BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

BLOG BAHASA MELAYU CIKGU FARHAN

SELAMAT MELAYARI BLOG BAHASA MELAYU CIKGU FARHAN DI LINK INI BERSAMA MENUJU KECEMERLANGAN!!

Pengunjung Setia

DARI MANA ANDA ONLINE?

KATA-KATA HIKMAT/FALSAFAH

ANDA TIDAK KUAT
TETAPI ANDA MEMPUNYAI KEKUATAN
UNTUK MENJADI KUAT,

LANGKAH PERTAMA ITU ADALAH HARAPAN
SEDANGKAN TIDAK MELANGKAH
LANGSUNG TIADA HARAPAN.

OLEH : DATO' DR. SYED AHMAD

CITA-CITA TANPA USAHA ADALAH ANGAN-ANGAN,
ANGAN-ANGAN YANG DIUSAHAKAN ADALAH CITA-CITA.


OLEH : MAS ADEKI

Friday, April 8, 2011

Analisis Cerpen - Bah Urei


Bah Urei

Baharuddin Kahar

Sinopsis

Cerpen ini mengisahkan tentang Bah Urei yang telah lama kehilangan isterinya. Namun kasih sayang terhadap isterinya masih kuat. Sehingga pada suatu hari mereka diarahkan berpindah kerana kampung mereka akan dibangunkan. Bah Urei bertambah risau dan kurang senang. Keadaan ini ditamabah apabila pembangunan tersebut akan memusnahkan pusara isterinya yang tercinta. Akhirnya Bah Urei menerima semua itu dan ingin pusara isterinya dipindahkan bersama-sama mereka


Tema

Kesetiaan seorang suami kepada isteri

Bah Urei yang sangat setia kepada isterinya. “nanti kita ambil tulang-tulang emak engkau, kita tanamkan semula baik-baik di tempat baru itu, katanya. Air matanya terus menitis.”(hal.120)

Persoalan

a.Kasih sayang

Bah Urei yang sangat sayang kepada isterinya walaupun isterinya sudah lama meninggal dunia. “dia memegang tangan isterinya yang sudah amat kurus itu. Digosok-gosoknya perlahan-lahan. Kulit lengan isterinya itu kelihatan kering dan bersisik-sisik. Dan dengan sebak dia mengangguk-angguk.”(hal.111)

b.Tanggungjawab anak kepada ayah

Runa bertanggungjawab dalam menjaga ayahnya. “Hari ini ayah tak makan lagi, saya dah siapkan lemang ubi di atas pondok.”(hal.106).

Aspek Bahasa

Perkataan atau ayat yang digunakan mudah untuk difahami dan yang sering digunakan sehari-hari.

Hiperbola

“segala-galanya seolah-olah menikamkan kesakitan, menyerap jauh ke dalam pembuluh darah, malah terpuing-puing menghiris-hiris relung hati”(hal.103)

Pemilihan kata/diksi

Kata-kata yang mudah difahami.

Contohnya “Bah Urei memejamkan matanya”(hal.104)

Penggunan kata ganda.

Contohnya “mengacah-acah, segala-galanya, seolah-olah dan dll”

Peribahasa .

“membabi buta”(hal.108)

Aliterasi

“Matahari mula terbenam.”(hal.119). perulangan konsonan “M” sebanyak 3 kali

Asonansi

“sudah tumpul mana dia?”(hal.113). perulangan vokal “U” sebanyak 3 kali


Teknik

Dialog

“bukan dayus,bapak. Bukan dayus apa? Ngapa batin setuju?”(hal.104)

Pemerian

“tinggal semuanya, huma yang subur, sungai yang jernih, dan pohon-pohonan yang sejuk dan menghijau”(hal.105)

Imbas Kembali

“Sirih sangat suka menyelitkan melur hutan di rambutnya”(hal.108)

Konflik Dalaman

“Dia sedar apabila setiap kali dia cuba mengenang-ngenangkan akan isterinya itu, hatinya menjadi begitu hiba. Tapi dapatkah dia melawan kuasa perasaan?”(hal.110)

Plot

Plot cerpen ini mengikut kronologi. Penulis menceritakan sesuatu yang berlaku secara tersusun.

Permulaan

Cerpen ini memulakan cerita dengan memperkenalkan watak yang terlibat iaitu Bah Urei. Selain itu bahagian ini juga menunjukkan keadaan Bah Urei yang sedang mengalami masalah. “Tetapi pondok itu pun akan dipokah! Semuanya harus musnah. Bah Urei mengepal-ngepal genggamannya”(hal.103)

Perkembangan

Bahagian ini pengarang menceritakan tentang kenangan Bah Urei bersama-sama isterinya. “Bah Urei masih ingat di situ dulu, pada satu ketika, dia telah dikahwainkan sengan sirih mengikut adat istiadat lama suku Semai”(hal.107)

Puncak/klimaks

Konflik di sini berlaku dalam diri Bah Urei sendiri. Bah Urei semakin ingat kepada isterinya. Keadaan ini ditambah lagi dengan pembangunan yang akan merosakkan pusara isterinya. “Sirih ... aku sayang kuburkau, aku sayang pokok keledang ini dan aku sayang kampung kita ini. Tapi apakah yang mesti aku buat? Apa?”(hal.111).

Penurunan/peleraian

Bah Urei kemudiannya ingin menebang pokok keledang berhampiran pusara isterinya. “Bah Urei mengangkat beliung. Dengan tangkas dia mengayun beliung itu bertingkah-tingkah dengan cara menegak dan menyerong.”(hal.117)

Penyelesaian

Akhirnya Runa dan tok batin sampai dan memujuk Bah Urei agar berhenti melakukan semua ini. Kemudian Bah Urei mengikut Runa dan tok batin pulang dengan hati yang sebak. “Dan apabila Runa dan tok batin datang mengampu badan dan kemudian menyeretnya berjalan, dia tidak berusaha untuk membantah. Hatinya terasa amat jauh dan sayu.”(hal.119-120)

Watak perwatakan

Watak utama:

Bah Urei

- Lelaki suku Semai
- Seorang yang berani - cnth : “tidak boleh! Jeritnya. Hei ... orang tua! Ke tepi!. Tidak boleh jeritnya lagi.”(hal.116)
- Seorang yang setia - cnth : “nanti kita ambil tulang-tulang emak engkau, kita tanamkan semula baik-baik di tempat baru itu, katanya. Air matanya terus menitis.”(hal.120)
- Seorang yang penyayang - cnth : “Sirih ... aku sayang kuburkau, aku sayang pokok keledang ini dan aku sayang kampung kita ini. Tapi apakah yang mesti aku buat? Apa?”(hal.111)

Watak sampingan:

Runa

- Anak Bah Urei
- Seorang gadis suku Semai
- Rambut yang keriting dan panjang
- Seorang anak yang bertanggungjawab - cnth : Bertanggungjawab dalam menjaga ayahnya. “Hari ini ayah tak makan lagi, saya dah siapkan lemang ubi di atas pondok.”(hal.106).
- Seorang yang bijak berkata-kata - cnth : “bapak tak faham, kita disuruh pindah bukan suruh-suruh saja, kita diberi tempat lain, kita akan lebih senang lagi, banyak bantuan.”(hal.105)

Tok batin

- Ketua suku Semai
- Seorang yang bertanggungjawab - cnth : “Dan apabila Runa dan tok batin datang mengampu badan dan kemudian menyeretnya berjalan, dia tidak berusaha untuk membantah”(hal.119-120)

Latar

Latar Masyarakat

Masyarakat orang asli (suku Semai)

“... orang-orang lelaki puak Semai ...”(hal.104).

Latar Masa

Senja

“matahari mula terbenam.”(hal.119)

Latar Tempat

Pusara isterinya(Sirih)

“permukaan kubur itu kelihatan bersih kerana telah dicucinya semalam, ...”(hal.110)

Rumah Bah Urei

“Runa masih terdiri di ambang pintu.”(hal.114)

Rumah Umbut

“saya nak pergi rumah Umbut lagi, ayah. Katanya”(hal.115)


Sudut Pandangan

Cerpen ini menggunakan sudut pandangan orang pertama. “Aku dah kenyang”(hal.106)


Pengajaran

Kita mestilah bertanggungjawab menjaga ibu bapa sendiri

Kita janganlah bertindak terburu-buru

Kita mestilah mempunyai sifat kesetiaan dalam diri



Nilai

Nilai Kemasyarakatan

Masyarakat yang saling hormat-menghormati

Tok penghulu menghormati Bah Urei dengan memberitahu akan perkara yang akan berlaku. “Ialah, kita ni orang bawah, kenalah ikut orang atas”(hal.105).

Nilai Kemanusiaan

Kesetiaan

Bah Urei yang setia kepada isterinya walaupun isterinya sudah lama meninggal dunia. “nanti kita ambil tulang-tulang emak engkau, kita tanamkan semula baik-baik di tempat baru itu, katanya. Air matanya terus menitis.”(hal.120)

Bertanggungjawab

Runa yang bertanggungjawab menjaga ayahnya. “Hari ini ayah tak makan lagi, saya dah siapkan lemang ubi di atas pondok.”(hal.106).

0 comments:

Related Posts with Thumbnails