BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

BLOG BAHASA MELAYU CIKGU FARHAN

SELAMAT MELAYARI BLOG BAHASA MELAYU CIKGU FARHAN DI LINK INI BERSAMA MENUJU KECEMERLANGAN!!

Pengunjung Setia

DARI MANA ANDA ONLINE?

KATA-KATA HIKMAT/FALSAFAH

ANDA TIDAK KUAT
TETAPI ANDA MEMPUNYAI KEKUATAN
UNTUK MENJADI KUAT,

LANGKAH PERTAMA ITU ADALAH HARAPAN
SEDANGKAN TIDAK MELANGKAH
LANGSUNG TIADA HARAPAN.

OLEH : DATO' DR. SYED AHMAD

CITA-CITA TANPA USAHA ADALAH ANGAN-ANGAN,
ANGAN-ANGAN YANG DIUSAHAKAN ADALAH CITA-CITA.


OLEH : MAS ADEKI

Friday, September 4, 2009

Kesusasteraan Melayu Tradisional

Rejang

1.0 Definisi

Rejang merupakan satu puisi yang menumpang bentuk syair atau pantun yang menggunakan nama hari atau hari bulan berdasarkan firasat, reaksi dan kepercayaan tertentu. Hari atau hari bulan dikaitkan dengan nama-nama binatang, buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan. Istilah rejang mengikut Wilkinson, ada kaitannya dengan ramalan bintang atau astrologi (Mohd. Yusof Md. Nor dan Abd. Rahman Kaeh, 1985). Biasanya,masyarakat di Nusantara ini mempunyai cara-cara yang tertentu untuk meramal hari-hari yang baik dalam sebulan. Hal ini dapat dilihat dalam puisi rejang seperti Ketika Rejang yang dikatakan ada hubungan dengan hubungannya dengan ramalan waktu manakala Rejang Ketika dikaitkan pula dengan reaksi nasib baik atau buruk mengikut perkiraan waktu. Rejang menumpang bentuk syair atau pantun. Oleh itu, genre ini hampir menyerupai bentuk pantun dan syair, Cuma berbeza pada rima akhir yang tidak tetap, sedangkan pantun atau syair memiliki rima yang tetap. Di daerah Sumatera Selatan, rejang menunjukkan nama sebuah tempat. Mengikut sejarah, masyarakat daerah tersebut memiliki bahasa dan huruf mereka sendiri yang dinamakan bahasa dan huruf Rejang. Puisi Rejang ini kurang luas penyebarannya, ini kerana banyak orang tidak mengetahui dan hanya orang seperti alim ulama, yang menggunakan sebagai alat untuk menyampaikan ajaran mereka.

2.0 Ciri-ciri Rejang

Ciri-ciri rejang ialah rejang terdiri daripada empat baris serangkap, dua baris pertama merupakan pembayang dan dua baris berikutnya merupakan maksud. Bahkan kalau diteliti lebih lanjut, rejang ini hampir sama dengan pantun berkait. Selain itu, dua baris pertama tidak berhubungan langsung, tetapi ada pula yang berhubungan seperti syair. Biasanya, pengisian dalam rejang membicarakan hal-hal yang berhubungan dengan agama, nasihat, teladan dan pengajaran.

3.0 Fungsi Rejang

i. Sebagai alat hiburan

ii. Alat kritikan sosial

iii. Alat pengajaran

iv. Sebagai alat menyampaikan dakwah

v. Untuk memberi nasihat

vi. Alat untuk memberi teladan

4.0 Contoh-contoh Rejang :

Rejang Hari Bulan

Tujuh hari bulan rejangnya tikus,

Tikus jantan masuk penjara,

Kalau terkenang sifat yang bagus,

Hilanglah akal lenyap bicara.

Tikus jantan masuk penjara,

Penjara besar besi kursani,

Hilanglah akal lenyap bicara,

Dendam oi apa selaku ini.

Penjara besar besar besi kursani,

Perbuatan Maharaja Jaya Dewata,

Dendaru oi apa selaku ini,

Tidur berendam airnya mata.

Nyanyi Hari Tujuh

Hari ini hari Jumaat,

Esok hari sabtu,

Kalau kita mahu selamat,

Jangan tinggal sembahyang lima waktu.

Hari ini hari Sabtu,

Esok hari Ahad,

Jangan tinggal sembahyang lima waktu,

Tentu tahu nafi dan athbat.

Hari ini hari Ahad,

Esok hari Isnal (isnin),

Dapat tahu nafi dan athbat,

Baru kita dapat mengenal.

Hari ini hari Isnal,

Esok hari Selasa,

Baru kita dapat mengenal,

Dapat mengenal tuhan yang esa.

Hari ini hari Selasa,

Esok hari Rabu,

Dapat mengenal tuhan yang esa,

Wajib diturut perintahnya itu.

Hari ini hari Rabu,

Esok hari Khamis,

Kita sembah tuhan yang satu,

Sentiasa dengan tangis.

Hari ini hari Khamis,

Esok hari Jumaat,

Sudah kita tunduk menangis,

Baru sah umat Muhammad.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails