BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

BLOG BAHASA MELAYU CIKGU FARHAN

SELAMAT MELAYARI BLOG BAHASA MELAYU CIKGU FARHAN DI LINK INI BERSAMA MENUJU KECEMERLANGAN!!

Pengunjung Setia

DARI MANA ANDA ONLINE?

KATA-KATA HIKMAT/FALSAFAH

ANDA TIDAK KUAT
TETAPI ANDA MEMPUNYAI KEKUATAN
UNTUK MENJADI KUAT,

LANGKAH PERTAMA ITU ADALAH HARAPAN
SEDANGKAN TIDAK MELANGKAH
LANGSUNG TIADA HARAPAN.

OLEH : DATO' DR. SYED AHMAD

CITA-CITA TANPA USAHA ADALAH ANGAN-ANGAN,
ANGAN-ANGAN YANG DIUSAHAKAN ADALAH CITA-CITA.


OLEH : MAS ADEKI

Friday, November 20, 2009

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM DAN STPM

Saya cikgu farhan ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada calon-calon SPM yang sedang menduduki peperiksaan dan STPM yang akan menduduki peperiksaan pada minggu hadapan. kepada calon SPM yang mengambil kertas Perdagangan, sila pastikan Bab 1 hingga 3 telah dikuasai sepenuhnya dan calon Kesusasteraan Melayu SPM dan STPM sila pastikan diri anda mengigati setiap cerita yang dipelajari bagi memudahkan anda menjawab soalan peperiksaan dan sila pastikan diri anda mahir dalam menjawab soalan bahagian puisi kerana ia soalan bonus bagi calon. di saat akhir ini tidak perlu membaca buku tetapi banyakkan membuat latihan dan lihat contoh-contoh soalan supaya anda tidak terjerat dengan soalan yang diberikan dan sila baca solan dengan teliti sebelum menjawab soalan. akhir kata cikgu doakan anda semua dapat menjawab soalan peperiksaan dengan jayanya dan mendapat keputusan yang terbaik untuk diri anda dan sekolah, semoga berjaya anak bangsaku !

Baca Selanjutnya>>

Sunday, November 15, 2009

Tips 40 soalan 3P

Bab 1 (2 soalan)

1.0 pengenalan

1.4 Faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran remaja

Bab 2 (3 soalan)

2.1 Peringkat awal remaja

2.2 Peringkat akhir remaja

2.2.5 perkembangan bahasa

2.4 masalah psikologikal remaja

Bab 3 (2 soalan)

3.1.6 punca kecacatan bahasa dan kaedah menanganinya

3.3 kecelaruan tingkah laku

Bab 4 (3 soalan)

4.2 pelajar remaja berkeperluan khas

4.2.1 masalah pembelajaran

4.3 kesihatan mental remaja

4.3.1 punca tingkah laku tidak normal remaja

4.4.11 peniruan model yang positif

Bab 5 (3 soalan)

5.1.2 faktor persekitaran

Bab 6 (3 soalan)

6.1 Definisi personaliti

6.8 faktor permasalahan remaja

6.10 peranan guru menangani masalah tingkah laku remaja

Bab 7 (4 soalan)

7.1 kemahiran pemprosesan maklumat

7.4 teori sosiobudaya Vygotsky

Bab 8 (3 soalan)

8.2 pembelajaran berasaskan minda

8.4 teori otak

8.4.1 otak kiri dan otak kanan

8.6 pengaruh emosi dalam ingatan

Bab 9 (3 soalan)

9.1.3 jenis-jenis kecerdasan pelbagai – intrapersonal

- interpersonal

Bab 10 (4 soalan)

10.1 gaya pembelajaran visual, auditori dan kinestetik remaja

10.1.3 gaya pembelajaran visual, auditori dan kinestetik remaja

10.3 perbezaan teknik memproses maklumat oleh pelajar remaja

10.3.2 penyimpanan maklumat (memori) – genis-genis

Bab 11 (2 soalan)

11.1.1 peneguhan – positif

- negatif

11.3 teknik modifikasi tingkah laku

Bab 12 (4 soalan)

12.2 strategi pengajaran untuk meningkatkan pemikiran remaja

12.3.4 memikir secara kritis dan kreatif

12.4 kebaikan pemikiran dalam persekitaran sekolah dan masyarakat terhadap penyelesaian masalah remaja

Bab 13 (4 soalan)

13.1 kuasa dorongan pelajar remaja dan kebangkitan untuk belajar

13.3 keberkesanan pembelajaran berlatarkan intrinsik dan ekstrinsik remaja sebagai pembelajar yang dinamik

Tambahan

Baca cabaran kepada guru...

Semoga berjaya !!

Baca Selanjutnya>>

Tuesday, November 10, 2009

AURA SASTERAWAN NEGARA

Shahnon 'hantui' pengarang

Oleh Petah Wazzan Iskandar

Ramai gagal lepaskan diri daripada 'bayangan' Sasterawan Negara tersohor

KETOKOHAN dan kewibawaan Sasterawan Negara (SN), Prof Emeritus Dr Shahnon Ahmad, sehingga ramai pengarang negara ini khususnya mereka yang berasal dari utara tanah air gagal melepaskan diri daripada lingkaran 'penguasaannya' dirincikan pada Seminar Sehari: Membaca Semula Novel Ranjau Sepanjang Jalan Di Alaf Baru.

Perkara terbabit diperakukan peneliti sastera dan pengarang sendiri seperti dapat dikesan pada beberapa karya semasa yang meminjam watak ciptaan Prof Emeritus Shahnon sama ada secara fizikal melalui nama atau jelmaan semangat lewat perwatakan.

klik untuk artikel penuh

Baca Selanjutnya>>

GARA-GARA SIKAP AMBIL MUDAH PELAJAR

Dua daripada pelajar ponteng perhimpunan sekolah gadai nyawa


Bulatan menunjukkan lokasi tempat pelajar yang cedera parah ditemui selepas terjun dari tingkat tiga bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Perlis di Kangar semalam.


KANGAR - Dua daripada empat pelajar yang ponteng perhimpunan pagi di sekolah mereka di sini semalam nekad terjun dari tingkat tiga bangunan sekolah tersebut menyebabkan seorang daripada mereka patah kaki kiri dan hidung berdarah.

Bagaimanapun, seorang lagi rakan mereka yang terjun tidak cedera malah dapat melarikan diri sebelum pelajar itu ditahan oleh guru.

Kejadian tersebut berlaku pada pukul 8 pagi di Sekolah Menengah Kebangsaan Perlis di sini.

Empat pelajar dari tingkatan empat itu dipercayai sengaja melepak di dalam kelas mereka kerana enggan hadir ke perhimpunan.

Bagaimanapun, dua daripada empat pelajar yang melepak itu dikatakan terkejut apabila ternampak kehadiran seorang guru yang membuat pemeriksaan secara mengejut di dalam kelas itu.

"Melihat kelibat guru itu, dua daripada mereka berlari ke beranda sekolah dan terus terjun ke padang rumput sekolah itu," kata satu sumber di sekolah itu.

Bagaimanapun, dua lagi pelajar itu tidak buat apa-apa.

Ekoran tindakan dua pelajar itu, seorang pelajar yang badannya agak gempal cedera teruk dengan kaki kiri patah dan hidung berdarah akibat terjatuh dari ketinggian 12 meter.

SUMBER : WWW.KOSMO.COM.MY

Baca Selanjutnya>>

Monday, November 9, 2009

SENARAI NOVEL BAHARU MENGIKUT ZON 2010

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, mulai tahun 2010 pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan 4 akan menggunakan teks antologi baharu yang terdiri daripada antologi Harga Remaja untuk Tingkatan 4 dan Kasut Kelopak Jantung untuk Tingkatan 1. Kedua-dua antologi tersebut akan menggantikan teks antologi Sehijau Warna Daun (Tingkatan 1) dan Anak Laut (Tingkatan 4) yang telah digunakan selama 10 tahun. Selain itu, mereka juga akan mengkaji novel-novel baharu mengikut zon masing-masing yang telah ditetapkan seperti berikut:



ZON 1 : NEGERI PERLIS, KEDAH, PULAU PINANG,
DAN PERAK



Novel Tingkatan 1 - Hikmah, karya Mohd. Faris Ikmal terbitan V. Nice Resources Sdn. Bhd.

Novel Tingkatan 4 - Asfa Hanani, karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah, terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.


ZON 2 : NEGERI SELANGOR, NEGERI SEMBILAN, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA

Novel Tingkatan 1 - Sukar Membawa Tuah, karya M.Z. Erlysha, terbitan Rindu Senja Sdn. Bhd.

Novel Tingkatan 4 - Papa...(Akhirnya Kau Tewas Jua), karya Deana Yusof, terbitan Pekan Buku Publications Sdn. Bhd.


ZON 3: NEGERI MELAKA, PAHANG, TERENGGANU, DAN KELANTAN

Novel Tingkatan 1 - Bukan Duniaku, karya Aida Shahira, terbitan Karya Hartamas Enterprise.


Novel Tingkatan 4 - Renyah, karya Gunawan Mahmood, terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.






ZON 4: NEGERI JOHOR, SABAH, SARAWAK, DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN.

Novel Tingkatan 1 - Istana Menanti, karya Abd. Latip Talib, terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Novel Tingkatan 4 -
Melunas Rindu, karya Hartini Hamzah, terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Sumber : http://munsyibm.blogspot.com/

Baca Selanjutnya>>

Tuesday, October 13, 2009

SUSUR GALUR KESULTANAN MELAYU MELAKA

Rajah 1.0

Rajah 1.0 diatas merupakan rajah asal-usul Kesultanan Melayu Melaka yang bermula daripada Raja Suran hinggalah kepada Sultan Melaka yang pertama iaitu Raja Iskandar Zulkarnain.

Rajah 1.1

Rajah 1.1 ini pula menerangkan susur galur Kesultanan Melayu Melaka yang berkait rapat dengan Kesultanan Perak dan Johor.


Baca Selanjutnya>>

Monday, September 14, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN



ASSALAMUALAIKUM..CIKGU INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SELURUH UMAT ISLAM AMNYA DAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR KESUSASTERAAN MELAYU YANG BERADA DI UPSI, TIDAK LUPA JUGA KEPADA PELAJAR KESUSASTERAAN MELAYU YANG BERADA DI SELURUH MALAYSIA. CIKGU DOAKAN SEMOGA PERJALANAN PERGI DAN BALIK KE KAMPUNG DALAM KEADAAN SELAMAT. KEPADA PELAJAR YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM DAN STPM, HARI RAYA INI JANGANLAH TERLALU BERAYA SAKAN HINGGA LUPA MENGULANG KAJI PELAJARAN, KORBANKAN SEDIKIT HARI RAYA TAHUN INI UNTUK MENGECAPI KEJAYAAN APABILA DAPAT KEPUTUSAN PEPERIKSAAN KELAK..AKHIR KATA, CIKGU AKHIRI UCAPAN DENGAN SERANGKAP PANTUN,


TINGGI-TINGGI SI POHON JATI
TINGGI LAGI SI GUNUNG LEDANG
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
SEMOGA SELAMAT PERGI DAN PULANG

Baca Selanjutnya>>

Sunday, September 13, 2009

TEKNIK MENJAWAB SOALAN KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL KERTAS 922/1 STPM

Kertas kesusasteraan Melayu tradisional 922/1 ini mempunyai 4 bahagian iaitu A, B, C dan D para pelajar hanya perlu menjawab 1 daripada setiap bahagian tersebut.

PENGENALAN :

a. Definisi khusus tentang Kesusasteraan Melayu Tradisional

b. Fungsi Kesusasteraan :
i. Pendidikan/pengajaran/didaktik
ii. Kepuasan estetik

c. Ciri-ciri Sastera Melayu Tradisional :
i. Lisan
ii. Tulisan [STPM 1998]
iii. Kreatif
iv. Bukan kreatif
v. Estetik (unsur keindahan)


BAHAGIAN A : SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL

Dalam bahagian A ini pelajar harus mengetahui mengenai ;

i. JENIS :

Sastera Lisan / Sastera Rakyat Bentuk Naratif (cerita)

a. Cerita Penglipur lara
b. Cerita Binatang [STPM 2005]
c. Cerita Jenaka [STPM 2001]
d. Cerita Pengalaman/Cerita Teladan
e. Cerita Mitos [STPM 2002]
f. Cerita Legenda [STPM 2003]

Sastera Tulisan - Naratif Tulisan :

a. Sastera Sejarah [STPM 2000 & 2006]
b. Sastera Hikayat [STPM 2004]
c. Sastera Panji [STPM 2001]
d. Sastera Kepahlawanan/ Epik [STPM 2003]

Sastera Tulisan – Bukan Naratif (bukan cerita)

a. Sastera Undang-undang [STPM 2005]
b. Sastera Agama
c. Sastera Kitab [STPM 2007]
d. Sastera Ketatanegaraan

ii. TAHAP : Tumpuan kepada :

1. Sastera Lisan
2. Sastera Zaman Hindu
3. Sastera Zaman Peralihan (PRA-ISLAM) [STPM 2006]
4. Sastera Zaman Islam [STPM 2000]

• kemunculan dan perkembangan sastera lisan, pra-Islam & zaman Islam
• Definisi
• Ciri-ciri
• Contoh-contoh
• Fungsi/peranan


iii. TOKOH

a. Tun Seri Lanang
b. Hamzah Fansuri [STPM 1999]
c. Bukhari al-Jauhari
d. Nuruddin al-Raniri
e. Sheikh Daud al Fatani [STPM 2002]
f. Raja Ali Haji [STPM 2000 & 2007]
g. Syed Muhammad bin Zainal Abidin
h. Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani

Tumpuan :
• Latar belakang tokoh
• Sumbangan tokoh
• Kepentingan tokoh

III. PERSOALAN DAN LATAR MASYARAKAT

a. Keagungan raja dan negara
b. Kepahlawanan [STPM 2003]
c. Kesetiaan rakyat [STPM 2004]
d. Panduan untuk raja, pembesar dan rakyat [STPM 2001]
e. Keagamaan dan kepercayaan
f. Pendidikan/moral [STPM 2001]
g. Gambaran masyarakat [STPM 1999]


B. KARYA AGUNG – SULALATUS SALATIN (SEJARAH MELAYU)

1. Definisi Sastera Sejarah
2. Ciri-ciri/ sifat Sastera Sejarah – Sulalatus Salatin sebagai sastera sejarah
3. Fungsi Sastera Sejarah
4. Kedudukan – keistimewaan dan kemampanan
5. Penghayatan peristiwa – memahami maksud tersurat dan tersirat
6. Watak dan perwatakan – jenis, peranan dan perwatakan
a. Golongan pemerintah/raja
b. Golongan pembesar [ STPM 2004 – Tun Perak]
c. Golongan agama
d. Golongan pahlawan
e. Golongan wanita
f. Watak golongan pendatang
7. Teknik penulisan [STPM 2007 – TEKNIK DRAMATIK]
a. Dialog, monolog
b. Naratif/pemerian (penceritaan langsung)
c. Ketegangan/penyelesaian
d. Prolog
e. Lisan
f. Didaktik
g. Pembahagian fasal/bab
8. Ketatanegaraan
a. Negeri beraja
b. Kepimpinan
c. Keperwiraan
d. Kerakyatan [STPM 2003 – Kesetiaan & Ketegasan hamba Melayu]
e. Perundangan
9. Unsur-unsur tertentu
a. Humor
b. Pathos (kepiluan)
c. Pengaruh/sentuhan budaya
d. Pengembaraan
e. Mitos/Legenda
f. Agama
g. Asal-usul
h. Binatang
i. Pengaruh luar [Hindu & Islam] [STPM 2001]
j. Pengajaran & Penddikan Moral [STPM 2002]
k. Peristiwa / perlakuan yang berulang-ulang [STPM 2006]
10. Gaya Bahasa
a. Personifikasi
b. Simile/Kiasan
c. Anafora
d. Ironi
e. Perlambangan
f. Perbandingan
g. Perulangan
h. Dialek
i. Pengaruh bahasa asing

11. Penghayatan berdasarkan petikan teks (SOALAN KONTEKS)
a. [STPM 2001 M/S 10] – aspek moral dalam peristiwa Tun Jana Khatib
b. [STPM 2002 M/S 39 – 40] – Unsur luarbiasa
c. [STPM 2003 M/S 200 – 201] – Unsur lucu
d. [STPM 2004 M/S 171 – 172 ] – Wasiat Sultan Mansor
e. [STPM 2005 M/S 132] – Tun Perpatih Putih (kebijaksanaan)
f. [STPM 2006 M/S 244 – 245] – Keagungan & Kemakmuran Melaka

12. Nilai
a. Nilai Kemanusiaan [STPM 2005] – Keruntuhan nilai kemanusiaan


dibahagian B ini pelajar harus menghabiskan membaca buku sulalatus salatin, walaupun ayat yang digunakan susah untuk difahami. pastikan anda membuat sinopsis berkaitan setiap bab dalam buku tersebut. contoh soalan yang dikeluarkan ialah meminta pelajar menceritakan peristiwa yang berlaku sebelum petikan yang diberikan dan selepas petikan yang diberikan. pelajar harus menguasai buku sulalatus salatin untuk di bahagian B ini untuk mendapatkan markah 25/25.


BAHAGIAN C : PROSA TRADISIONAL , MUTIARA SASTERA MELAYU TRADISIONAL

1. Kesusasteraan Rakyat
a. Cerita Mitos – Asal Usul Kejadian Dunia [STPM 2006]
b. Cerita Legenda – Puteri Sa’dong
c. Cerita Binatang – Katak Membunuh Gergasi [STPM 2007]
d. Cerita Jenaka – Kejenakaan Pak Pandir [STPM 2006]
e. Cerita Lipur Lara – Hikayat Raja Donan [STPM 2005]
f. Cerita Teladan – Bawang Putih Bawang Merah
2. Kesusasteraan Hikayat
a. Kesusasteraan Hikayat Zaman Pra-Islam (berunsurkan Hindu) – Hikayat Pendawa Lima
b. Kesusasteraan Hikayat Zaman Pra-Islam (berunsurkan Hindu-Islam) – Hikayat Ahmad Muhammad
c. Kesusasteraan Hikayat Zaman Islam – Hikayat 1001 Malam
3. Kesusasteraan Panji
Hikayat Misa Taman Jayeng Kusuma (Bab XII) [STPM 2004]
4. Kesusasteraan Epik
Hikayat Hang Tuah (Bab VIII) [STPM 2005]
5. Kesusasteraan Undang-undang
Undang-undang Laut Melaka (Fasal 1 hingga 8)
6. Kesusasteraan Agama
Cerita-cerita Nabi dan Tokoh-tokoh Islam – Inilah Hikayat Nur Muhammad
7. Kesusasteraan Kitab
Kitab Hadiqat al-Azhar wa al-Rayahim
8. Kesusasteraan Ketatanegaraan
Bustan al-Salatin (Bab III Fasal 2) [STPM 2004]
Kajian meliputi :

1. Definisi setiap kesusasteraan/cerita
2. Ciri-ciri
3. Fungsi cerita
4. Penghayatan peristiwa
5. Tema/persoalan/pemikiran
6. Plot dan peristiwa
7. Watak dan perwatakan
8. Gaya bahasa
9. Teknik penulisan

bahagian C merupakan bahagian mengenai buku Mutiara Kesusasteraan Melayu Tradisional.
setiap pelajar harus mengigati setiap cerita yang terdapat dalam buku tersebut. jika pelajar dapat mengigati jalan cerita dan apa yang berlaku dalam setiap cerita,watak dan perwatakkan. yang ada insyallah pelajar akan dapat menjawab soalan di bahagian C ini dengan succes.


BAHAGIAN D : PUISI MELAYU TRADISIONAL (TEKS – MUTIARA SASTERA MELAYU TRADISIONAL)

Kajian meliputi :


1. Definisi puisi
2. Ciri-ciri puisi
3. Fungsi puisi
4. Tema/persoalan/pemikiran/mesej
5. Nilai kemanusiaan, kemasyarakatan, keagamaan/moral
6. Gaya Bahasa
a. Personifikasi
b. Simile/Kiasan
c. Metafora
d. Anafora
e. Epifora
f. Ironi
g. Paradoks
h. Perlambangan
i. Perbandingan
j. Hiperbola
k. Alusi
l. Perulangan
m. Inversi
n. Citra
o. Asonansi (perulangan vocal)
p. Aliterasi (perulangan konsonan)
q. Onomatopia
r. Rima
s. Ritma/Irama

7. Bentuk bebas :
a. Seloka [STPM 2004 MS 343 – 345]
b. Teromba
c. Talibun
d. Peribahasa berangkap [STPM 2007]
e. Mantera [STPM 2005 M/S 366-367]

Bentuk Terikat :
a. Pantun [STPM 2006 M/S 247]
b. Gurindam
c. Syair [STPM 2005 M/S 285-286]
d. Endoi
e. Rejang
f. Dikir/Zikir
g. Rubai [STPM 2006 M/S 323]
h. Nazam
i. Masnawi
j. Ghazal
k. Berzanji [STPM 2004 M/S 336 - 337]
l. Qit’ah

7. Teknik Penulisan :
a. Bait/rangkap
b. Pembayang/sampiran
c. Maksud
d. Suku kata
e. Bilangan perkataan
f. Naratif (syair)
g. Jeda
seperti biasa bahagian D merupakan bahagian yang paling mudah untuk skor 25/25 markah. ini kerana bahagian A adalah bahagian pelajar menganalisis puisi tradisional seperti yang dilampirkan diatas. di bahagian D ini pelajar harus mengigati konsep bagaimana untuk menjawab dan mengetahui istilah-istilah yang digunakan. contoh seperti bentuk, ciri-ciri dan struktur merupakan 1 maksud yang sama. oleh itu pelajar harus menguasai KONSEP bagaimana untuk menjawab untuk soalan D ini.

Bentuk Peperiksaan :

Kertas ini terdiri daripada lapan soalan dengan empat bahagian, iaitu Bahagian A, B, C, dan D. Taiap-tiap bahagian mengandungi dua soalan. Calon dikehendaki menjawab empat soalan sahaja; satu soalan daripada setiap bahgian.

Bahagian A : Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional
Bahagian B : Karya Agung – Sulalatus Salatin
Bahagian C : Prosa Melayu Tradisional (Mutiara Sastera Melayu Tradisional)
Bahagian D : Puisi Melayu Tradisional (Mutiara Sastera Melayu Tradisional)


**harapan cikgu supaya semua pelajar dapat menguasai teknik menjawab soalan dan melihat soalan-soalan yang pernah dikeluarkan oleh MPM seperti yang cikgu lampirkan diatas.paling penting setiap cerita wajib diingati oleh pelajar untuk menjawab
soalan kertas kesusasteraan Melayu. akhir kata kepada semua pelajar belajarlah rajin-rajin hingga sampai ke MENARA GADING yang diimpikan.

Baca Selanjutnya>>

Friday, September 11, 2009

PERKONGSIAN PENGALAMAN MENJAWAB SOALAN STPM KERTAS KESUSASTERAAN MELAYU MODEN 922/2

Assalamualaikum diucapkan kepada pelajar-pelajar Kesusasteraan Melayu yang berada di seluruh negara. Cikgu mendoakan semoga anda semua berada dalam keadaan sihat dalam meniti hari-hari peperiksaan STPM yang semakin menjelang ini, dalam kesempatan ini juga cikgu ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin yang akan menjelang lebih kurang seminggu lagi. Di sini cikgu ingin berkongsi pengalaman dan bagaimana cara cikgu menjawab dan belajar semasa menjawab soalan STPM tahun 2007 hingga menjadi pelajar kedua terbaik keseluruhan dan pelajar terbaik Kesusasteran Melayu yang hanya cikgu mendapat A dikalangan pelajar Sastera untuk kertas Kesusasteraan Melayu di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Alauddin Masjid Tanah Melaka. Terlebih dahulu cikgu ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Rohana Isa, Allahyarham Dr. Idris Jalil (Al- Fatihah), dan juga Puan Umi Kalsom Omar kerana telah mengajar cikgu dalam kertas Kesusasteran Melayu dari tingkatan 4 hingga 6. Tidak lupa juga ucapan terima kasih tidak terhingga kepada seluruh Guru SMK Sultan Alauddin terutama kepada Guru yang mengajar Kelas Tingkatan 6 tahun 2007.

Cara menjawab kertas STPM Kesusasteraan Melayu tidak serumit yang dicanagkan oleh pelajar-pelajar Kesusasteraan Melayu, secara keseluruhannya kertas kesusasteran Melayu ini memerlukan pembacaan terutama sekali pada soalan seperti NOVEL, CERPEN, dan DRAMA. Ketiga-tiga bahagian ini berada dalam kertas 2 iaitu kesusasteran Melayu moden 922/2 yang memerlukan pelajar mengigati cerita yang telah dipelajari. Mengigati cerita dan ingat konsep menjawab sudah cukup untuk mendapat markah penuh 25/25 pada bahagian B dan juga Bahagian C. Bagi mengigati cerita pelajar harus membaca dan membuat analisis dari segi struktur seperti tema, persoalan dan sebagainya. Apabila menjawab soalan pula pelajar jangan hanya memberi jawapan mengikut permintaan soalan contohnya soalan meminta pelajar memberikan 3 nilai murni yang terdapat dalam cerpen paku payung limau mandarin, pelajar hrus menjawab lebih daripada 3 nilai kerana mungkin 3 nilai yang diberi oleh pelajar itu salah dan jika memberi jawapan lebih daripada 3 mungkin jawapan pelajar nombor 4, 5 dan 6 lebih tepat daripada jawapan nombor 1, 2 dan 3. Begitu juga soalan-soalan yang lain, pelajar harus memberi jawapan lebih daripada yang diminta bagi backup jawapan yang diberikan dan mendapat markah penuh. Jika semua ini telah dilakukan pelajar insyaAllah bahagian B dan C dalam kertas Moden pelajar akan mendapat markah penuh 25/25.

Bahagian A pula pelajar harus mengigati sejarah Kesusasteran Melayu, tahun-tahun dan golongan-golongan penulis. Di bahagian A ini juga pelajar harus mengigati Kritikan-kritikan sastera dan tokoh-tokoh yang terlibat. Bahagian A ini merupakan bahagian yang rumit berbanding bahagian B, C dan D. Selalunya bahagian A inilah pelajar akan mendapat markah rendah kerana berkaitan dengan sejarah kesusasteran Melayu dan kritikan. Oleh itu pelajar harus memberikan perhatian yang lebih di bahagian A ini bagi mendapat markah yang tinggi. Banyakkan membuat latihan dan moke up untuk soalan dibahagian A ini. Sila membuat Nota dan kelaskan nota anda mengikut tahun agar mudah anda mengigati.

Di bahagian D pula merupakan bahagian yang paling mudah antara bahagian A, B, C dan D. Ini kerana bahagian D merupakan bahagian yang memerlukan pelajar menganalisis Sajak. Pelajar harus menjawab bahagian D ini terlebih dahulu daripada bahagian lain dan pastikan jawapan pelajar betul ketika menjawab. Selalunya pelajar akan skor markah penuh 25/25 di bahagian D kerana soalan akan berkisar mengenai sajak yang diberikan. Oleh itu pastikan anda menguasai konsep menjawab di bahagian D ini lebih-lebih lagi jika solan bertanyakan tentang bentuk, struktur dan ciri-ciri sajak, ini merupakan bonus bagi pelajar.

Sila jawab dengan penuh teliti dan jangan membazirkan masa dengan tidur ketika menjawab. Jangan ikut cara cikgu yang hanya menjawab dalam 1 jam 30 minit sahaja sedangkan soalan 3 jam. Sila pilih soalan yang senang dan anda yakin untuk menjawab. Setiap jawapan yang diberikan pastikan ada FAKTA, HURAIAN DAN CONTOH bagi menguatkan jawapan anda dan mendapat 3 markah penuh untuk 1 fakta. Skema markah akan dinilai mengikut fakta yang diberikan, terdapat huraian dan juga contoh yang dikemukakan. Sila lihat juga markah yang diberikan jika markah 15 pastikan terdapat 5 FAKTA dan diikuti oleh HURAIAN dan CONTOH. Sila dapatkan soalan-soalan tahun lepas untuk latihan dan dapatkan soalan percubaan dari negeri lain terutama negeri Kelantan. Masa sekarang ini tiada masa untuk membaca buku, buat latihan setiap hari dan berbincang dengan guru soalan yang tidak dapat dijawab. SELAMAT MENJAWAB KERTAS KESUSASTERAAN MODEN 922/2 DENGAN PENUH YAKIN.

Baca Selanjutnya>>
Related Posts with Thumbnails