BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

BLOG BAHASA MELAYU CIKGU FARHAN

SELAMAT MELAYARI BLOG BAHASA MELAYU CIKGU FARHAN DI LINK INI BERSAMA MENUJU KECEMERLANGAN!!

Pengunjung Setia

DARI MANA ANDA ONLINE?

KATA-KATA HIKMAT/FALSAFAH

ANDA TIDAK KUAT
TETAPI ANDA MEMPUNYAI KEKUATAN
UNTUK MENJADI KUAT,

LANGKAH PERTAMA ITU ADALAH HARAPAN
SEDANGKAN TIDAK MELANGKAH
LANGSUNG TIADA HARAPAN.

OLEH : DATO' DR. SYED AHMAD

CITA-CITA TANPA USAHA ADALAH ANGAN-ANGAN,
ANGAN-ANGAN YANG DIUSAHAKAN ADALAH CITA-CITA.


OLEH : MAS ADEKI

Monday, September 14, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN



ASSALAMUALAIKUM..CIKGU INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SELURUH UMAT ISLAM AMNYA DAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR KESUSASTERAAN MELAYU YANG BERADA DI UPSI, TIDAK LUPA JUGA KEPADA PELAJAR KESUSASTERAAN MELAYU YANG BERADA DI SELURUH MALAYSIA. CIKGU DOAKAN SEMOGA PERJALANAN PERGI DAN BALIK KE KAMPUNG DALAM KEADAAN SELAMAT. KEPADA PELAJAR YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM DAN STPM, HARI RAYA INI JANGANLAH TERLALU BERAYA SAKAN HINGGA LUPA MENGULANG KAJI PELAJARAN, KORBANKAN SEDIKIT HARI RAYA TAHUN INI UNTUK MENGECAPI KEJAYAAN APABILA DAPAT KEPUTUSAN PEPERIKSAAN KELAK..AKHIR KATA, CIKGU AKHIRI UCAPAN DENGAN SERANGKAP PANTUN,


TINGGI-TINGGI SI POHON JATI
TINGGI LAGI SI GUNUNG LEDANG
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
SEMOGA SELAMAT PERGI DAN PULANG

Baca Selanjutnya>>

Sunday, September 13, 2009

TEKNIK MENJAWAB SOALAN KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL KERTAS 922/1 STPM

Kertas kesusasteraan Melayu tradisional 922/1 ini mempunyai 4 bahagian iaitu A, B, C dan D para pelajar hanya perlu menjawab 1 daripada setiap bahagian tersebut.

PENGENALAN :

a. Definisi khusus tentang Kesusasteraan Melayu Tradisional

b. Fungsi Kesusasteraan :
i. Pendidikan/pengajaran/didaktik
ii. Kepuasan estetik

c. Ciri-ciri Sastera Melayu Tradisional :
i. Lisan
ii. Tulisan [STPM 1998]
iii. Kreatif
iv. Bukan kreatif
v. Estetik (unsur keindahan)


BAHAGIAN A : SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL

Dalam bahagian A ini pelajar harus mengetahui mengenai ;

i. JENIS :

Sastera Lisan / Sastera Rakyat Bentuk Naratif (cerita)

a. Cerita Penglipur lara
b. Cerita Binatang [STPM 2005]
c. Cerita Jenaka [STPM 2001]
d. Cerita Pengalaman/Cerita Teladan
e. Cerita Mitos [STPM 2002]
f. Cerita Legenda [STPM 2003]

Sastera Tulisan - Naratif Tulisan :

a. Sastera Sejarah [STPM 2000 & 2006]
b. Sastera Hikayat [STPM 2004]
c. Sastera Panji [STPM 2001]
d. Sastera Kepahlawanan/ Epik [STPM 2003]

Sastera Tulisan – Bukan Naratif (bukan cerita)

a. Sastera Undang-undang [STPM 2005]
b. Sastera Agama
c. Sastera Kitab [STPM 2007]
d. Sastera Ketatanegaraan

ii. TAHAP : Tumpuan kepada :

1. Sastera Lisan
2. Sastera Zaman Hindu
3. Sastera Zaman Peralihan (PRA-ISLAM) [STPM 2006]
4. Sastera Zaman Islam [STPM 2000]

• kemunculan dan perkembangan sastera lisan, pra-Islam & zaman Islam
• Definisi
• Ciri-ciri
• Contoh-contoh
• Fungsi/peranan


iii. TOKOH

a. Tun Seri Lanang
b. Hamzah Fansuri [STPM 1999]
c. Bukhari al-Jauhari
d. Nuruddin al-Raniri
e. Sheikh Daud al Fatani [STPM 2002]
f. Raja Ali Haji [STPM 2000 & 2007]
g. Syed Muhammad bin Zainal Abidin
h. Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani

Tumpuan :
• Latar belakang tokoh
• Sumbangan tokoh
• Kepentingan tokoh

III. PERSOALAN DAN LATAR MASYARAKAT

a. Keagungan raja dan negara
b. Kepahlawanan [STPM 2003]
c. Kesetiaan rakyat [STPM 2004]
d. Panduan untuk raja, pembesar dan rakyat [STPM 2001]
e. Keagamaan dan kepercayaan
f. Pendidikan/moral [STPM 2001]
g. Gambaran masyarakat [STPM 1999]


B. KARYA AGUNG – SULALATUS SALATIN (SEJARAH MELAYU)

1. Definisi Sastera Sejarah
2. Ciri-ciri/ sifat Sastera Sejarah – Sulalatus Salatin sebagai sastera sejarah
3. Fungsi Sastera Sejarah
4. Kedudukan – keistimewaan dan kemampanan
5. Penghayatan peristiwa – memahami maksud tersurat dan tersirat
6. Watak dan perwatakan – jenis, peranan dan perwatakan
a. Golongan pemerintah/raja
b. Golongan pembesar [ STPM 2004 – Tun Perak]
c. Golongan agama
d. Golongan pahlawan
e. Golongan wanita
f. Watak golongan pendatang
7. Teknik penulisan [STPM 2007 – TEKNIK DRAMATIK]
a. Dialog, monolog
b. Naratif/pemerian (penceritaan langsung)
c. Ketegangan/penyelesaian
d. Prolog
e. Lisan
f. Didaktik
g. Pembahagian fasal/bab
8. Ketatanegaraan
a. Negeri beraja
b. Kepimpinan
c. Keperwiraan
d. Kerakyatan [STPM 2003 – Kesetiaan & Ketegasan hamba Melayu]
e. Perundangan
9. Unsur-unsur tertentu
a. Humor
b. Pathos (kepiluan)
c. Pengaruh/sentuhan budaya
d. Pengembaraan
e. Mitos/Legenda
f. Agama
g. Asal-usul
h. Binatang
i. Pengaruh luar [Hindu & Islam] [STPM 2001]
j. Pengajaran & Penddikan Moral [STPM 2002]
k. Peristiwa / perlakuan yang berulang-ulang [STPM 2006]
10. Gaya Bahasa
a. Personifikasi
b. Simile/Kiasan
c. Anafora
d. Ironi
e. Perlambangan
f. Perbandingan
g. Perulangan
h. Dialek
i. Pengaruh bahasa asing

11. Penghayatan berdasarkan petikan teks (SOALAN KONTEKS)
a. [STPM 2001 M/S 10] – aspek moral dalam peristiwa Tun Jana Khatib
b. [STPM 2002 M/S 39 – 40] – Unsur luarbiasa
c. [STPM 2003 M/S 200 – 201] – Unsur lucu
d. [STPM 2004 M/S 171 – 172 ] – Wasiat Sultan Mansor
e. [STPM 2005 M/S 132] – Tun Perpatih Putih (kebijaksanaan)
f. [STPM 2006 M/S 244 – 245] – Keagungan & Kemakmuran Melaka

12. Nilai
a. Nilai Kemanusiaan [STPM 2005] – Keruntuhan nilai kemanusiaan


dibahagian B ini pelajar harus menghabiskan membaca buku sulalatus salatin, walaupun ayat yang digunakan susah untuk difahami. pastikan anda membuat sinopsis berkaitan setiap bab dalam buku tersebut. contoh soalan yang dikeluarkan ialah meminta pelajar menceritakan peristiwa yang berlaku sebelum petikan yang diberikan dan selepas petikan yang diberikan. pelajar harus menguasai buku sulalatus salatin untuk di bahagian B ini untuk mendapatkan markah 25/25.


BAHAGIAN C : PROSA TRADISIONAL , MUTIARA SASTERA MELAYU TRADISIONAL

1. Kesusasteraan Rakyat
a. Cerita Mitos – Asal Usul Kejadian Dunia [STPM 2006]
b. Cerita Legenda – Puteri Sa’dong
c. Cerita Binatang – Katak Membunuh Gergasi [STPM 2007]
d. Cerita Jenaka – Kejenakaan Pak Pandir [STPM 2006]
e. Cerita Lipur Lara – Hikayat Raja Donan [STPM 2005]
f. Cerita Teladan – Bawang Putih Bawang Merah
2. Kesusasteraan Hikayat
a. Kesusasteraan Hikayat Zaman Pra-Islam (berunsurkan Hindu) – Hikayat Pendawa Lima
b. Kesusasteraan Hikayat Zaman Pra-Islam (berunsurkan Hindu-Islam) – Hikayat Ahmad Muhammad
c. Kesusasteraan Hikayat Zaman Islam – Hikayat 1001 Malam
3. Kesusasteraan Panji
Hikayat Misa Taman Jayeng Kusuma (Bab XII) [STPM 2004]
4. Kesusasteraan Epik
Hikayat Hang Tuah (Bab VIII) [STPM 2005]
5. Kesusasteraan Undang-undang
Undang-undang Laut Melaka (Fasal 1 hingga 8)
6. Kesusasteraan Agama
Cerita-cerita Nabi dan Tokoh-tokoh Islam – Inilah Hikayat Nur Muhammad
7. Kesusasteraan Kitab
Kitab Hadiqat al-Azhar wa al-Rayahim
8. Kesusasteraan Ketatanegaraan
Bustan al-Salatin (Bab III Fasal 2) [STPM 2004]
Kajian meliputi :

1. Definisi setiap kesusasteraan/cerita
2. Ciri-ciri
3. Fungsi cerita
4. Penghayatan peristiwa
5. Tema/persoalan/pemikiran
6. Plot dan peristiwa
7. Watak dan perwatakan
8. Gaya bahasa
9. Teknik penulisan

bahagian C merupakan bahagian mengenai buku Mutiara Kesusasteraan Melayu Tradisional.
setiap pelajar harus mengigati setiap cerita yang terdapat dalam buku tersebut. jika pelajar dapat mengigati jalan cerita dan apa yang berlaku dalam setiap cerita,watak dan perwatakkan. yang ada insyallah pelajar akan dapat menjawab soalan di bahagian C ini dengan succes.


BAHAGIAN D : PUISI MELAYU TRADISIONAL (TEKS – MUTIARA SASTERA MELAYU TRADISIONAL)

Kajian meliputi :


1. Definisi puisi
2. Ciri-ciri puisi
3. Fungsi puisi
4. Tema/persoalan/pemikiran/mesej
5. Nilai kemanusiaan, kemasyarakatan, keagamaan/moral
6. Gaya Bahasa
a. Personifikasi
b. Simile/Kiasan
c. Metafora
d. Anafora
e. Epifora
f. Ironi
g. Paradoks
h. Perlambangan
i. Perbandingan
j. Hiperbola
k. Alusi
l. Perulangan
m. Inversi
n. Citra
o. Asonansi (perulangan vocal)
p. Aliterasi (perulangan konsonan)
q. Onomatopia
r. Rima
s. Ritma/Irama

7. Bentuk bebas :
a. Seloka [STPM 2004 MS 343 – 345]
b. Teromba
c. Talibun
d. Peribahasa berangkap [STPM 2007]
e. Mantera [STPM 2005 M/S 366-367]

Bentuk Terikat :
a. Pantun [STPM 2006 M/S 247]
b. Gurindam
c. Syair [STPM 2005 M/S 285-286]
d. Endoi
e. Rejang
f. Dikir/Zikir
g. Rubai [STPM 2006 M/S 323]
h. Nazam
i. Masnawi
j. Ghazal
k. Berzanji [STPM 2004 M/S 336 - 337]
l. Qit’ah

7. Teknik Penulisan :
a. Bait/rangkap
b. Pembayang/sampiran
c. Maksud
d. Suku kata
e. Bilangan perkataan
f. Naratif (syair)
g. Jeda
seperti biasa bahagian D merupakan bahagian yang paling mudah untuk skor 25/25 markah. ini kerana bahagian A adalah bahagian pelajar menganalisis puisi tradisional seperti yang dilampirkan diatas. di bahagian D ini pelajar harus mengigati konsep bagaimana untuk menjawab dan mengetahui istilah-istilah yang digunakan. contoh seperti bentuk, ciri-ciri dan struktur merupakan 1 maksud yang sama. oleh itu pelajar harus menguasai KONSEP bagaimana untuk menjawab untuk soalan D ini.

Bentuk Peperiksaan :

Kertas ini terdiri daripada lapan soalan dengan empat bahagian, iaitu Bahagian A, B, C, dan D. Taiap-tiap bahagian mengandungi dua soalan. Calon dikehendaki menjawab empat soalan sahaja; satu soalan daripada setiap bahgian.

Bahagian A : Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional
Bahagian B : Karya Agung – Sulalatus Salatin
Bahagian C : Prosa Melayu Tradisional (Mutiara Sastera Melayu Tradisional)
Bahagian D : Puisi Melayu Tradisional (Mutiara Sastera Melayu Tradisional)


**harapan cikgu supaya semua pelajar dapat menguasai teknik menjawab soalan dan melihat soalan-soalan yang pernah dikeluarkan oleh MPM seperti yang cikgu lampirkan diatas.paling penting setiap cerita wajib diingati oleh pelajar untuk menjawab
soalan kertas kesusasteraan Melayu. akhir kata kepada semua pelajar belajarlah rajin-rajin hingga sampai ke MENARA GADING yang diimpikan.

Baca Selanjutnya>>

Friday, September 11, 2009

PERKONGSIAN PENGALAMAN MENJAWAB SOALAN STPM KERTAS KESUSASTERAAN MELAYU MODEN 922/2

Assalamualaikum diucapkan kepada pelajar-pelajar Kesusasteraan Melayu yang berada di seluruh negara. Cikgu mendoakan semoga anda semua berada dalam keadaan sihat dalam meniti hari-hari peperiksaan STPM yang semakin menjelang ini, dalam kesempatan ini juga cikgu ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin yang akan menjelang lebih kurang seminggu lagi. Di sini cikgu ingin berkongsi pengalaman dan bagaimana cara cikgu menjawab dan belajar semasa menjawab soalan STPM tahun 2007 hingga menjadi pelajar kedua terbaik keseluruhan dan pelajar terbaik Kesusasteran Melayu yang hanya cikgu mendapat A dikalangan pelajar Sastera untuk kertas Kesusasteraan Melayu di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Alauddin Masjid Tanah Melaka. Terlebih dahulu cikgu ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Rohana Isa, Allahyarham Dr. Idris Jalil (Al- Fatihah), dan juga Puan Umi Kalsom Omar kerana telah mengajar cikgu dalam kertas Kesusasteran Melayu dari tingkatan 4 hingga 6. Tidak lupa juga ucapan terima kasih tidak terhingga kepada seluruh Guru SMK Sultan Alauddin terutama kepada Guru yang mengajar Kelas Tingkatan 6 tahun 2007.

Cara menjawab kertas STPM Kesusasteraan Melayu tidak serumit yang dicanagkan oleh pelajar-pelajar Kesusasteraan Melayu, secara keseluruhannya kertas kesusasteran Melayu ini memerlukan pembacaan terutama sekali pada soalan seperti NOVEL, CERPEN, dan DRAMA. Ketiga-tiga bahagian ini berada dalam kertas 2 iaitu kesusasteran Melayu moden 922/2 yang memerlukan pelajar mengigati cerita yang telah dipelajari. Mengigati cerita dan ingat konsep menjawab sudah cukup untuk mendapat markah penuh 25/25 pada bahagian B dan juga Bahagian C. Bagi mengigati cerita pelajar harus membaca dan membuat analisis dari segi struktur seperti tema, persoalan dan sebagainya. Apabila menjawab soalan pula pelajar jangan hanya memberi jawapan mengikut permintaan soalan contohnya soalan meminta pelajar memberikan 3 nilai murni yang terdapat dalam cerpen paku payung limau mandarin, pelajar hrus menjawab lebih daripada 3 nilai kerana mungkin 3 nilai yang diberi oleh pelajar itu salah dan jika memberi jawapan lebih daripada 3 mungkin jawapan pelajar nombor 4, 5 dan 6 lebih tepat daripada jawapan nombor 1, 2 dan 3. Begitu juga soalan-soalan yang lain, pelajar harus memberi jawapan lebih daripada yang diminta bagi backup jawapan yang diberikan dan mendapat markah penuh. Jika semua ini telah dilakukan pelajar insyaAllah bahagian B dan C dalam kertas Moden pelajar akan mendapat markah penuh 25/25.

Bahagian A pula pelajar harus mengigati sejarah Kesusasteran Melayu, tahun-tahun dan golongan-golongan penulis. Di bahagian A ini juga pelajar harus mengigati Kritikan-kritikan sastera dan tokoh-tokoh yang terlibat. Bahagian A ini merupakan bahagian yang rumit berbanding bahagian B, C dan D. Selalunya bahagian A inilah pelajar akan mendapat markah rendah kerana berkaitan dengan sejarah kesusasteran Melayu dan kritikan. Oleh itu pelajar harus memberikan perhatian yang lebih di bahagian A ini bagi mendapat markah yang tinggi. Banyakkan membuat latihan dan moke up untuk soalan dibahagian A ini. Sila membuat Nota dan kelaskan nota anda mengikut tahun agar mudah anda mengigati.

Di bahagian D pula merupakan bahagian yang paling mudah antara bahagian A, B, C dan D. Ini kerana bahagian D merupakan bahagian yang memerlukan pelajar menganalisis Sajak. Pelajar harus menjawab bahagian D ini terlebih dahulu daripada bahagian lain dan pastikan jawapan pelajar betul ketika menjawab. Selalunya pelajar akan skor markah penuh 25/25 di bahagian D kerana soalan akan berkisar mengenai sajak yang diberikan. Oleh itu pastikan anda menguasai konsep menjawab di bahagian D ini lebih-lebih lagi jika solan bertanyakan tentang bentuk, struktur dan ciri-ciri sajak, ini merupakan bonus bagi pelajar.

Sila jawab dengan penuh teliti dan jangan membazirkan masa dengan tidur ketika menjawab. Jangan ikut cara cikgu yang hanya menjawab dalam 1 jam 30 minit sahaja sedangkan soalan 3 jam. Sila pilih soalan yang senang dan anda yakin untuk menjawab. Setiap jawapan yang diberikan pastikan ada FAKTA, HURAIAN DAN CONTOH bagi menguatkan jawapan anda dan mendapat 3 markah penuh untuk 1 fakta. Skema markah akan dinilai mengikut fakta yang diberikan, terdapat huraian dan juga contoh yang dikemukakan. Sila lihat juga markah yang diberikan jika markah 15 pastikan terdapat 5 FAKTA dan diikuti oleh HURAIAN dan CONTOH. Sila dapatkan soalan-soalan tahun lepas untuk latihan dan dapatkan soalan percubaan dari negeri lain terutama negeri Kelantan. Masa sekarang ini tiada masa untuk membaca buku, buat latihan setiap hari dan berbincang dengan guru soalan yang tidak dapat dijawab. SELAMAT MENJAWAB KERTAS KESUSASTERAAN MODEN 922/2 DENGAN PENUH YAKIN.

Baca Selanjutnya>>

PERHATIAN KEPADA PELAJAR KURSUS UKS 1081 BOLA TAMPAR

KELAS GANTI AKAN DIADAKAN PADA PAGI ESOK (SABTU) 12/09/2009 PADA PUKUL 8 HINGGA 10 PAGI DI GELANGGANG BOLA TAMPAR. HARAP MAKLUM..

Baca Selanjutnya>>

Thursday, September 10, 2009

Perak pewaris Kesultanan Melaka

SAYA seorang pengkaji dan penulis sejarah Melayu tradisi khususnya yang berkaitan Kesultanan Melayu Melaka, Johor dan Pahang. Saya ingin mengulas sedikit dakwaan Raja Noor Jan Raja Tuah sebagai pewaris Kesultanan Melaka yang sah.

Mengikut Adat Raja-Raja Melayu warisan Melaka, menjadi Raja kepada sebuah kerajaan diperoleh melalui dua cara. Pertama, kenaikan takhta sebagai mengganti Sultan yang mangkat atau turun takhta atas sebab-sebab tertentu.

Kedua, penganugerahan wilayah dan penobatan daripada mana-mana Sultan yang masih hidup dengan disertakan alat kebesaran.

Contohnya, Raja Muhammad yang dianugerah Kerajaan Pahang daripada ayahandanya, Sultan Mansor Shah Melaka, Raja Lumu yang menjadi Sultan Selangor 1 atas nobat Sultan Perak, Tun Zainal Abidin yang menjadi Sultan Terengganu 1 atas nobat Sultan Johor Lama dan banyak lagi contoh lain. Inilah sistem yang diamalkan oleh Raja-Raja Melayu sejak berkurun lamanya.

Menjejaki sejarah Melayu lebih awal, Sang Nila Utama sendiri ditabalkan oleh Demang Lebar Daun, Raja Palembang dari Bukit Siguntang yang menyerahkan kerajaan Melayu Palembang kepada baginda dan menobatkannya sebagai Raja Melayu pertama, yang mana Demang Lebar Daun kemudian meletakkan dirinya sebagai Bendahara Melayu yang pertama.

Kebetulan adat pelantikan dan pertabalan seperti ini yang diamalkan Raja-Raja Melayu ada dalil syarak iaitu termasuk dalam proses aqad dan bai
抋t, dibuat bagi memastikan tidak putus rantaian salasilah sebuah kerajaan Islam dari zaman khalifah selepas wafatnya Rasulullah.

Satu-satunya cara bagi Raja Noor Jan menuntut takhta negeri Melaka adalah dengan menghadap Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Perak sebagai pewaris darah Kesultanan Melaka yang sah dan berdaulat.

Mohonlah perkenan baginda untuk menobatkannya sebagai Raja Melaka dengan disertakan alat kebesaran Kesultanan Perak. Menuntut takhta Melaka semata-mata dengan bersandarkan pada hubungan salasilah dengan Sultan Mahmud Shah 1 (1488-1511) sebagai faktor kelayakan bukanlah muktamad kerana cabang keturunan baginda adalah terlalu besar.

Perjumpaan alat kebesaran Melaka juga bukan bukti, sebaiknya diserahkan kembali kepada Kesultanan Perak sebagai pewaris Melaka.

SUZANA OTHMAN,

Pewaris Bendahara Melaka, Johor dan Pahang.

Kerabat nafi dakwaan Noor Jan keturunan raja

KUALA KANGSAR: Seorang kerabat diraja Perak, Raja Ali Raja Amran menafikan Noor Jan Tuah Shah adalah keturunan Raja Pandak Abd Rahman, iaitu seorang daripada empat anak Sultan Perak Ke 22, Sultan Abdullah Muhammad Shah I.

Beliau berkata, dalam siasatan yang beliau lakukan sendiri mendapati lelaki terbabit yang turut mendakwa sebagai Sultan Melaka adalah orang kebanyakan berasal dari Kampung Teluk Perang, Parit.

"Dia bukan keturunan raja atau dari Raja Pandak Abd Rahman, sebaliknya keturunan Alang Abd Rahman yang berkahwin dengan Hitam Fatimah.

"Hitam Fatimah juga bukan keturunan raja. Pasangan ini kemudian dikurniakan tiga anak lelaki, iaitu Mat Alif, Mat Lajin dan Pandak Ibrahim," katanya kepada Berita Harian, di sini semalam.

Beliau berkata, Mat Alif yang berkahwin dengan Batiah Uda Kolah, dikurniakan empat anak, iaitu Saadiah, Hamzah, Mariah dan Timah manakala Pandak Ibrahim pula dikurniakan seorang anak lelaki, Alias.

"Mat Lajin yang berkahwin dengan Saodah Uda Rapo pula dikurniakan tiga anak, iaitu Abd Talib, Tuah dan Mean.

"Tuah yang berkahwin dengan Ou Hitam Wahab pula dikurniakan enam anak, iaitu Hatibah, Bahar Burdin, Noor Jan (lelaki yang mendakwa sebagai Sultan Melaka), Mahuri, Rodman dan Halijah," katanya.

Selain itu, Raja Ali juga mendedahkan lelaki sama pernah memohon dilantik sebagai Raja Muda Perak, tahun lalu.

Dia mendakwa sebagai waris Sultan Perak Ke 22, Sultan Abdullah Muhammad Shah (1) yang memerintah negeri ini dari 1851-1857, mengemukakan permohonan kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, menerusi surat bertarikh 31 Disember 2004 dengan menggunakan alamat No 6 Jalan Seri Kinta 19, Kampung Seri Kinta, Ipoh.

Bagaimanapun, permohonannya ditolak oleh Dewan Negara Perak melalui surat yang dihantar Toh Amar Seri Diraja, Datuk Ayop Hashim, bertarikh 13 Januari 2005.

Raja Ali berkata, permohonannya ditolak kerana dia melantik dirinya terlebih dulu sebagai Raja Muda sebelum mengemukakan permohonan.

Beliau berkata, pelantikan hanya boleh dibuat Dewan Negari Perak yang dipengerusikan Sultan Azlan Shah.

Katanya, lelaki itu juga pernah memohon supaya dilantik menjadi Raja Kecil Bongsu Perak pada 15 Mac 2001 dengan mendakwa sebagai waris ke 7 keturunan Sultan Perak Ke 18, Sultan Ahmaddin Shah yang memerintah negeri ini pada 1786 hingga 1806.

MELAKA: Hasrat kira-kira 3,000 pengunjung yang ingin melihat wajah Laksamana Hang Tuah di Muara Sungai Duyong, semalam seperti dakwaan seorang ahli perniagaan, tidak kesampaian.

Ahli perniagaan yang menggelarkan dirinya waris Sultan Melaka ke-44, Raja Noor Jan Shah Raja Tuah Shah mendakwa pahlawan Melayu Melaka itu akan menyerahkan sarung keris terbabit kepadanya.

Bagaimanapun, dalam upacara Penyerahan Taming Sari bermula jam 12.40 tengah hari itu, tiada lelaki muncul.

Keris berkilauan putih serta hulunya turut diperbuat dari logam sepanjang 43 sentimeter itu hanya dibalut dengan kain kuning dan tiada sesiapa menyerahkan sarungnya selepas Noor Jan Shah menerimanya.

Noor Jan Shah, dalam ucapannya berkata, dia sudah lama mengambarkan rupa bentuk keris Taming Sari itu dan bentuknya seperti dalam buku Taming Sari Kembali Keempunya.

Sebelum keris itu diserahkan, satu upacara khas bagi `menimbulkan
? keris itu dilakukan oleh seorang lelaki yang digelar, Datuk Kurnia Setia Pawang Di-Raja, Mohd Fauzi Anang.

Pawang berkenaan dengan beberapa pengikut Noor Jan Shah menuju ke muara sungai untuk melakukan upacara itu yang bermula jam 11.15 pagi.

Orang ramai yang berada di situ berpusu-pusu untuk melihat keris milik Hang Tuah itu yang dibawa Mohd Fauzi dengan diiringi seorang
orang kanan? Noor Jan yang lengkap berpakaian songkek kuning.

Selepas 15 minit upacara berkenaan, pawang berkenaan menarik objek berbentuk keris tembaga yang didakwa sebagai Taming Sari.

Orang kanan Noor Jan Shah membaca selawat dan kelihatan mengigil sambil membalut keris itu dengan kain kuning sebelum menyerahkan kepada Noor Jan Shah.

Noor Shah mendakwa kejayaan pawang menimbulkan keris Taming Sari adalah satu bukti beliau mempunyai daulat dan waris Sultan Melaka yang sah.

Beliau juga meminta orang ramai supaya membeli buku Taming Sari Keempunya yang dijual dengan harga RM20 jika ingin mengetahui sejarah dan reka bentuk keris berkenaan.




Baca Selanjutnya>>
Related Posts with Thumbnails