BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

BLOG BAHASA MELAYU CIKGU FARHAN

SELAMAT MELAYARI BLOG BAHASA MELAYU CIKGU FARHAN DI LINK INI BERSAMA MENUJU KECEMERLANGAN!!

Pengunjung Setia

DARI MANA ANDA ONLINE?

KATA-KATA HIKMAT/FALSAFAH

ANDA TIDAK KUAT
TETAPI ANDA MEMPUNYAI KEKUATAN
UNTUK MENJADI KUAT,

LANGKAH PERTAMA ITU ADALAH HARAPAN
SEDANGKAN TIDAK MELANGKAH
LANGSUNG TIADA HARAPAN.

OLEH : DATO' DR. SYED AHMAD

CITA-CITA TANPA USAHA ADALAH ANGAN-ANGAN,
ANGAN-ANGAN YANG DIUSAHAKAN ADALAH CITA-CITA.


OLEH : MAS ADEKI

Saturday, September 5, 2009

Dondang sayang

Dondang sayang ialah sejenis balada cinta Melayu tradisional yang mana penyanyi-penyanyi saling bertukar pantun tanpa persediaan dalam gaya yang riang dan kekadang lucu. Nyanyian-nyanyian biasa diiringi oleh empat orang ahli muzik yang terdiri daripada:

  • seorang pemain biola;
  • dua orang pemain rebana (gendang yang di sebelah sahaja dipasang kulit) Melayu; dan
  • seorang pemain tawak (gong kecil).

Pemain biola biasa merupakan ketua kumpulan ahli muzik yang memainkan peranan utama dalam dondang sayang, dan membekalkan melodi kaunter untuk melodi vokal. Pemain-pemain muzik boleh saling bertukar alat-alat muzik mereka antara persembahan tetapi pemain biola jarang berbuat demikian, walaupun dibenarkan. Sehingga lima buah rebana boleh digunakan, jika terdapat pemain muzik yang berlebihan. Kekadang, rebana boleh digantikan dengan gendang atau kompang. Alat-alat muzik boleh juga ditambahkan dengan akordion.

Muzik dondang sayang adalah perlahan, dan sebuah lagu biasanya terdiri daripada 32 bar, bermula dengan pengenalan biola, diikuti oleh rebana dan kemudiannya gong, dan akhirnya oleh nyanyian pada bar 5. Gayanya tidak formal dan liriknya biasa terdiri daripada puisi cinta.

Dondang Sayang dipercayai berasal dari Melaka, Malaysia pada zaman Kesultanan Melaka pada abad ke-15.

Baca Selanjutnya>>

Friday, September 4, 2009

Antara Komen-komen mengenai Hang Tuah


Assalammualaikum,

Orang Tua-tua Melayu Melaka sugul dan sedih bila kajian sejarah membuktikan Hang Tuah adalah mitos. Begitu juga bila sebuah Tanah Perkuburan “Tua” di bandar hilir dikatakan tiada kiatan dgn Hang Tuah.

Kota A Famosa yg dipercayai diletakkan di atas kubu kota melaka dan menjadi tapak asal Istana Melaka juga dinidakkan.

Orang Tua Tua Melaka begitu sedih kerana generasi baru Melayu Melaka sendiri mempercayai nya.

Mengapa sedemikian ?

Ketika Portugis menjajah Melaka, semua “KENANGAN”yg boleh membangkitkan semangat Melayu kembali wajib dihapuskan sama sekali.

Ini termasuk usaha Portugis mengesan Kubur Laksamana Hang Tuah yg dikebumikan di sebuah kampung di bandar hilir.Asal kubur tersebut dikenali kawasan perkuburan Hang Tuah.Menyedari tujuan jahat Portugis, Kawasan Perkuburan tersebut, di sebut-sebut sbg Perkuburan Tua, memberi gambaran kepada Portugis bahawa Tanah perkuburan tersebut adalah Tanah perkuburan generasi lama turun tenurun yg terbiar .

Kalau Tanah perkuburan pun hendak dihapuskan, apatah lagi Masjid yg menjadi tempat berkumpul Orang Melayu, tidak mustahil masjid pun dilarang sama sekali dibina !

Kota Melaka dan Istana Melaka adalah suatu tempat yg sangat strategik kedudukannya; baik dari segi pentadbitan maupun pertahanan. Ketika Melaka ditawan, Portugis mendapati tiada tempat lain yg begitu strtegik melainkan Kota Melaka,

Mengapa perlu bersusah payah jika kawasan yg sedia ada sudah terbukti kebersanannya? Memeliharakannya bererti mengiktiraf kepakaran orang Melayu Melaka . Maka sekali lagi , untuk menghilangkan “semangat” Orang Melaka, Kota Melaka tsb dirobohkan , diratakan tetapi tidak dapat sepenuhnya sehingga ke akar umbi kerana terlalu kukuh pembuatannya.Tiang-tiang kayu yang besar dan berkualiti tinggi dari kayu jati Jawa terpacak dalam ke laut.Maka diambil keputusan membina sahaja Kota A Farmosa di atas tapak asal Kota Melaka !

“Kalau roboh Kota Melaka, Papan di Jawa saya dirikan..”

Sekiranya Kota Melaka rosak , ada usaha untuk mendirikannya balik walaupun terpaksa ke Tanah Jawa, tetapi ia merujuk bahawa sememangnya Kota Melaka sengaja di robohkan oleh Portugis

Jika anda pergi ke Melaka dan lihat kawasan yg diwartakan sebagai warisan Melaka ( di dataran Pahlawan), jenguk-jenguk lah ke bawah ; terdapat bekas lapisan lapisan yg bercekerang yg menandakan suatu masa dahulu ada tiang-tiang yg besar mencacak ke perut laut.”Kajian sejarah” mengatakan ia adalah hasil drp kota pertahanan yg dibina oleh Portugis dan kemudiannya adalah Belanda.

Orang Tua Tua Melayu tetap mengatakan samada ianya dibina oleh Portugis atau Belanda , pada asalnya itu adalah bekas tapak Kota Melaka

Usaha-usaha untuk menggali tempat tersebut dihentikan kerana kuatir akan melemahkan struktur bawah tanah kawasan dataran pahlawan tersebut.

Tanah Melayu dulu memang dikenali dgn semenanjung Emas. Sebuah lombong emas di Jasin mengeluarkan emas yg sangat bermutu.Ianya diwartakan sebagai milik Sultan Melaka.Kekayaan Sultan Melaka tidak dipertikaikan langsung sehingga sanggup ‘menyediakan jambatan bersalut emas dari kaki Gunung Ledang sehingga ke Istana Melaka”.Sekali lagi ianya dianggap dongeng.

Apabila semangat Melayu dah hilang ( disebabkan lamanya dijajah ),masjid yg dibina pun seumpama sebuah masjid yg wujud bersama-sama dgn sebuah taman perumahan yg baru dinaikkan.. masjid tetap akan wujud , hanya masa yg menetukannya.

Sekali lagi masjid Tengkera terbina hanya selepas Portugis menjajah .Wujud masjid wujud Orang Melayu, benarlah kata Hang Tuah “Tak kan Melayu hilang di dunia !”

Kini ramai juga Orang Melaka di Pahang,benar kata tan Sri P.Ramli
“…dari Melaka pergi ke Pahang..

Baca Selanjutnya>>

Perdebatan mengenai Hang Tuah !

Ini bukan kubur Hang Tuah?

Adakah khabar kehebatan laksamana termasyhur Melaka itu hidup kerana dia benar-benar wujud atau ia hanyalah suatu mitos keperwiraan?


KITAB Sejarah Melayu dan kubur Hang Tuah di Tanjung Kling, Melaka menjadi bukti jejak pahlawan Melayu ini.


DIA berlari dalam hujan lebat namun tidak basah. Pandai pula bermain senjata dan tangkas dalam gerak aksi persilatan. Dia pahlawan terulung sepanjang Kesultanan Melayu Melaka menikmati rahmat kegemilangannya. Itulah antara gambaran mengenai hebatnya Hang Tuah.

Hanya berdasarkan cerita dari mulut ke mulut, atau yang dibaca dari hikayat lama, peri kewujudan Hang Tuah masih menjadi tanda tanya.

Walau disebut dalam Hikayat Hang Tuah (yang tidak diketahui penulisnya) dan juga dalam kitab Sejarah Melayu tulisan Tun Seri Lanang, laksamana masyhur Melaka ini dianggap sekadar watak ciptaan. Ceritanya juga dianggap sebagai modal penglipur lara untuk menghiburkan waktu senggang rakyat sejak dahulukala.

Antara hujah yang masih didebatkan adalah mengenai Sejarah Melayu itu yang ditulis kira-kira sekurun selepas kejatuhan empayar Melaka ke tangan Portugis. Tun Seri Lanang sendiri pun menulis berdasarkan cerita yang disampaikan leluhur dan kelompok masyarakat sebelumnya.

Segolongan ahli sejarah dan cendekiawan hari ini berpendapat bahawa naskhah yang menyentuh tentang Hang Tuah itu bukanlah histografi yang tepat. Lantaran digarap dalam pelbagai versi, menjadi sukar untuk para pengkaji menemui kata setuju terhadap pembuktian kewujudannya.

Jejak hingga ke kubur

Tidak pula bagi Timbalan Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme (Iksep) Melaka, Datuk Dr. Mohd Jamil Mukmin. Beliau yang dihubungi Jurnal memberitahu, apa yang terkandung dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah bukan berpaksikan khayalan semata-mata.


KERIS Pandai Saras yang dikatakan kepunyaan asal Hang Tuah sebelum memiliki keris Taming Sari ini dipamerkan di Pameran Keris Tradisi dan Kesaktian di Muzium Negara, April lalu.


Menurutnya, watak-watak yang disebutkan di dalamnya adalah catatan dan ingatan terhadap peristiwa yang berlaku pada zaman dan persekitaran zaman itu. Selanjutnya, ia terkesan dalam masyarakat sehingga akhirnya ia direkod secara bertulis oleh penulis hikayat.

"Selain daripada dua kitab itu, di Melaka, makam Hang Tuah juga sudah ditemui dan dibuka untuk kunjungan awam di Tanjung Kling. Begitu juga dengan penemuan sebuah perigi di Duyong.

"Mengapa masih ada yang tidak percaya mengenai jejak Hang Tuah?," soal Mohd. Jamil yang melahirkan rasa kurang senangnya terhadap golongan yang mahu menafikan kebenaran Hang Tuah.

Apatah lagi dokumentasi hidup Laksamana Hang Tuah dalam hikayatnya bukan sahaja tersimpan baik di dalam negara, malah salinannya mendapat tempat di perpustakaan terkemuka di London dan Belanda sebagai naskhah rujukan dunia Melayu.

"Bukankah setiap catatan yang bertunjangkan kisah ketuanan Melayu dan Islam sering menjadi sasaran perubahan yang dirancang?

"Laksamana Hang Tuah bukan sahaja pahlawan dunia Melayu negara ini, malah seorang tokoh yang diagungkan di seluruh gugusan Melayu Nusantara ketika abad ke-15," rumus Mohd. Jamil.

Walau bagaimanapun, kisah Hang Tuah seakan hilang jejak selepas Sultan Mahmud Shah dari Melaka berundur ke Johor.

"Sejak itu, nama Hang Tuah tidak dikaitkan dengan sebarang sejarah pembentukan dan perkembangan negeri ini," kata Timbalan Pengarah Yayasan Warisan Johor, Mohd. Ismail Jamjam.


PERIGI Hang Tuah di Duyong, Melaka ini telah dibuka untuk dikunjungi orang ramai.






MOHD. ISMAIL


Menurut pemilik nama pena Zam Ismail itu, walaupun negeri Johor tidak memiliki apa-apa sokongan atau bukti sejarah mengenai kewujudan Hang Tuah, kewujudan pahlawan terbilang itu suatu masa dahulu tetap diyakininya.

"Keraguan tentang benar atau tidak Hang Tuah wujud berpunca kerana kita tidak memahami secara mendalam tentang pensejarahan Melayu.

"Memanglah ada antaranya yang dicedok daripada cerita-cerita lisan namun tidak bermakna kandungannya langsung tidak boleh diberi peluang untuk dinilai semula," katanya.

Ismail berpendapat, ketika Tun Sri Lanang menulis Sejarah Melayu, tiada orang Melayu lain yang lebih arif untuk merekod apa yang berlaku pada zaman tersebut. Maka, itu adalah sumber paling hampir.

Wira Melayu diperlekeh

Ismail walau bagaimanapun tidak menafikan tentang perubahan jalan cerita, versi penceritaan dan kecenderungan untuk menokok-tambah dalam pengkisahan cerita lama.

Memandangkan dokumentasi antara penulis hikayat sedunia dahulu kala saling berkait akibat kerancakan aktiviti perdagangan laut, maka pertindihan fakta tidak dapat dielakkan hingga boleh mengelirukan.

Jalan keluarnya adalah dengan menjalankan kajian yang terperinci supaya kedudukan Hang Tuah lebih kukuh dalam pemikiran dan penilaian generasi semasa dan akan datang.

"Panglima Awang yang dianggap dongeng oleh masyarakat kita misalnya, diangkat sebagai figura penting dunia Melayu oleh penulis Barat. Mereka mencatatkan bahawa dia seorang yang berketurunan Orang Laut," katanya memberi contoh.

"Sebarang usaha memutarbelit cerita tentang laksamana itu sebenarnya didorong oleh keinginan untuk merendahkan ketuanan Melayu di negara ini hingga membuatkan masyarakat Melayu berasa lemah.

"Tindakan memperlekeh ini tidak boleh berterusan," tegas Ismail yang juga tidak dapat menerima idea yang mengatakan Hang Tuah itu berketurunan Cina.

Baca Selanjutnya>>

Kesusasteraan Melayu Tradisional

Rejang

1.0 Definisi

Rejang merupakan satu puisi yang menumpang bentuk syair atau pantun yang menggunakan nama hari atau hari bulan berdasarkan firasat, reaksi dan kepercayaan tertentu. Hari atau hari bulan dikaitkan dengan nama-nama binatang, buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan. Istilah rejang mengikut Wilkinson, ada kaitannya dengan ramalan bintang atau astrologi (Mohd. Yusof Md. Nor dan Abd. Rahman Kaeh, 1985). Biasanya,masyarakat di Nusantara ini mempunyai cara-cara yang tertentu untuk meramal hari-hari yang baik dalam sebulan. Hal ini dapat dilihat dalam puisi rejang seperti Ketika Rejang yang dikatakan ada hubungan dengan hubungannya dengan ramalan waktu manakala Rejang Ketika dikaitkan pula dengan reaksi nasib baik atau buruk mengikut perkiraan waktu. Rejang menumpang bentuk syair atau pantun. Oleh itu, genre ini hampir menyerupai bentuk pantun dan syair, Cuma berbeza pada rima akhir yang tidak tetap, sedangkan pantun atau syair memiliki rima yang tetap. Di daerah Sumatera Selatan, rejang menunjukkan nama sebuah tempat. Mengikut sejarah, masyarakat daerah tersebut memiliki bahasa dan huruf mereka sendiri yang dinamakan bahasa dan huruf Rejang. Puisi Rejang ini kurang luas penyebarannya, ini kerana banyak orang tidak mengetahui dan hanya orang seperti alim ulama, yang menggunakan sebagai alat untuk menyampaikan ajaran mereka.

2.0 Ciri-ciri Rejang

Ciri-ciri rejang ialah rejang terdiri daripada empat baris serangkap, dua baris pertama merupakan pembayang dan dua baris berikutnya merupakan maksud. Bahkan kalau diteliti lebih lanjut, rejang ini hampir sama dengan pantun berkait. Selain itu, dua baris pertama tidak berhubungan langsung, tetapi ada pula yang berhubungan seperti syair. Biasanya, pengisian dalam rejang membicarakan hal-hal yang berhubungan dengan agama, nasihat, teladan dan pengajaran.

3.0 Fungsi Rejang

i. Sebagai alat hiburan

ii. Alat kritikan sosial

iii. Alat pengajaran

iv. Sebagai alat menyampaikan dakwah

v. Untuk memberi nasihat

vi. Alat untuk memberi teladan

4.0 Contoh-contoh Rejang :

Rejang Hari Bulan

Tujuh hari bulan rejangnya tikus,

Tikus jantan masuk penjara,

Kalau terkenang sifat yang bagus,

Hilanglah akal lenyap bicara.

Tikus jantan masuk penjara,

Penjara besar besi kursani,

Hilanglah akal lenyap bicara,

Dendam oi apa selaku ini.

Penjara besar besar besi kursani,

Perbuatan Maharaja Jaya Dewata,

Dendaru oi apa selaku ini,

Tidur berendam airnya mata.

Nyanyi Hari Tujuh

Hari ini hari Jumaat,

Esok hari sabtu,

Kalau kita mahu selamat,

Jangan tinggal sembahyang lima waktu.

Hari ini hari Sabtu,

Esok hari Ahad,

Jangan tinggal sembahyang lima waktu,

Tentu tahu nafi dan athbat.

Hari ini hari Ahad,

Esok hari Isnal (isnin),

Dapat tahu nafi dan athbat,

Baru kita dapat mengenal.

Hari ini hari Isnal,

Esok hari Selasa,

Baru kita dapat mengenal,

Dapat mengenal tuhan yang esa.

Hari ini hari Selasa,

Esok hari Rabu,

Dapat mengenal tuhan yang esa,

Wajib diturut perintahnya itu.

Hari ini hari Rabu,

Esok hari Khamis,

Kita sembah tuhan yang satu,

Sentiasa dengan tangis.

Hari ini hari Khamis,

Esok hari Jumaat,

Sudah kita tunduk menangis,

Baru sah umat Muhammad.

Baca Selanjutnya>>
Related Posts with Thumbnails