BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

BLOG BAHASA MELAYU CIKGU FARHAN

SELAMAT MELAYARI BLOG BAHASA MELAYU CIKGU FARHAN DI LINK INI BERSAMA MENUJU KECEMERLANGAN!!

Pengunjung Setia

DARI MANA ANDA ONLINE?

KATA-KATA HIKMAT/FALSAFAH

ANDA TIDAK KUAT
TETAPI ANDA MEMPUNYAI KEKUATAN
UNTUK MENJADI KUAT,

LANGKAH PERTAMA ITU ADALAH HARAPAN
SEDANGKAN TIDAK MELANGKAH
LANGSUNG TIADA HARAPAN.

OLEH : DATO' DR. SYED AHMAD

CITA-CITA TANPA USAHA ADALAH ANGAN-ANGAN,
ANGAN-ANGAN YANG DIUSAHAKAN ADALAH CITA-CITA.


OLEH : MAS ADEKI

Sunday, June 19, 2011

Latihan dan Skema Jawapan (Soalan Struktur dan Esei) Hikayat Seri Kelantan

1.Itulah Raja yang memerintah negeri, terlalu besar kerajaannya. Maka Encik Siti tiada beranak dan berlaki Adapun nama negeri pada masa itu Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung.
Maka lepas daripada simpan serta dikuburkan itu, lalu turunlah pula ke perahu mudik ikut sungai itu lalu sampai Pekalang Gaung.

Maka lalu orang ramai- ramai pun muafakat hantar Tuan Puteri Sa’dung naik ke Bukit Marak itu.
Maka Tuan Puteri Sa’dong itu dipanggil orang kampung di situ; oleh orang ramai- ramai pergilah. Lalu Tuan Puteri Sa’dung pun suruh orang ramai- ramai itu bawa pergilah tanam di Tambak.


Berdasarkan petikan di atas, nyatakan latar tempat yang terlibat dalam Hikayat Seri Kelantan. (4 markah)

2.Maka Sultan Abdullah tidak peduli seperti kehendak Tuan Puteri Sa’dung itu. Maka tiada berapa lamanya lalu berbalah Tuan Puteri Sa’dung itu dengan Sultan Abdullah. Maka berkelahilah keduanya itu. Maka Sultan Abdullah pun naiklah kemarahan yang amat sangat kepada Tuan Puteri Sa’dung itu serta diambil pedang lalu dipancung, kenalah leher Tuan Puteri Sa’dung itu.
(dipetik daripada prosa Melayu Tradisional Hikayat Seri Kelantan teks Seuntai Kasih Secebis Harapan)

Berdasarkan petikan di atas, tuliskan perwatakan Sulatan Abdullah beserta contoh.
(4 markah)

3. Maka tatkala itu sekalian kelanggaran pun mustaidlah semuanya, lalu raja- raja dan menteri hulubalang dan askar sekalian pun menujulah jalan sebelah selatan itu. Maka berjalanlah sekalian itu.
(dipetik daripada prosa Melayu Tradisional Hikayat Seri Kelantan teks Seuntai Kasih Secebis Harapan)
Berdasarkan petikan di atas, berikan gaya bahasa beserta contoh. (4 markah)

4. “Demikian lagi adinda mendengar daripada orang tua- tua, demikianlah katanya; hutang budi dibayar budi hutang darah dibayar darah hutang malu dibayar malu hutang mati dibayar mati. Tetapi adinda ini tiada upaya hendak membalas budi kekanda kerana paduka adinda ini seorang perempuan yang tiada berguna kepada orang. MAka mujurlah segala sekalian inang dayang tolong hidupkan, jikalau inang dayang tidak tolong, tetntu mati tiada boleh pandang mata paduka kekanda ini lagi”
(dipetik daripada prosa Melayu Tradisional Hikayat Seri Kelantan teks Seuntai Kasih Secebis Harapan)

Apakah nilai yang terdapat dalam petikan di atas? (4 markah)

BAHAGIAN DUA (SOALAN ESEI)
1.“Hai sekalian inang dayang pengasuh Tuan Puteri Sa’dung janganlah kamu teriak menangis kerana Tuan kamu telah mati. Apalah kesudahan kamu sekalian tiada simpan Tuan kamu itu jikalau kamu duduk menangis; adakah masakan hidup lagi?
(dipetik daripada prosa Melayu Tradisional Hikayat Seri Kelantan teks Seuntai Kasih Secebis Harapan)

Berdasarkan petikan di atas:

i)Siapakah penutur dalam petikan tersebut? 2 markah)
ii)Apakah yang berlaku selepas dialog tersebut dituturkan?(8 markah)

2.Huraikan watak dan perwatakan Tuan Puteri Sa’dung dalam cerita Hikayat Seri Kelantan.(10 markah)

SKEMA JAWAPAN

JAWAPAN SOALAN STRUKTUR

1)Latar Tempat:
i)Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung.
ii)Pekalang Gaung.
iii)Bukit Marak
iv)Tambak.

2)Perwatakan Sultan Abdullah:
i)Pemarah contohnya dia memarahi Tuan Puteri Sa’dung dengan suara yang kuat walaupun dia mengetahui bahawa Tuan Puteri Sa’dung tidak bersalah.
ii)Kejam contohnya dia memancung kepala Tuan Puteri Sa’dung sehingga terputus dua walaupun Tuan Puteri Sa’dung adalah isterinya.

3)Gaya bahasa:
i)Kata ganda contohnya raja- raja.
ii)Penggunaan perkataan asing iaiatu bahasa Arab contohnya mustaidlah.

4)Nilai yang terdapat dalam petikan:
i)tolong menolong contohnya inang dan dayang- dayang telah menolong menghidupkan Tuan Puteri Sa’dung yang dibunuh oleh Sultan Abdullah.
ii)membalas budi contohnya Tuan Puteri Sa’dung sentiasa mengenang dan mahu membalas budi Sultan Abdullah tetapi dia tidak menyangka bahawa Sultan Abdullah sanggup mengkhianatinya dan membunuhnya.

JAWAPAN SOALAN ESEI

1) i) Penutur dalam petikan ialah Sultan Abdullah.
iii)Selepas dialog tersebut dituturkan, semua inang dayang pengasuh berjumpa dan bermesyuarat untuk mencari jalan menghidupkan kembali Tuan Puteri Sa’dung. Mereka sangat terkejut tindakan Sultan Abdullah yang sanggup memancung kepala Tuan Puteri Sa’dung sehingga putus dua. SAlah seorang dariapda inang dayang pengasuh berkata bahawa sebelum Encik Siti meninggal dunia, dia telah mengurniakan kesaktian kepada Tuan Puteri Sa’dung sebagai pertahanan apabila dia ditimpa bencana. Mereka terus berfikir di manakah kesaiktian tersebut disembunyikan. Inang yang busu tiba- tiba teringat akan kata – kata Tuan Puteri Sa’dung semasa hayatnya. Tuan Puteri SA’dung menyatakan bahawa sekiranya dia mati berdarah, dia menyuruh supaya diambilkan satu jembul di dalam sanggul Tuan Puteri dan sirami jembul itu dengan air mawar kerana ia mampu menyembuhkan luka dan mencantumkan anggota yang telah terputus.

2)Watak dan perwatakan Tuan Puteri Sa’dung ialah

i)Tuan Puteri merupakan watak utama dalam cerita Hikayat Seri Kelantan.

ii) wataknya ialah watak protagonis.
seorang yang patuh kepada arahan contohnya dia sanggup berkahwin dengan Sultan Abdullah dengan arahan Encik Siti walaupun Tuan Puteri tidak mengenali hati budi Sultan Abdullah.

iii)seorang yang berani contohnya dia sanggup menentang Sultan Abdullah dan membunuhnya kerana Sultan Abdullah telah menduakannya tanpa pengetahuan Tuan Puteri.

iv)seorang yang bermurah hati contohnya selepas kemangkatan Sultan Abdullah, Tuan Puteri telah memberikan istana kepunyaannya kepada isteri muda Sultan Abdullah dan Tuan Puteri telah berpindah ke Bukit Marak.

v)seorang yang penyayang contohnya Tuan Puteri sangat menyayangi inang dan dayang- dayang pengasuhnya kerana mereka sanggup menolong dan membantu Tuan Puteri semasa dalam kesusahan.

Baca Selanjutnya>>

Latihan dan Skema Jawapan : Hikayat Seri Kelantan

Berdasarkan cerita Hikayat Seri Kelantan :
(a)Jelaskan lima latar masyarakat dalam cerita tersebut. [10 markah]
(b)Berikan dua sebab Siam menyerang Kerajaan Sultan Abdullah. [4 markah]
(c)Jelaskan tiga unsur kehebatan Tuan Puteri Sa’dung. [6 markah]


Skema Jawapan
a) latar Masyarakat

i. Masyarakat istana 1 markah
Cth : Raja Ibrahim/ Puteri Sa’dung/Sultan Abdullah 1 markah

ii.Masyarakat yang mempercayai bomoh/nujum/taib 1 markah
Cth : Raja Siam memanggil bomoh-bomoh untuk mengubati penyakit kayap dada Raja Siam. 1 markah

iii. Masyarakat yang terlalu mengikut nafsu 1 markah
Cth : Raja Abdullah memancung leher Puteri Sa’dung kerana marah /Raja Siam menyerang
Kota Jelasin kerana inginkan Puteri Sa’dung 1 markah

iv. Masyarakat yang setia/menjaga maruah 1 markah
Cth : Puteri Sa’dung tidak mahu bersuamikan Raja Siam kerana dia isteri Raja Abdullah 1 markah

v.Masyarakat bawahan 1 markah
Cth : Tentera /hulubalang/ rakyat jelata 1 markah

b)Nyatakan dua sebab Siam menyerang kerajaan Raja Abdullah
i.Ingin memiliki Puteri Sa’dung/membawa Puteri Sa’dung ke Siam 2 markah

ii.Utusan Siam dimalukan oleh Raja Abdullah 2 markah

c)Jelaskan tiga unsur kehebatan Tuan Puteri Sa’dung

i.Kehebatan bermain senjata 2 markah

ii.Jampi serapah /serampah pinang Puteri Sa’dung menyebabkan penyakit kayap di dada Raja Siam 2 markah

iii.Dapat memindahkan Kota Jelasin semasa dikepung tentera Siam 2 markah
 
iv.Hidup semula setelah disapukan air mawar 2 markah

Baca Selanjutnya>>

Latihan dan Skema Jawapan Drama Menggapai Pelangi

1. Baca petikan di bawah dan jawab soalan berikutnya.

Zahid : (Terperanjat) Aik… setahu aku rumah tangga kau tidak ada masalah.Selama ini bukankah hidup bahagia? Isteri kau Norhayati kan seorang yang baik, penyayang, agak warak, cantik pula. Masalah apa pula lagi? (Diam seketika) Beginilah Imran, kita ni bekerja dengan firma swata, jika ada mana-mana bahagian bermasalah, seluruh firma turut terjejas. Apa kata kita bincang sedikit. Engkau tu kawan aku, tapi dalam kerja, kawan tu kita kena ketepikan. Aku harap kaufaham maksud aku.

(Dipetik daripada drama “Menggapai Pelangi” teks Anak Global.)


i. Berdasarkan petikan di atas, nyatakan perwatakan Hayati. 4m

2. Baca petikan di bawah dan jawab soalan berikutnya.

Imran : Waktu kami di universiti dulu. Ketika itu kami sedang bermotosikal ke Petaling Jaya, nak pergi mana. Masa itu abang bawa motor ikut perasaan dan hati muda. Apabila sudah berlaku, baru menyesal. Tapi dah tak berguna, dah sakit dan cacat.Nasib baik tak habis terus.

Norhayati : (Sebak) Abang, kerana abang suami Yati, ayah kepada anak Yati… dan jujur memberitahu apa yang sudah berlaku, Yati maafkan abang. Yati maafkan abang. Yati faham semuanya itu bukan kehendak abang, tetapi sudah takdir….

Imran : Terima kasih, Yati… abang bersyukyur Yati percaya cakap abang.Demi Allah, apa-apa yang abang katakana ini betul, Yati.

(Dipetik daripada drama “Menggapai Pelangi” teks Anak Global.)

i.Huraikan dua latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas. 4m

3. Berdasarkan drama Menggapai Pelangi, huraikan;

a.Dua latar masa ( 4 markah )
b.Empat pengajaran ( 8 markah )
c.Dua teknik plot ( 8 markah )

Skema Jawaban

1.Perwatakan Hayati
i.Baik
ii.Penyayang
iii.Warak
iv.Cantik

2.Latar Mayarakat
 

i.Masyarakat yang suka mengikut perasaan  
Cth:Imran memandu laju menyebabkan dia mengalami kemalangan jalan raya
 

ii.Masyarakat yang jujur/ suka berterus terang 
Cth:Imran menceritakan hubungannya dengan Norasma kepada Hayati
 

iii.Masyarakat yang memaafkan kesalahan orang lain 
Cth: Hayati memafkan kesalahan Imran
 

iv.Masyarakat yang bersyukur  
Cth:Imran bersyukur kerana Yati memaafkan dan mempercayainya

3. Tiga latar masa
 

i)Pada waktu pagi  
Perbualan telefon Imran bersama dengan rakannya Nazmi.
Norasma bertemu dengan Dr. Mona juga pada waktu pagi untuk mendapatkan rawatan di samping nasihat agar Norasmah menjadi lebih tabah dalam mengahadapi kehidupannya.
 

ii) Pada waktu tengah hari  
Perjumpaan Imran dengan Norasma.Mereka telah berjanji untuk bertemu pada jam 12.30 tengah hari semasa perbualan telefon
 

iii) Pada waktu petang  
Berdasarkan perbualan Imran dan Norhayati ketika mereka lewat pulang ke rumah. Menerusi perbualannya, Norhayati terperanjat apabila mendapat tahu imran tidak menjengok ananya, Hasnita yang ditinggalkan di rumah sejak dari pagi.
 

iv) Pada waktu malam 
Semasa berjumpa dengan isterinya dikampung Imran memaklumkan bahawa Norasamah akan bertolak ke Makkah untuk menunaikan ibadah umrah pada malam esok.

3b. Tiga pengajaran
 

i) Kita mestilah sentiasa bertanggungjawab terhadap apa yang telah dilakukan 
Contoh : Misalnya menerusi drama ini, Imran bukan sahaja seorang ayah dan suami yang bertanggungjawab keluarganya, malah Imran sanggup bertanggungjawab terhadap janjinya bermasa Norasmah pada suatu ketika dulu.
 

ii) Kita mestilah tabah menghadapi dugaan yang menimpa diri kita.  
Contohnya, Norhayati merupakan seorang isteri yang tabah dalam menghadapi dugaan sebagai seorang isteri.Dia tabah menerima keputusan Imran dan berserah kepada takdir
 

iii) Kita haruslah saling menyayangi antara satu sama lain 
Contohnya, Norhayati merupakan seorang ibu yang sangat penyayang. Dia begitu risau apabila memikirkan tentang anaknya, Hasnita yang ditinggalkan sejak dari awal pagi lagi.
 

iv) Kita hendaklah prihatin terhadap individu disekeliling kita 
Misalnya, Dr. Mona dan Zahid merupakan insan yang prihatin terhadap masalah rakan-rakannya. Keprihatinan itu telah membuatkan mereka membantu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Norhayati dan Imran.
 

v) Kita hendaklah hormat menghormati antara satu sama lain 
Misalnya, Norhayati telah memberikan layanan yang baik kepada tetamunya, Dr. Mona yang datang bertandang ke rumahnya. Selain itu, Norhayati juga menghormati apa-apa sahaja keputusan yang dibuat oleh suaminya.

3c.Dua Teknik Plot

i) Imbas Kembali 

Contoh : Imran teringat semula peristiwa kemalangan yang dialaminya bersama dengan Norasmah setelah menerima panggilan telefon daripada Norasmah
 

ii) Saspens 
Contoh : Imran telah menyatakan pendiriannya kepada Norhayati bahawa dia tidak jadi berkahwin dengan Norasmah kerana masing-masing telah memilih jalan hidup sendiri sewaktu berada di kampung.
 

iii) Teknik Dialog 
Contoh: Norasmah telah menghubungi Imran buat pertama kalinya setelah lama berpisah telah menyebabkan terjalin semula hubungan antara watak
 

iv)Teknik Monolog 
Contoh : Dalam drama ini, Imran telah bermonolog ketika kekasih lamanya menelefonnya dan dia mula terfikirkan janjinya. Dalam masa yang sama,dia terfikir akan keluarganya.

Baca Selanjutnya>>
Related Posts with Thumbnails