat membenci Siti Halijah.
- Seorang yang kasar. Contoh: Suhada menuturkan kata-kata yang kesat kepada Siti Halizah sebagai sebuah tentang terhadap perkahwinan Siti Halijah dengan ayahnya.
3. Atifah
- Anak Datuk dan Datin.
- Tidak menyukai ibu tirinya iaitu Siti Halijah.
- Anak sulungnya berumur dua tahun.
4. Aziah, Azuan, Zek, Efa dan Basir.
- Anak-anak Datuk dan Datin.
4. Amri dan Zaleha
- Anak Datuk dan Cikgu Jalilah.
- Amri tinggal di Sabah manakala Zaleha pula tinggal di Sarawak.
- Mempunyai hubungan yang renggang dengan ayah mereka.
5. Taufik
- Anak Datuk dengan Syarifah Aminah.

Latar
1. Latar Tempat
- Rumah pusaka – Rumah peninggalan arwah suami Datin.
- KLIA – tempat Amri, Zaleha dan Taufik bertemu sebelum berangkat ke rumah Datin.
- Sabah - Tempat Amri menetap.
- Sarawak – Tempat Zaleha menetap.
- Singapura – Rumah cikgu Jalilah.
- Kelantan – Tempat Taufik menetap.
2. Latar Masa
- Berlaku 1 hari iaitu bermula pada waktu subuh sehinggalah malam.
3. Latar/citra Masyarakat
- Masyarakat yang mementingkan permaufakatan dan kerjasama dalam menjalankan sesuatu tugas. Contoh: semasa kematian Datuk, jiran-jiran tetangga, sahabat handai dan saudara-mara telah datang untuk menolong menyelesaikan tugas agar pemergian Datuk berjalan dengan teratur dan selesai dalam waktu yang paling singkat.
- Masyarakat yang mementingkan diri sendiri.
- Masyarakat yang tabah.
- Masyarakat yang penyayang. Datuk sangat menyayangi anak-anaknya iaitu Zety dan Zul. Begitu juga, Siti Halijah sangat menyayangi suaminya walaupun perkahwinan mereka banyak menempuh cabaran.
- Masyarakat yang murah hati. Contoh: Setiap yang datang menziarahi jenazah Datuk telah menghulurkan derma sebagai simpati.

Gaya Bahasa
1. Personifikasi.
- Dingin pagi terasa menggigit tulang (ms 58)
2. Similie
- dadanya berdebar seperti dikejutkan oleh guruh pagi (ms 61)
- malah kehadirannya di rumah itu bagaikan seorang penjenayah yang sedang diperhatikan (62)
3. Repitisi Anafora
“Tunggu apa lagi, mak?”
“Tunggu apa lagi, Datin?”
“Tunggu apa dan siapa?” (ms 70)
4. Hiperbola
- Terasa sayu membelah hati. (ms 75)

Baca Selanjutnya>>
Related Posts with Thumbnails