BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

BLOG BAHASA MELAYU CIKGU FARHAN

SELAMAT MELAYARI BLOG BAHASA MELAYU CIKGU FARHAN DI LINK INI BERSAMA MENUJU KECEMERLANGAN!!

Pengunjung Setia

DARI MANA ANDA ONLINE?

KATA-KATA HIKMAT/FALSAFAH

ANDA TIDAK KUAT
TETAPI ANDA MEMPUNYAI KEKUATAN
UNTUK MENJADI KUAT,

LANGKAH PERTAMA ITU ADALAH HARAPAN
SEDANGKAN TIDAK MELANGKAH
LANGSUNG TIADA HARAPAN.

OLEH : DATO' DR. SYED AHMAD

CITA-CITA TANPA USAHA ADALAH ANGAN-ANGAN,
ANGAN-ANGAN YANG DIUSAHAKAN ADALAH CITA-CITA.


OLEH : MAS ADEKI

Friday, April 8, 2011

Analisis Cerpen - Aksi Sang Jerut

Zaid Haji Mohd Saman

Sinopsis

Cerpen ini mengisahkan tentang Sang Jerut yang ingin membalas dendam terhadap kekejaman manusia. Keadaan ini berlaku kerana tempat tinggal dan juga kaum keluarga Sang Jerut telah ramai terkorban disebabkan ketamakan manusia. Kemudian Sang Jerut telah membunuh Peng iaitu seorang lelaki yang cacat kakinya. Kemudian Sang Jerut ingin menewaskan pula Musa Asli. Namun dalam pergelutan tersebut Sang Jerut telah tertewas dan menemui ajal.



Tema

Sifat tamak

“Dengan Sawa besar tu, gua akan dapat untung dua kali ganda.”(hal.140)

Persoalan

a.Pentingkan diri sendiri

Terdapat individu yang sering mementingkan diri. Contohnya seperti Tauke Wong. “Letusan suara nafsu besar seorang tauke, tanpa ada pun sedikit lintasan naluri perikemanusiaan”(hal.140)

b.Sikap suka memperlekehkan orang lain.

Contohnya dapat dilihat ketika Sang Jerut memperlekehkan kebolehan Musa Asli yang cacat anggota tubuh. “Ah yang ni, tentu lebih enteng! Sekali terjah aje dah tergolek”(hal.144).

Aspek Bahasa

Bahasa yang digunakan dalam cerpen ini umumnya mudah difahami.

Unsur gaya bahasa

Anafora

“Kalau dia ajak aku menari, aku menari. Kalau dia ajak berdendang, aku akan berdendang. Kalau dia ajak bersembang, aku bersembang.”(hal.140). perulangan perkataan “kalau dia ajak” sebanyak 3 kali di awal ayat.

Sinkof

“aku macam biasa aje,Peng”(hal.140). perkataan “aje” dipendekkan sepatutnya “Saja”.

Bahasa Asing

Bahasa Arab

“Allah dan doa”

Bahasa Inggeris

“hot dan best”

Bahasa Indonesia

“Enteng”

Pemilihan kata/diksi

Kata-kata yang mudah difahami dan menggunakan percakapan sehari-harian.

“Siapa yang tak marah? Siapa yang tak meradang”(hal.138)

Kata ganda

“Hidup-hidup dan cakap-cakap”

Aliterasi

“Siapa manusia tu, Sang Jerut”(hal.139). perulangan konsonan “S” sebanyak 3 kali

“Sebab apa pula dia nak tangkap kau?”(hal.139). perulangan konsonan “P” sebanyak 3 kali.

Asonansi

“Marah nampaknya Sang Jerut?”. Perulangan vokal “A” sebanyak 6 kali.

“Buat apa kelambu tu Peng”(hal.141). perulangan vokal “U” sebanyak 3 kali.


Teknik

Teknik dialog

“Marah nampaknya Sang Jerut? Memang aku tengah hot ni ko tu tak apalah kodok ...”(hal.138)

Konflik luaran

“Aku nak balas dendam kepda semua manusia.”(hal.138)

Pemerian

“Mata Sang Jerut mulakabur dan semakin kabur.”(hal.146)

Monolog dalaman.

“Ah, tiga minggu akan kenyang. Daging manusia pastinya lebih enak sebab dosanya banyak. Sang Jerut bermonolog”(hal.145)

Monolog

“Dengan sawa besar tu, gua akan dapat untung dua kali ganda. Letusan suara nafsu...”(hal.140)

Plot

Plot cerpen ini mengikut kronologi. Penulis menceritakan sesuatu yang berlaku secara tersusun.

Permulaan

Permulaan cerpen ini menunjukkan watak-watak yang terlibat dalam cerita dan juga konflik yang berlaku. “Marah nampaknya Sang Jerut? Memeng aku tengah hot ni ko tu tak apalah kodok ...”(hal.138)

Perkembangan

Pada tahap ini Sang Jerut telah menjerut Peng. Iaitu seorang lelaki yang telah dipergunakan oleh Tauke Wong. “selama hampir satu bulan, manusia heboh memperkatakan nasib Ah Peng ditelan Sang Jerut”(hal.144)

Puncak/klimaks

Kemudian Sang Jerut ingin menjerut Musa Asli yang memiliki kecatatan lebih dari Ah Peng. Maka berlakunya pergelutan antara kedua-dua makhluk tersebut. “Belum pun keluar perkataan, yang terakhir dari mulut pahlawan rimba, kepala Musa Asli sudah ditujah oleh hentakan kuat Sang Jerut.Serta merta, Musa Asli jatuh tertiarap di tanah”(hal.145)

Penurunan/peleraian

Namum Musa Asli memiliki kelebihan dan dapat meloloskan diri daripada jerutan Sang Jerut. “Sedikit demi sedikit, belitan Sang Jerut semakin longgar. Apabila merasakan tubuh dan kakinya sudah terlepas daripada belitan ...”(hal.146)

Penyelesaian

Pada tahap ini akhirnya Sang Jerut memenui kematian kerana dapat ditumpaskan oleh Musa Asli. “Musa Asli menguatkan kudratnya menghentakkan kaki layurnya ke bahagian leher Sang Jerut. Serentak itu juga, nyawa Sang Jerut tercabut”(hal.146)

Watak dan perwatakan

Watak utama

Sang Jerut

Luaran
- Seekor ular sawa
- Badan yang besar dan panjang

Dalaman
- Pendendan
cnth : “Aku nak balas dendam kepada semua manusia”(hal.138)

- Pemarah
cnth : “Marah nampaknya Sang Jerut? Memang aku tengah hot ni ko tu tak apalah kodok ...”(hal.138)

- Bersikap terburu-buru
cnth : Ketika bergelut dengan Musa Asli.

Watak sampingan

Ah Peng

Luaran

- Seorang yang cacat kakinya

Dalaman

- Seorang yang tamak

cnth : “1500 ringgit, kayalah aku. Wow!”(hal.141)

- Seorang yang lurus bendul

cnth : “Mula-mula, memenglah geli, Peng. Lepas tu, badan kau akan rasa selesa. Biar aku urut kuat sikit. Kau tahan ya, Peng”(hal.143)

- Seorang yang boleh berkomunikasi dengan haiwan.

cnth : “Apa khabar kau, Sang Jerut? Sedang berehat nampaknya. Aku macam biasa aje,Peng ada tak kau sampaikan ...”(hal.140)



Musa Asli

Luaran
- Seorang yang cacat kakinya

Dalaman
-Seorang yang bijak
cnth : “dia sudah bersedia dengan menggenggam hulu parang, mata parang azimat sudah menghala ke hadapan”(hal.145)

- Seorang yang berani
cnth : “Sang Jerut terlupa yang Musa Asli tidak panik”(hal.145)

Latar

Latar Masyarakat

Masyarakat desa yang tamak

“1500 ringgit, kayalah aku. Wow!”(hal.141)

Latar masa

Satu bulan

“selama hampir satu bulan, manusia heboh memperkatakan nasib Ah Peng ditelan Sang Jerut”(hal.144).

Tiga hari

“sudah hampir tiga hari Sang Jerut memerhatikan jejak langkah pahlawan rimba,Musa Asli”(hal.144)

Latar Tempat

Kampung Putera

“ketika masyarakat orang asli Kampung Putera menemui batang ...”(hal.146)

Dalam hutan

Tempat tinggal Sang Jerut dan juga kodok.

Restoran Cina

Ketika Tauke Wong menawarkan harga untuk menangkap Sang Jerut kepada Ah Peng. “Manusia lurus tu dah ditawarkan harga yang tinggi oelh tauke sebuah restoran masakan cina”(hal.139)

Tebing sungai dan pohon beringin.

“Sang Jerut segera menyusuri belukar di tebing sungai, menuju pohon beringin, tempat biasa Musa Asli menyimpan basikal roda tiganya”(hal144-145)

Sudut Pandangan

Cerpen ini menggunakan sudut pandangan orang pertama. Dalam cerpen ini banyak menggunakan kata ganti diri orang yang pertama iaitu “aku”. “Aku nak balas dendam kepada semua manusia”(hal.138)

Pengajaran

kita janganlah memandang rendah kepada kebolehan orang lain.

Kita janganlah sesekali bersifat tamak haloba

kita haruslah menjaga flora dan fauna

kita mestilah berusaha untuk mencapai kejayaan

Nilai

Nilai Kemanusiaan

Gigih berusaha

“Musa Asli menguatkan kudratnya menghentakkan kaki layurnya ke bahagian belakang leher Sang Jerut”(hal.146)

Bijak

“dia sudah bersedia dengan menggenggam hulu parang, mata parang azimat sudah menghala ke hadapan”(hal.145)


Baca Selanjutnya>>

Analisis Cerpen - Bah Urei


Bah Urei

Baharuddin Kahar

Sinopsis

Cerpen ini mengisahkan tentang Bah Urei yang telah lama kehilangan isterinya. Namun kasih sayang terhadap isterinya masih kuat. Sehingga pada suatu hari mereka diarahkan berpindah kerana kampung mereka akan dibangunkan. Bah Urei bertambah risau dan kurang senang. Keadaan ini ditamabah apabila pembangunan tersebut akan memusnahkan pusara isterinya yang tercinta. Akhirnya Bah Urei menerima semua itu dan ingin pusara isterinya dipindahkan bersama-sama mereka


Tema

Kesetiaan seorang suami kepada isteri

Bah Urei yang sangat setia kepada isterinya. “nanti kita ambil tulang-tulang emak engkau, kita tanamkan semula baik-baik di tempat baru itu, katanya. Air matanya terus menitis.”(hal.120)

Persoalan

a.Kasih sayang

Bah Urei yang sangat sayang kepada isterinya walaupun isterinya sudah lama meninggal dunia. “dia memegang tangan isterinya yang sudah amat kurus itu. Digosok-gosoknya perlahan-lahan. Kulit lengan isterinya itu kelihatan kering dan bersisik-sisik. Dan dengan sebak dia mengangguk-angguk.”(hal.111)

b.Tanggungjawab anak kepada ayah

Runa bertanggungjawab dalam menjaga ayahnya. “Hari ini ayah tak makan lagi, saya dah siapkan lemang ubi di atas pondok.”(hal.106).

Aspek Bahasa

Perkataan atau ayat yang digunakan mudah untuk difahami dan yang sering digunakan sehari-hari.

Hiperbola

“segala-galanya seolah-olah menikamkan kesakitan, menyerap jauh ke dalam pembuluh darah, malah terpuing-puing menghiris-hiris relung hati”(hal.103)

Pemilihan kata/diksi

Kata-kata yang mudah difahami.

Contohnya “Bah Urei memejamkan matanya”(hal.104)

Penggunan kata ganda.

Contohnya “mengacah-acah, segala-galanya, seolah-olah dan dll”

Peribahasa .

“membabi buta”(hal.108)

Aliterasi

“Matahari mula terbenam.”(hal.119). perulangan konsonan “M” sebanyak 3 kali

Asonansi

“sudah tumpul mana dia?”(hal.113). perulangan vokal “U” sebanyak 3 kali


Teknik

Dialog

“bukan dayus,bapak. Bukan dayus apa? Ngapa batin setuju?”(hal.104)

Pemerian

“tinggal semuanya, huma yang subur, sungai yang jernih, dan pohon-pohonan yang sejuk dan menghijau”(hal.105)

Imbas Kembali

“Sirih sangat suka menyelitkan melur hutan di rambutnya”(hal.108)

Konflik Dalaman

“Dia sedar apabila setiap kali dia cuba mengenang-ngenangkan akan isterinya itu, hatinya menjadi begitu hiba. Tapi dapatkah dia melawan kuasa perasaan?”(hal.110)

Plot

Plot cerpen ini mengikut kronologi. Penulis menceritakan sesuatu yang berlaku secara tersusun.

Permulaan

Cerpen ini memulakan cerita dengan memperkenalkan watak yang terlibat iaitu Bah Urei. Selain itu bahagian ini juga menunjukkan keadaan Bah Urei yang sedang mengalami masalah. “Tetapi pondok itu pun akan dipokah! Semuanya harus musnah. Bah Urei mengepal-ngepal genggamannya”(hal.103)

Perkembangan

Bahagian ini pengarang menceritakan tentang kenangan Bah Urei bersama-sama isterinya. “Bah Urei masih ingat di situ dulu, pada satu ketika, dia telah dikahwainkan sengan sirih mengikut adat istiadat lama suku Semai”(hal.107)

Puncak/klimaks

Konflik di sini berlaku dalam diri Bah Urei sendiri. Bah Urei semakin ingat kepada isterinya. Keadaan ini ditambah lagi dengan pembangunan yang akan merosakkan pusara isterinya. “Sirih ... aku sayang kuburkau, aku sayang pokok keledang ini dan aku sayang kampung kita ini. Tapi apakah yang mesti aku buat? Apa?”(hal.111).

Penurunan/peleraian

Bah Urei kemudiannya ingin menebang pokok keledang berhampiran pusara isterinya. “Bah Urei mengangkat beliung. Dengan tangkas dia mengayun beliung itu bertingkah-tingkah dengan cara menegak dan menyerong.”(hal.117)

Penyelesaian

Akhirnya Runa dan tok batin sampai dan memujuk Bah Urei agar berhenti melakukan semua ini. Kemudian Bah Urei mengikut Runa dan tok batin pulang dengan hati yang sebak. “Dan apabila Runa dan tok batin datang mengampu badan dan kemudian menyeretnya berjalan, dia tidak berusaha untuk membantah. Hatinya terasa amat jauh dan sayu.”(hal.119-120)

Watak perwatakan

Watak utama:

Bah Urei

- Lelaki suku Semai
- Seorang yang berani - cnth : “tidak boleh! Jeritnya. Hei ... orang tua! Ke tepi!. Tidak boleh jeritnya lagi.”(hal.116)
- Seorang yang setia - cnth : “nanti kita ambil tulang-tulang emak engkau, kita tanamkan semula baik-baik di tempat baru itu, katanya. Air matanya terus menitis.”(hal.120)
- Seorang yang penyayang - cnth : “Sirih ... aku sayang kuburkau, aku sayang pokok keledang ini dan aku sayang kampung kita ini. Tapi apakah yang mesti aku buat? Apa?”(hal.111)

Watak sampingan:

Runa

- Anak Bah Urei
- Seorang gadis suku Semai
- Rambut yang keriting dan panjang
- Seorang anak yang bertanggungjawab - cnth : Bertanggungjawab dalam menjaga ayahnya. “Hari ini ayah tak makan lagi, saya dah siapkan lemang ubi di atas pondok.”(hal.106).
- Seorang yang bijak berkata-kata - cnth : “bapak tak faham, kita disuruh pindah bukan suruh-suruh saja, kita diberi tempat lain, kita akan lebih senang lagi, banyak bantuan.”(hal.105)

Tok batin

- Ketua suku Semai
- Seorang yang bertanggungjawab - cnth : “Dan apabila Runa dan tok batin datang mengampu badan dan kemudian menyeretnya berjalan, dia tidak berusaha untuk membantah”(hal.119-120)

Latar

Latar Masyarakat

Masyarakat orang asli (suku Semai)

“... orang-orang lelaki puak Semai ...”(hal.104).

Latar Masa

Senja

“matahari mula terbenam.”(hal.119)

Latar Tempat

Pusara isterinya(Sirih)

“permukaan kubur itu kelihatan bersih kerana telah dicucinya semalam, ...”(hal.110)

Rumah Bah Urei

“Runa masih terdiri di ambang pintu.”(hal.114)

Rumah Umbut

“saya nak pergi rumah Umbut lagi, ayah. Katanya”(hal.115)


Sudut Pandangan

Cerpen ini menggunakan sudut pandangan orang pertama. “Aku dah kenyang”(hal.106)


Pengajaran

Kita mestilah bertanggungjawab menjaga ibu bapa sendiri

Kita janganlah bertindak terburu-buru

Kita mestilah mempunyai sifat kesetiaan dalam diri



Nilai

Nilai Kemasyarakatan

Masyarakat yang saling hormat-menghormati

Tok penghulu menghormati Bah Urei dengan memberitahu akan perkara yang akan berlaku. “Ialah, kita ni orang bawah, kenalah ikut orang atas”(hal.105).

Nilai Kemanusiaan

Kesetiaan

Bah Urei yang setia kepada isterinya walaupun isterinya sudah lama meninggal dunia. “nanti kita ambil tulang-tulang emak engkau, kita tanamkan semula baik-baik di tempat baru itu, katanya. Air matanya terus menitis.”(hal.120)

Bertanggungjawab

Runa yang bertanggungjawab menjaga ayahnya. “Hari ini ayah tak makan lagi, saya dah siapkan lemang ubi di atas pondok.”(hal.106).

Baca Selanjutnya>>

Wednesday, January 12, 2011

Cerita Hikayat Cendawan Putih (Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan)

GENRE : PROSA MELAYU TRADISIONAL
Cerita “Hikayat Cendawan Putih”
Watak dan perwatakan
1. Raja Indera Kemala Putera
- Jatuh sakit menyebabkan dia telah menjadi kurus-kering

2. Raden Kesuma Wati
- Anak lelaki Raja Indera Kemala Putera
- Mencuri memakan juadah orang di sebuah gerai di negeri Indera Buangan. (ms 67)
- Telah dijadikan oleh Raden Kesuma Ningrat gembala kambing. (ms 69)
- Abang tiri kepada Raden Kesuma Ningrat. (ms 70)
- Seorang yang penakut dan kuat menangis. Beliau bersembunyi di belakang RKN apabila bertemu dengan raksasa dan harimau kerana takut. Beliau juga menangis dengan kuat kerana takut dengan raksasa dan harimau dan meminta RKN melindunginya. (ms 72)

3. Raja Syah Dewa Alam
- Tinggal di negeri Melaka Pura. (ms 59)
- Mempunyai seorang anak perempuan bernama Tuan Puteri Pelinggam Cahaya yang mempunyai paras wajah yang sangat cantik. (ms 59)
- Telah bermimpi memakan telur burung merpati putih. (ms 59)
- Telah memerintahkan segala menteri dan hulubalangnya serta rakyat pergi mencari telur burung merpati putih. (ms 59)
-

4. Tuan Puteri Pelinggam Cahaya / Bangbang Gajah Merta
- Anak kepada Raja Syah Dewa Alam. (ms 59)
- Mempunyai paras wajah yang sangat cantik. (ms 59)
- Sangat mengambil berat kebajikan ayahandanya. Cth: TPPC susah hati mendengarkan ayahandanya mahu memakan telur burung merpati putih. Oleh yang demikian, beliau sendiri menawarkan diri untuk mencari telur burung merpati itu apabila menteri, hulubalang-hulubalang dan rakyat tidak dapat mencari telur tersebut.
- Seorang yang menghormati ibu bapa. TPPC sujud pada kaki ayahanda dan bondanya meminta restu sebelum berangkat mencari telur burung merapti putih di Gunung Meraksa Dewa. (ms 60)
- Seorang yang tabah menghadapi cabaran. Contohnya, TPPC meneruskan pencarian mencari telur merpati putih walaupun hanya seorang diri tanpa menteri, hulubalang dan rakyat. Menteri, hulubalang dan rakyat dalam cerita dipaparkan ramai yang mati disebabkan kelaparan dan telah lari disebabkan tidak larat untuk meneruskan perjalanan yang begitu jauh. (ms 61 )
- Seorang yang sensitif. Cth: Beliau menangis terkenangkan ayah bondanya semasa berada di hutan seorang diri setelah ditinggalkan menteri, hulubalang dan rakyat. (ms 60)
- Seorang yang berani. Cth: Beliau dengan berani menikam leher hulubalang yang sedang tidur di atas batu di selatan pohon beringin sehingga putus menyebabkannya mati. TPPC kemudian telah mengambil pakaian dan mahkota hulubalang tersebut dan telah naik di atas belakang kuda hitam. (ms 61)
- Melakukan penyamaran. Cth: TPPC menukarkan namanya kepada Bangbang Gajah Merta setelah berada di negeri Kesambi Pura. (ms 62)
- Seorang yang pintar dan bijaksana. Cth: TPPC / BGM telah berjaya dalam pertandingan mengambil limau nipis di dalam lubang tanah yang kecil dengan menggunakan hanya 3 jari tanpa menggunakan bilah atau kayu.

5. Perempuan Tua
- Orang yang telah memberitahu Tuan Puteri Pelinggam Cahaya tempat terletaknya telur burung merpati Putih. (ms 59)

6. Mangkubumi
- Orang yang bertanggungjawab memerintahkan supaya semua menteri, hulubalang serta rakyat di negeri Melaka Pura mencari telur burung merpati putih seperti yang diarahkan oleh Tuan Puteri Pelinggam Cahaya. (ms 59 – 60)

- Orang yang bertanggungjawab menyediakan kelengkapan senjata, menteri, hulubalang dan rakyat untuk persiapan TPPC mencari telur burung merpati putih. (ms 60 )

7. Tuanku Si Alam
- Raja pemerintah negeri Kesambi Pura. (ms 63)
- Berjanji akan mengahwinkan anaknya iaitu Tuan Puteri Ratna Telur kepada sesiapa yang berjaya mengambil limau nipis di dalam lubang tanah kecil dengan menggunakan 3 jari tanpa menggunakan bilah atau kayu. (ms 63)


8. Khatib Abdul Salam
- Orang yang telah diarahkan oleh Tuanku Si Alam untuk menikahkan antara Bangbang Gajah Merta dan Tuan Puteri Ratna Melur. (ms 63)

9. Raden Kesuma Ningrat
- Anak Raja Indera Kemala Putera dengan Tuan Puteri Indera Maya (ms 66 & 70)
- Adik tiri kepada Raden Indera Kesuma Wati. (ms 70)
- Memiliki kesaktian. Contoh: Puncak daun beringin yang dipagut oleh merbah kepunyaan RKN menyebabkan batang beringin tersebut mengeluarkan air. (ms 72)
10. Watak-watak Binatang
(i) Singa – telinga singa tempat tinggal TPPC sementera menantikan Raden Kesuma Ningrat datang.
(ii) Landak dua ekor (1 putih dan 1 hitam)
- Pengawal TPPC (ms 76)
(iii) Merbah Putih
- Bintang yang mengiringi RKW dan RKN ke gunung Meraksa Dewa
(iv) Raksasa
(v) Harimau
(v) Naga

11. Tuan Puteri Indera Maya
- Ibu kepada Raden Kesuma Ningrat dan ibu tiri kepada Raden Kesuma Wati (ms 70)
- Seorang yang penyayang. Cth: PIM melayan RKW seperti anaknya sendiri (ms70)

12. Tuan Puteri Ratna Telur
- Anak kepada Raja di negeri Kesambi Pura.
- Telah berkahwin dengan Bangbang Gajah Merta. (ms 63)

Latar Tempat
1. Gunung Meraksa Dewa
- Tempat seekor naga. Di telinga naga tersebut letaknya telur burung merpati putih yang bersarang di situ.


2. Negeri Melaka Pura
- Negeri pemerintahan Raja Syah Dewa Alam. (ms 59)

3. Padang, gunung dan hutan
- Tempat-tempat yang dilalui oleh TPPC, menteri, hulubalang dan rakyat untuk mencari telur burung merpati putih. (ms 61)

4. Pokok Beringin
- Digambarkan di Selatan beringin tersebut ada satu kuda dan seorang hulubalang yang gagah tidur di atas batu dengan kerisnya mempunyai panjang 4 hasta. (ms 61)

5. Negeri Kesambi Pura
- Negeri pemerintahan Tuanku Si Alam iaitu ayahanda Tuan Puteri Ratna Telur.
6. Negeri Indera Buangan
- Negeri Raden Kessuma Ningrat. (ms 67)
Latar Masa
(i) Empat puluh hari dan 40 Malam
- Raja Dewa Shah Alam digambarkan tidak makan dan tidak minum. (ms 59)
- Rakyat di negeri Kesambi Pura telah diarahkan oleh Tuanku Si Alam untuk berjaga-jaga selama 40 hari 40 malam untuk persediaan perkahwinan antara Bangbang Gajah Merta dan Tuan Puteri Ratna Melur. (ms 63)
- Raden Kesuma Wati dikatakan tiada makan dan minum. (ms 67)
(ii) Tujuh hari tujuh malam
- TPPC bertemu dengan satu pohon beringin. Di Selatan beringin tersebut ada satu kuda dan seorang hulubalang yang gagah tidur di atas batu dengan kerisnya mempunyai panjang 4 hasta.
(iii) Empat hari empat malam
- Jangka masa perjalanan yang diambil oleh TPPC untuk sampai ke negeri Kesambi Pura.

Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang mempercayai sesuatu ramalan / tilikan nujum.
Contohnya: Raden Kesuma Wati meminta ahlul nujum menilik punca dan cara mengubati penyakit Raja Indera Kemala Putera. (ms 57)



Teknik Penceritaan
1. Teknik Pemerian / Deskriptif
- Contoh: Alkisah, maka tersebutlah perkataan Raja Dewa Syah Alam di negeri Melaka Pura. Maka baginda itu ada beranak seorang perempuan terlalu elok parasnya. Maka dinamai oleh baginda Tuan Puteri Pelinggam Cahaya, telah besarlah. Maka negeri itu terlalu ramai orang bermain-main siang dan malam, tiada berhenti lagi. (ms 59)

2. Teknik Dialog
- Contoh: “Segeralah ayahanda beroleh burung itu, apalah jadinya yang demikian ini yang menanggung percintaan siang dan malam.” Maka kata tuan puteri, Jikalau demikian baiklah pergi sendiri mencari burung itu.” (ms 60)

3. Teknik mimpi
- Contoh: Raja Syah Dewa Alam bermimpi memakan telur merpati putih. (ms 59)
- Contoh: TPPC bermimpi didatangi seorang perempuan tua yang memberitahunya tempat terletaknya telur burung merpati putih.

Gaya bahasa
1. Simpulan Bahasa
Cth: Buah hati (ms 64)
2. Penggunaan Puisi
Cth: Pantun (ms 65)

Ikan ruan mudik ke hulu,
Makan senduduk berduri-duri;
Tinggallah tuan ini dahulu,
Tinggallah duduk peliharalah diri.

3. Simile
- Maka dipagutnya puncak daun beringin itu, maka dengan seketika itu juga keluarlah airnya seperti cucur daripada sungai rupanya. (ms 72)

Baca Selanjutnya>>

Analisis Cerpen - Anak Gembala (Teks Anak Global)

WATAK & PERWATAKAN

Mat Seman

1. Cucu Tuk Gembala Deraman.

2. Isterinya bernama Sutinah.

3. Mempunyai 4 orang anak (Sehak, Milah, Kiah dan Semah).

4. Bekerja sebagai seorang askar di kem askar, Perak sebelum menjadi seorang gembala kerbau.

5. Merupakan generasi ketiga yang mewarisi pekerjaan sebagai gembala kerbau. (MS 79)

6. Memakai kaki palsu (cacat) – Kakinya remuk kena jerangkap samar ketika membuat operasi di sempadan menyebabkan kakinya telah dipotong. (MS 80)

7. Telah dihumban menjaga stor dengan kerja mengira tayar buruk, lori buruk dan macam-macam yang buruk setelah kakinya dipotong. (MS 81)

8. Seorang yang bersemangat tinggi dan tidak mudah berputus asa/menyerah kalah pada takdir atau nasib. (MS 81)

9. Pernah menjadi johan menembak, johan terjun dari udara, johan bermain senjata semasa masih bekerja sebagai seorang askar. (MS 81)

10. Memiliki kepakaran tentang kerbau. Cth: Mat Seman menghalau kerbaunya yang berjumlah 60 ekor pulang ke kandang dengan hanya menggunakan seruling. Seruling tersebut diperbuat daripada buluh sebesar ibu jari dan mempunyai bunyi seakan-akan suara kerbau. (MS 86)

11. Bercita-cita menjadi contoh kepada anak-anak Desa Angun Sebutir. Cth: Mat Seman pernah mengatakan bahawa membela kerbau juga boleh menjadi kaya jika kena caranya.

12. Seorang yang murah hati/suka bersedekah. Cth: Setiap hari Raya Haji, Mat Seman akan mengorbankan sekurang-kurangnya seekor kerbau & dagingnya akan dibahagi-bahagikan kepada seluruh anak kampung. (MS 86)

13. Seorang yang berdikari. Cth: Mat Seman tidak pernah meminta apa-apa bantuan daripada orang untuk mengusahakan kerbaunya. Mat Seman menggunakan wang sagu hati dia putus kaki untuk membeli mesin penyodok untuk menolak tahi-tahi kerbau ke tepi. (MS 85)

14. Tidak mahu orang lain menggugat haknya di Lembah Bilut yang sudah menjadi tempat keramat bagi keluarganya.

15. Meninggal dunia kerana dipijak kerbau-kerbaunya apabila terdengar bunyi jentera yang di Lembah Bilut.

Tuk Gembala Deraman

1. Datuk Mat Seman. (MS 79)

2. Merupakan gembala kerbau mula daripada budak belum bersunat lagi hinggalah meninggal. (MS 79)

3. Pakar tentang kerbau iaitu daripada tahi TGD tahu kerbau sakit dan begitu juga apabila kerbau demam, kerbau cerah perut, kerbau sudah bunting seminggu dan sampailah kerbau hendak berbini.

Ayah Mat Seman

1. Anak Tuk Gembala Deraman.

2. Merupakan generasi kedua yang mewarisi pekerjaan sebagai gembala kerbau.

3. Menurunkan ilmu kerbau kepada Mat Seman tentang cara-cara menghalau kerbau pulang ke kandangnya iaitu dengan menggunakan bunyi seruling.

4. Meninggal kerana hidung dan gusinya berlubang disebabkan sakit resdung yang lama tidak berubat. (MS 82)

Sutinah

1. Isteri Mat Seman.

2. Tidak mahu anak-anaknya mewarisi pekerjaan sebagai gembala kerbau kerana baginya pekerjaan tersebut adalah hina dan tidak akan dihormati oleh orang lain. (MS 83)

Baca Selanjutnya>>
Related Posts with Thumbnails