BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Pages

BLOG BAHASA MELAYU CIKGU FARHAN

SELAMAT MELAYARI BLOG BAHASA MELAYU CIKGU FARHAN DI LINK INI BERSAMA MENUJU KECEMERLANGAN!!

Pengunjung Setia

DARI MANA ANDA ONLINE?

KATA-KATA HIKMAT/FALSAFAH

ANDA TIDAK KUAT
TETAPI ANDA MEMPUNYAI KEKUATAN
UNTUK MENJADI KUAT,

LANGKAH PERTAMA ITU ADALAH HARAPAN
SEDANGKAN TIDAK MELANGKAH
LANGSUNG TIADA HARAPAN.

OLEH : DATO' DR. SYED AHMAD

CITA-CITA TANPA USAHA ADALAH ANGAN-ANGAN,
ANGAN-ANGAN YANG DIUSAHAKAN ADALAH CITA-CITA.


OLEH : MAS ADEKI

Wednesday, January 12, 2011

Cerita Hikayat Cendawan Putih (Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan)

GENRE : PROSA MELAYU TRADISIONAL
Cerita “Hikayat Cendawan Putih”
Watak dan perwatakan
1. Raja Indera Kemala Putera
- Jatuh sakit menyebabkan dia telah menjadi kurus-kering

2. Raden Kesuma Wati
- Anak lelaki Raja Indera Kemala Putera
- Mencuri memakan juadah orang di sebuah gerai di negeri Indera Buangan. (ms 67)
- Telah dijadikan oleh Raden Kesuma Ningrat gembala kambing. (ms 69)
- Abang tiri kepada Raden Kesuma Ningrat. (ms 70)
- Seorang yang penakut dan kuat menangis. Beliau bersembunyi di belakang RKN apabila bertemu dengan raksasa dan harimau kerana takut. Beliau juga menangis dengan kuat kerana takut dengan raksasa dan harimau dan meminta RKN melindunginya. (ms 72)

3. Raja Syah Dewa Alam
- Tinggal di negeri Melaka Pura. (ms 59)
- Mempunyai seorang anak perempuan bernama Tuan Puteri Pelinggam Cahaya yang mempunyai paras wajah yang sangat cantik. (ms 59)
- Telah bermimpi memakan telur burung merpati putih. (ms 59)
- Telah memerintahkan segala menteri dan hulubalangnya serta rakyat pergi mencari telur burung merpati putih. (ms 59)
-

4. Tuan Puteri Pelinggam Cahaya / Bangbang Gajah Merta
- Anak kepada Raja Syah Dewa Alam. (ms 59)
- Mempunyai paras wajah yang sangat cantik. (ms 59)
- Sangat mengambil berat kebajikan ayahandanya. Cth: TPPC susah hati mendengarkan ayahandanya mahu memakan telur burung merpati putih. Oleh yang demikian, beliau sendiri menawarkan diri untuk mencari telur burung merpati itu apabila menteri, hulubalang-hulubalang dan rakyat tidak dapat mencari telur tersebut.
- Seorang yang menghormati ibu bapa. TPPC sujud pada kaki ayahanda dan bondanya meminta restu sebelum berangkat mencari telur burung merapti putih di Gunung Meraksa Dewa. (ms 60)
- Seorang yang tabah menghadapi cabaran. Contohnya, TPPC meneruskan pencarian mencari telur merpati putih walaupun hanya seorang diri tanpa menteri, hulubalang dan rakyat. Menteri, hulubalang dan rakyat dalam cerita dipaparkan ramai yang mati disebabkan kelaparan dan telah lari disebabkan tidak larat untuk meneruskan perjalanan yang begitu jauh. (ms 61 )
- Seorang yang sensitif. Cth: Beliau menangis terkenangkan ayah bondanya semasa berada di hutan seorang diri setelah ditinggalkan menteri, hulubalang dan rakyat. (ms 60)
- Seorang yang berani. Cth: Beliau dengan berani menikam leher hulubalang yang sedang tidur di atas batu di selatan pohon beringin sehingga putus menyebabkannya mati. TPPC kemudian telah mengambil pakaian dan mahkota hulubalang tersebut dan telah naik di atas belakang kuda hitam. (ms 61)
- Melakukan penyamaran. Cth: TPPC menukarkan namanya kepada Bangbang Gajah Merta setelah berada di negeri Kesambi Pura. (ms 62)
- Seorang yang pintar dan bijaksana. Cth: TPPC / BGM telah berjaya dalam pertandingan mengambil limau nipis di dalam lubang tanah yang kecil dengan menggunakan hanya 3 jari tanpa menggunakan bilah atau kayu.

5. Perempuan Tua
- Orang yang telah memberitahu Tuan Puteri Pelinggam Cahaya tempat terletaknya telur burung merpati Putih. (ms 59)

6. Mangkubumi
- Orang yang bertanggungjawab memerintahkan supaya semua menteri, hulubalang serta rakyat di negeri Melaka Pura mencari telur burung merpati putih seperti yang diarahkan oleh Tuan Puteri Pelinggam Cahaya. (ms 59 – 60)

- Orang yang bertanggungjawab menyediakan kelengkapan senjata, menteri, hulubalang dan rakyat untuk persiapan TPPC mencari telur burung merpati putih. (ms 60 )

7. Tuanku Si Alam
- Raja pemerintah negeri Kesambi Pura. (ms 63)
- Berjanji akan mengahwinkan anaknya iaitu Tuan Puteri Ratna Telur kepada sesiapa yang berjaya mengambil limau nipis di dalam lubang tanah kecil dengan menggunakan 3 jari tanpa menggunakan bilah atau kayu. (ms 63)


8. Khatib Abdul Salam
- Orang yang telah diarahkan oleh Tuanku Si Alam untuk menikahkan antara Bangbang Gajah Merta dan Tuan Puteri Ratna Melur. (ms 63)

9. Raden Kesuma Ningrat
- Anak Raja Indera Kemala Putera dengan Tuan Puteri Indera Maya (ms 66 & 70)
- Adik tiri kepada Raden Indera Kesuma Wati. (ms 70)
- Memiliki kesaktian. Contoh: Puncak daun beringin yang dipagut oleh merbah kepunyaan RKN menyebabkan batang beringin tersebut mengeluarkan air. (ms 72)
10. Watak-watak Binatang
(i) Singa – telinga singa tempat tinggal TPPC sementera menantikan Raden Kesuma Ningrat datang.
(ii) Landak dua ekor (1 putih dan 1 hitam)
- Pengawal TPPC (ms 76)
(iii) Merbah Putih
- Bintang yang mengiringi RKW dan RKN ke gunung Meraksa Dewa
(iv) Raksasa
(v) Harimau
(v) Naga

11. Tuan Puteri Indera Maya
- Ibu kepada Raden Kesuma Ningrat dan ibu tiri kepada Raden Kesuma Wati (ms 70)
- Seorang yang penyayang. Cth: PIM melayan RKW seperti anaknya sendiri (ms70)

12. Tuan Puteri Ratna Telur
- Anak kepada Raja di negeri Kesambi Pura.
- Telah berkahwin dengan Bangbang Gajah Merta. (ms 63)

Latar Tempat
1. Gunung Meraksa Dewa
- Tempat seekor naga. Di telinga naga tersebut letaknya telur burung merpati putih yang bersarang di situ.


2. Negeri Melaka Pura
- Negeri pemerintahan Raja Syah Dewa Alam. (ms 59)

3. Padang, gunung dan hutan
- Tempat-tempat yang dilalui oleh TPPC, menteri, hulubalang dan rakyat untuk mencari telur burung merpati putih. (ms 61)

4. Pokok Beringin
- Digambarkan di Selatan beringin tersebut ada satu kuda dan seorang hulubalang yang gagah tidur di atas batu dengan kerisnya mempunyai panjang 4 hasta. (ms 61)

5. Negeri Kesambi Pura
- Negeri pemerintahan Tuanku Si Alam iaitu ayahanda Tuan Puteri Ratna Telur.
6. Negeri Indera Buangan
- Negeri Raden Kessuma Ningrat. (ms 67)
Latar Masa
(i) Empat puluh hari dan 40 Malam
- Raja Dewa Shah Alam digambarkan tidak makan dan tidak minum. (ms 59)
- Rakyat di negeri Kesambi Pura telah diarahkan oleh Tuanku Si Alam untuk berjaga-jaga selama 40 hari 40 malam untuk persediaan perkahwinan antara Bangbang Gajah Merta dan Tuan Puteri Ratna Melur. (ms 63)
- Raden Kesuma Wati dikatakan tiada makan dan minum. (ms 67)
(ii) Tujuh hari tujuh malam
- TPPC bertemu dengan satu pohon beringin. Di Selatan beringin tersebut ada satu kuda dan seorang hulubalang yang gagah tidur di atas batu dengan kerisnya mempunyai panjang 4 hasta.
(iii) Empat hari empat malam
- Jangka masa perjalanan yang diambil oleh TPPC untuk sampai ke negeri Kesambi Pura.

Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang mempercayai sesuatu ramalan / tilikan nujum.
Contohnya: Raden Kesuma Wati meminta ahlul nujum menilik punca dan cara mengubati penyakit Raja Indera Kemala Putera. (ms 57)



Teknik Penceritaan
1. Teknik Pemerian / Deskriptif
- Contoh: Alkisah, maka tersebutlah perkataan Raja Dewa Syah Alam di negeri Melaka Pura. Maka baginda itu ada beranak seorang perempuan terlalu elok parasnya. Maka dinamai oleh baginda Tuan Puteri Pelinggam Cahaya, telah besarlah. Maka negeri itu terlalu ramai orang bermain-main siang dan malam, tiada berhenti lagi. (ms 59)

2. Teknik Dialog
- Contoh: “Segeralah ayahanda beroleh burung itu, apalah jadinya yang demikian ini yang menanggung percintaan siang dan malam.” Maka kata tuan puteri, Jikalau demikian baiklah pergi sendiri mencari burung itu.” (ms 60)

3. Teknik mimpi
- Contoh: Raja Syah Dewa Alam bermimpi memakan telur merpati putih. (ms 59)
- Contoh: TPPC bermimpi didatangi seorang perempuan tua yang memberitahunya tempat terletaknya telur burung merpati putih.

Gaya bahasa
1. Simpulan Bahasa
Cth: Buah hati (ms 64)
2. Penggunaan Puisi
Cth: Pantun (ms 65)

Ikan ruan mudik ke hulu,
Makan senduduk berduri-duri;
Tinggallah tuan ini dahulu,
Tinggallah duduk peliharalah diri.

3. Simile
- Maka dipagutnya puncak daun beringin itu, maka dengan seketika itu juga keluarlah airnya seperti cucur daripada sungai rupanya. (ms 72)

Baca Selanjutnya>>

Analisis Cerpen - Anak Gembala (Teks Anak Global)

WATAK & PERWATAKAN

Mat Seman

1. Cucu Tuk Gembala Deraman.

2. Isterinya bernama Sutinah.

3. Mempunyai 4 orang anak (Sehak, Milah, Kiah dan Semah).

4. Bekerja sebagai seorang askar di kem askar, Perak sebelum menjadi seorang gembala kerbau.

5. Merupakan generasi ketiga yang mewarisi pekerjaan sebagai gembala kerbau. (MS 79)

6. Memakai kaki palsu (cacat) – Kakinya remuk kena jerangkap samar ketika membuat operasi di sempadan menyebabkan kakinya telah dipotong. (MS 80)

7. Telah dihumban menjaga stor dengan kerja mengira tayar buruk, lori buruk dan macam-macam yang buruk setelah kakinya dipotong. (MS 81)

8. Seorang yang bersemangat tinggi dan tidak mudah berputus asa/menyerah kalah pada takdir atau nasib. (MS 81)

9. Pernah menjadi johan menembak, johan terjun dari udara, johan bermain senjata semasa masih bekerja sebagai seorang askar. (MS 81)

10. Memiliki kepakaran tentang kerbau. Cth: Mat Seman menghalau kerbaunya yang berjumlah 60 ekor pulang ke kandang dengan hanya menggunakan seruling. Seruling tersebut diperbuat daripada buluh sebesar ibu jari dan mempunyai bunyi seakan-akan suara kerbau. (MS 86)

11. Bercita-cita menjadi contoh kepada anak-anak Desa Angun Sebutir. Cth: Mat Seman pernah mengatakan bahawa membela kerbau juga boleh menjadi kaya jika kena caranya.

12. Seorang yang murah hati/suka bersedekah. Cth: Setiap hari Raya Haji, Mat Seman akan mengorbankan sekurang-kurangnya seekor kerbau & dagingnya akan dibahagi-bahagikan kepada seluruh anak kampung. (MS 86)

13. Seorang yang berdikari. Cth: Mat Seman tidak pernah meminta apa-apa bantuan daripada orang untuk mengusahakan kerbaunya. Mat Seman menggunakan wang sagu hati dia putus kaki untuk membeli mesin penyodok untuk menolak tahi-tahi kerbau ke tepi. (MS 85)

14. Tidak mahu orang lain menggugat haknya di Lembah Bilut yang sudah menjadi tempat keramat bagi keluarganya.

15. Meninggal dunia kerana dipijak kerbau-kerbaunya apabila terdengar bunyi jentera yang di Lembah Bilut.

Tuk Gembala Deraman

1. Datuk Mat Seman. (MS 79)

2. Merupakan gembala kerbau mula daripada budak belum bersunat lagi hinggalah meninggal. (MS 79)

3. Pakar tentang kerbau iaitu daripada tahi TGD tahu kerbau sakit dan begitu juga apabila kerbau demam, kerbau cerah perut, kerbau sudah bunting seminggu dan sampailah kerbau hendak berbini.

Ayah Mat Seman

1. Anak Tuk Gembala Deraman.

2. Merupakan generasi kedua yang mewarisi pekerjaan sebagai gembala kerbau.

3. Menurunkan ilmu kerbau kepada Mat Seman tentang cara-cara menghalau kerbau pulang ke kandangnya iaitu dengan menggunakan bunyi seruling.

4. Meninggal kerana hidung dan gusinya berlubang disebabkan sakit resdung yang lama tidak berubat. (MS 82)

Sutinah

1. Isteri Mat Seman.

2. Tidak mahu anak-anaknya mewarisi pekerjaan sebagai gembala kerbau kerana baginya pekerjaan tersebut adalah hina dan tidak akan dihormati oleh orang lain. (MS 83)

Baca Selanjutnya>>

Tuesday, November 2, 2010

Cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang - Antologi Madu Ilmu

Sinopsis

Seorang gadis bernama Zaniyah terlanjur dalam hubungannya dengan kekasihnya. Zaniyah yang
hamil telah ditinggalkan oleh kekasihnya,Zaney. Zaniyah yang melahirkan anak di pinggir sungai Hutan Lembah Dara Terbelah telah meninggalkan bayinya di pinggir sungai tersebut. Apabila dia kemudiannya melihat seekor ibu monyet bergadai nyawa menyelamatkan anaknya, Zaniyah menjadi insaf,lantas kembali mendapatkan semula anak yangn telah ditinggalkannya itu.

Tema

Bertemakan tentang keinsafan seorang ibu yang terjebak dalam kancah maksiat
Contohnya: zaniyah merupakan seorang gadis yang hidup bebas sehingga terlanjur dengan kekasihnya zaney kemudiannya apabila dia disahkan hamil kekasihnya telah meninggalkannya .setelah beliau melahirkan anaknya ,zaniyah meninggalkan bayinya di pinggir sungai .tetapi zaniyah akhirnya sedar dan insaf apabila melihat seekor ibu monyet bergadai nyawa menyelamatkan anaknya.akhirnya zaniyah kembali mendapatkan anaknya.


Persoalan

1. pembuangan bayi yang tidak berdosa.contoh; zaniyah membuang ananaknya yang baru dilahirkan dipinggir sungai hutan lembah dara kerana tidak sanggup menanggung malu kerana anak yang dilahirkannya adalah anak luar nikah

2. kehamilan gadis tanpa ikatan perkahwinan,contoh;zaniyah hamil setelah menjalinkan hubungan dengan kekasihnya zaney tanpa ikatan perkahwinan

3. pergaulan bebas muda mudi,contoh; setelah zaniyah ditinggalkan kekasihnya zaniyah menjadi liar dengan berkawan dengan bohsia dan bohjan.

4. hubungan kasih saying dalam keluarga binatang,
contoh : kerana sangat menyayangi anaknya ibu monyet sanggup menggadaikan nyawanya demi untuk memastikan anaknya selamat daripada dibaham buaya

5. sikap ketidakbertanggungjawaban seorang lelaki,
contoh : zaney merupakan buaya darat yang telah merosakkan zaniyah sehingga zaniyah hamil.sikap ketidakbertanggungjawab zaney ini terserlah apabila dia menghilangkan diri tanpa dikesan

Watak dan Perwatakan

Zaniyah
-watak utama
-seorang gadis liar,bohsia
-mementingkan budaya hedonisme
-pernah menjalinkan hubungan cinta dengan suami orang
-kemudian menjalinkan hubungan cinta dengan zaney sehingga mereka terlanjur
-hamil anak luar nikah
-membuang anaknya sebaik sahaja dilahirkan di pinggir sungai hutan lembah dara
-akhirnya insaf dan mengambil semula anaknya
-seorang yang sangat menjaga maruah diri,contohnya selepas melahirkan anak dia sanggup membuang anaknya kerana tidak mahu maruahnya rosak
-kuat semangat,berani,tabah,contohnya melahirkan anaknya seorang diri didalam hutan
-berasal dari kampong dan menetap dikota

Zaney
-mempunyai kekasih bernama zaniyah
-telah terlanjur dengan zaniyah
Lelaki yang tidak mahu bertanggungjawab dan akhirnya melarikan diri


Latar masyarakat/gambaran/imej/citra

1. masyarakat kota,contoh:zaniyah merupakan gadis kampong yang hidup mencari rezeki dikota

2. masyarakat yang terpengaruh dengan budaya hedonisme,
contoh : zaniyah merupakan gadis liar yang hidup dengan mementingkan keseronokan seperti bergaul bebas lelaki dengan perempuan

3. masyarakat yang kejam,
contoh : zaniyah seorang yang kejam kerana sanggup membuang anaknya yang baru dilahirkan demi menjaga maruahnya

4. masyarakat yang tidak bertanggungjawab,
contoh : zaney merupakan seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab dengan meninggalkan zaniyah setelah dia mendapat apa yang diingininya

5. masyarakat yang jahil tentang agama,
contoh : zaniyah seorang gadis yang jahil tentang agama dengan membelakangkan garis panduan agama dengan terlibat dalam pergaulan bebas bohsia dan bohjan,terlanjur sehingga melahirkan anak dan cuba membuang anaknya itu

6. masyarakat haiwan yang penyayang dan sanggup bekorban,
contoh : ibu monyet sangat menyayangi anaknya dan telah mengorbankan nyawanya demi menyelamatkan anaknya daripada dibaham buaya

Latar masa

berlaku pada waktu awal pagi ketika zaniyah melahirkan anaknya

Latar tempat

-di kota
-dipinggir sungai hutan lembah dara

Nilai kemanusiaan

1. nilai kasih sayang.
contoh: ibu monyet sangat menyayangi anaknya,
buktinya ibu monyet sanggup menggadaikan nyawanya untuk menyelamatkan anaknya dalam bahaya

2. nilai keinsafan,
contoh : zaniyah insaf dan sedar akan dosanya yang membuang bayinya setelah menyaksikan ibu monyet sanggup menggadaikan nyawa menyelamatkan anaknya.akhirnya zaniyah pergi mengambil kembali anaknya

3. nilai pengorbanan,
contoh : ibu monyet sanggup bekorban nyawa demi menyelamatkan anakn ya daripada dibaham buaya

4. nilai menjaga maruah,
contoh : setelah melahirkan anak zaniyah membuang anaknya dan berazam ingin merantau jauh agar segala perbuatan terkutuknya tidak diketahui sesiapa

5. nilai simpati,
contoh : zaney menasihati zaniyah supaya tidak menjalinkan hub ungan dengan suami orang

6. nilai ketabahan,
contoh : zaniyah seorang yang tabah dan berani menghadapi saat-saat melahirkan anak seorang diri dihutan lembah dara walaupun risikonya tinggi

Mesej atau Pengajaran

1. Kita mestilah insaf dan sedar setelah terlanjur melakukan dosa atau kesalahan contoh : zaniyah insaf dan sedar akan dosanya yang membuang bayinya setelah menyaksikan ibu monyet sanggup menggadaikan nyawa menyelamatkan anaknya.akhirnya zaniyah pergi mengambil kembali anaknya

2. sebagai manusia kita hendaklah menjaga tingkah laku dan menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dengan perempuan yang bukan muhrim,
contoh : zaniyah merupakan gadis liar yang mengamalkan pergaulan bebas sehingga terjebak dengan hubungan terlarang

3. kita janganlah mengamalkan hubungan tanpa ikatan perkahwinan,
contoh : zaniyah dan zaney menjalinkan hubungan tanpa ikatan perkahwinan sehingga zaniyah hamil

4.kita hendaklah bertanggungjawab setelah merosakkan anak gadis orang,
contoh : zaney menghilangkan diri setelah dia mendapat apa yang dia inginkan daripada zaniyah

5. kita mestilah menyayangi dan bekorban demi anak-anak,
contoh : ibu monyet sangat menyayangi anaknya,buktinya ibu monyet sanggup menggadaikan nyawanya untuk menyelamatkan anaknya dalam bahaya

6. kita hendaklah menjaga maruah diri apabila merantau jauh atau berjauhan dengan ibu bapa,
contoh : zaniyah gadis kampong berhijrah ke kota mencari rezeki tetapi telah mencemarkan nama baik keluarganya dengan terlibat dalam pergaulan bebas sehingga melahirkan anak luar nikah

Teknik plot

1. teknik dialog
contoh: ”percayalah , zan.Dia tu dah punya bini,dah punya anak pun.Aku kesiankan kau.Sebagai seorang kawan,aku berkewajipan mengingatkan kau.’Zaney mempamerkan wajah simpatinya.(hal 51)

2. teknik pemerian
contoh : matanya yang kuyu dan cengkung diwajahnya yang pucat lesi itu masih merenungi aliran air sungai yang menghayutkan sampah sarap dan reba itu (hal. 53)

3. teknik imbas kembali
,contoh : zaniyah terkenang kisah hitam bapa dan ibunya

Baca Selanjutnya>>

Sunday, October 31, 2010

Cerpen Gersang karya Masniah Kalyubi

SINOPSIS
Memaparkan kisah seorang lelaki tua peminta sedekah yang terjumpa seorang bayi di dalam tong sampah. Bayi itu dinamainya Sumi. Meskipun amat tua kerana berusia hampir 100 tahun dan bongkok pula, namun naluri kemanusiaannya yang tinggi membuatkannya dia gigih memelihara Sumi dengan penuh kasih sayang. Pada akhirnya, datang pihak berkuasa ingin meruntuhkan gubuk mereka kerana kawasan setinggan itu akan dibangunkan. Mereka berdua terpaksa hidup bergelandangan kerana gubuk buruk mereka diruntuhkan.

TEMA
Kegigihan dan kasih sayang seorang lelaki tua yang bergelut dengan penderitaan dalam mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan. Lelaki tua itu hanya bergantung pada pendapatannya sebagai peminta sedekah di bandar raya Kuala Lumpur untuk meneruskan kehidupan bersama seorang cucu terbuang yang masih kecil iaitu Sumi.

PERSOALAN
1. Persoalan tentang kemiskinan hidup. Contohnya, datuk tua menyara kehidupan dengan menjadi seorang peminta sedekah dan dia juga tinggal di sebuah gubuk buruk di kawasan setinggan di kota Kuala Lumpur bersama dengan seorang anak iaitu Sumi.
2. Persoalan tentang kasih sayang. Contohnya, datuk tua menjaga Sumi dengan penuh kasih sayang seperti anak kandungnya sendiri dan berusaha untuk membahagiakan Sumi walaupun membesarkannya dengan hanya memberi makan hasil huluran tin susu tuanya.
3. Persoalan tentang pembuangan bayi. Contohnya, Sumi telah dijumpai oleh datuk tua di dalam tong sampah dengan keadaan hanya berbalut dengan lampin.
4. Persoalan tentang ketabahan dalam menempuh dugaan hidup. Contohnya, dalam menghadapi dugaan hidup walaupun gubuk buruk yang didiaminya selama ini bersama Sumi di kawasan setinggan telah dirobohkan.
5. Persoalan tentang kegigihan dalam mencari rezeki. Contohnya, datuk tua yang telah berusia hampir 100 tahun dan bongkok pula masih gigih dalam mencari rezeki demi meneruskan hidupnya dan cucu kesayangannya walaupun pekerjaannya itu hanya mengemis di jalanan.
6. Persoalan tentang keyakinan akan Tuhan. Contohnya, datuk tua yakin bahawa walaupun pekerjaannya kini terjejas akibat gubuk buruknya telah dirobohkan tetapi baginya bumi Allah ini luas dan dia masih boleh meneruskan perjuangan untuk mencari rezeki di mana-mana tempat.
8. Persoalan tentang kemajuan pembangunan. Contohnya, Kuala Lumpur merupakan bandar raya yang sudah mengecapi kemajuan pembangunan sehingga menjadikan tempat tersebut lubuk atau pusat pekerjaan penduduk yang sangat penting. Begitu juga, deretan gubuk buruk yang didiami oleh datuk tua bersama dengan penghuni-penghuni yang lain telah dirobohkan untuk tujuan pembangunan.

WATAK DAN PERWATAKAN

Datuk Tua
1. Watak utama cerita.
2. Berusia menjangkau satu abad iaitu hampir 100 tahun.
3. Badannya kurus dan sudah bongkok. Dia berdiri dan berjalan dengan bantuan tongkat.
4. Tinggal di gubuk buruk di kawasan setinggan di Kuala Lumpur.
5. Seorang peminta sedekah.Contohnya, datuk tua selalu mengemis di kaki-kaki lima bandar Kuala Lumpur.
6. Memelihara seorang anak iaitu Sumi yang telah dibuang oleh ibu bapanya di tong sampah.
7. Seorang yang penyayang. Contohnya, dia menjaga Sumi dengan penuh kasih sayang seperti anak kandungnya sendiri dan berusaha menunaikan permintaan .
8. Seorang yang gigih. Contohnya, meskipun datuk tua sudah teramat tua dan bongkok pula tetapi dia gigih memelihara Sumi dengan penuh kasih sayang dan berusaha mencari mencari rezeki untuk membesarkannya.
9. Seorang tua yang mempunyai naluri kemanusiaan yang tinggi. Contohnya, meskipun datuk tua sudah teramat dan seorang peminta sedekah tetapi dengan naluri kemanusiaan yang ada pada dirinya, dia sanggup memelihara Sumi yang dibuang oleh ibu bapanya di tong sampah.
10. Percaya dan yakin akan Tuhan. Contohnya, datuk tua yakin Tuhan akan sentiasa memberi ruang kepadanya untuk mencari rezeki di mana–mana tempat di bumi ini.


Sumi
1. Berumur lima tahun.
2. Korban kezaliman ibu bapa yang tidak bertanggungjawab. Contohnya telah dibuang oleh ibu bapanya di tong sampah dan telah dijumpai oleh datuk tua dengan keadaan yang hanya berbungkus lampin.
3. Dipelihara oleh datuk tua iaitu seorang peminta sedekah yang sudah berusia.
4. Menyayangi datuk tuanya. Contohnya, semasa gubuk buruk tempat tinggal mereka diruntuhkan, Sumi segera mendapatkan datuk tua kesayangannya walaupun sedang sakit. Dia tidak mahu datuk tuanya itu terkial-kial sendirian menanggung segala penderitaan yang dialami.
5. Seorang kanak-kanak yang periang dan mempunyai dua orang kawan iaitu Utih dan Nana.
6. Seorang kanak-kanak yang tidak pernah merasai kesenangan hidup. Contohnya, Sumi tidak pernah merasai kesenangan hidup lantaran ibu bapanya yang membuangnya di tong sampah dan kini, hidup bergantung dengan datuk tuanya yang lemah dan tidak mempunyai apa-apa iaitu mencari rezeki dengan hanya mengemis.

LATAR

Latar Tempat
1. Bandar raya Kuala Lumpur
2. Kaki lima – tempat datuk tua meminta sedekah.
3. Gubuk buruk di kawasan rumah setinggan – tempat datuk tua dan Sumi tinggal.

Latar Masyarakat
1. Masyarakat kota yang miskin. Contohnya, datuk tua mencari rezeki untuk menyara kehidupan dengan hanya meminta sedekah. Dia dan Sumi tinggal di kawasan setinggan iaitu di gubuk buruk tebing sungai.
2. Masyarakat tua yang gigih. Contohnya, datuk tua yang sudah berusia menjangkau 100 tahun dan sudah bongkok masih meneruskan kehidupan mencari rezeki dengan mengemis di jalanan walaupun sudah teramat tua.
3. Masyarakat kota yang murah hati dan berbelas kasihan. Contohnya, masih terdapat segelintir warga kota yang simpati dan bermurah hati dengan memberi sedekah kepada datuk tua.
4. Masyarakat yang penyayang. Contohnya, datuk tua menyayangi Sumi dengan menjaganya dengan penuh kasih sayang seperti anak kandungnya sendiri.
5. Masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan berperikemanusiaan. Contohnya, ibu bapa Sumi mewakili masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan berperikemanusiaan kerana membuang anak di tong sampah.
6. Masyarakat yang jahil tentang agama. Contohnya, perbuatan ibu bapa Sumi yang membuangnya di tong sampah memperlihatkan kurangnya nilai agama dalam diri sehingga sanggup membuang darah daging sendiri.
7. Masyarakat kota yang sentiasa sibuk. Contohnya, setiap hari masyarakat kota di Kuala Lumpur digambarkan sentiasa sibuk dengan hal dan pekerjaan masing-masing.
8. Masyarakat kota yang terabai dari segi kebajikan. Contohnya, datuk tua dalam keadaannya yang sudah menjangkau usia 100 tahun masih merempat di kota Kuala Lumpur mencari rezeki dengan meminta sedekah tanpa ada bantuan daripada mana-mana pihak untuk menempatkannya di rumah-rumah kebajikan orang-orang tua.


TEKNIK PENCERITAAN
1. Pemerian
- Tatapannya merenung kejauhan lalu menembusi kenderaan dan derap langkah kaki warga kota yang lewat di hadapannya. Pun ketika ada dentingan syiling yang terlontar di dalam tin susunya, tatapannya itu tetap tidak berubah. Getir dan penuh penderitaan, membayangkan warna hidupnya. (MS 93)

2. Imbas Muka/ Flashforward
- Datuk tua sedang merenung dan berfikir untuk mencari jalan penyelesaian bagi masalah yang sedang bersarang dalam kepala. Dia merasakan petang itu merupakan petang bagi segala masalah. (MS 94)

3. Imbas kembali / Flasback
- Datuk tua teringat akan kedatangan lelaki-lelaki asing yang memakai kemeja dan tali leher dengan cara jalan yang begitu gagah di kawasan deretan gubuk-gubuk buruk mereka di tebing sungai. (MS 94-95)

- Datuk tua teringat akan peristiwa dia menjumpai Sumi yang masih bayi di dalam tong sampah dengan hanya berbalut lampin buruk. (MS 96)

- Datuk tua teringat akan Sumi yang sudah pandai merajuk dan bertanya tentang ayah dan ibunya kandungnya. (MS 97)

4. Dialog
- “Tanah ni tanah kerajaan, pak cik. Di tapak tanah ni akan dibina bangunan lapan puluh tingkat.”
“Tapi encik…”
“Tak ada tapi-tapinya lagi. Kalau saya kata pindah, pindah!” (MS 95)

5. Monolog dalaman
- Dia bertanya kepada dirinya lagi. Di manakah peri kemanusiaan warga kota? Di manakah keadilan yang selalu dilaung-laungkan? Dia tidak tahu. Dia juga tidak tahu di manakah haknya sebagai warga kota yang bernaung di bumi merdeka? Mana? Mana? Hatinya menjerit. (MS 96)
- Mungkin ada rezeki lebih hari ini Sumi. Nanti tuk belikan limau. Hatinya berbicara. (MS 97)

6. Monolog
- “Tunggu ya cu, tuk pulang ni!” Dia berbisik sendirian. (MS 99)

7. Suspens
- Langkahnya semakin cepat. Sesekali dia tersepak batu-batu di jalanan. Semakin hampir ke tempat itu semakin kuat bunyi buldozer dan semakin lemah tubuh tuanya. Langkahnya mati tiba-tiba. (MS 99)



NILAI MURNI
1. Kasih sayang. Contohnya, datuk tua menyayangi Sumi dengan menjaganya dengan penuh kasih sayang seperti anak kandungnya sendiri.
2. Pemurah. Contohnya, segelintir warga kota simpati dengan kesusahan yang dialami oleh datuk tua dengan bermurah hati menghulurkan sedekah.
3. Tabah. Contohnya, datuk tua tabah menghadapi dugaan hidup walaupun terpaksa bergelut dengan penderitaan hidup.
4. Kesyukuran. Contohnya, datuk tua sentiasa bersyukur dengan rezeki yang diterimanya hasil daripada meminta sedekah daripada orang lain.
5. Gigih. Contohnya, datuk tua yang telah berusia hampir 100 tahun dan bongkok pula masih gigih dalam mencari rezeki demi meneruskan hidupnya dan cucu kesayangannya walaupun pekerjaannya itu hanya mengemis di jalanan.
6. Bertanggungjawab. Contohnya, datuk tua telah menunaikan tanggungjawab dengan menjaga dan membesarkan Sumi yang telah dibuang oleh ibu bapanya di tong sampah.

AMANAT DAN PENGAJARAN
1. Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan dan takdir hidup.
2. Kita perlulah gigih berusaha dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
3. Kita mestilah bertimbang rasa dan mempunyai belas kasihan terhadap kesusahan orang lain.
4. Kita haruslah bertanggungjawab terhadap segala perbuatan dan tindakan kita.
5. Kita haruslah sentiasa bersyukur kepada Tuhan untuk setiap rezeki yang diberikan kepada kita.
6. kita hendaklah memberi kasih sayang yang baik terhadap anak-anak.


GAYA BAHASA

1. Simile
- Hitam seperti malam. (MS 93)
- Hatinya bagai digamit untuk melangkah pantas. (MS 99)

2. Personifikasi.
- Hatinya menjerit. (MS 96)

3. Sinkof.
- “Tak ada tapi-tapinya lagi. Kalau saya kata pindah, pindah!” (MS 95)

4. Hiperbola.
- Mengalir air mata darah
- Matahari jam dua belas tegak di atas kepala, memanah mata tua. (MS 94)

Baca Selanjutnya>>
Related Posts with Thumbnails