BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

BLOG BAHASA MELAYU CIKGU FARHAN

SELAMAT MELAYARI BLOG BAHASA MELAYU CIKGU FARHAN DI LINK INI BERSAMA MENUJU KECEMERLANGAN!!

Pengunjung Setia

DARI MANA ANDA ONLINE?

KATA-KATA HIKMAT/FALSAFAH

ANDA TIDAK KUAT
TETAPI ANDA MEMPUNYAI KEKUATAN
UNTUK MENJADI KUAT,

LANGKAH PERTAMA ITU ADALAH HARAPAN
SEDANGKAN TIDAK MELANGKAH
LANGSUNG TIADA HARAPAN.

OLEH : DATO' DR. SYED AHMAD

CITA-CITA TANPA USAHA ADALAH ANGAN-ANGAN,
ANGAN-ANGAN YANG DIUSAHAKAN ADALAH CITA-CITA.


OLEH : MAS ADEKI

Wednesday, May 11, 2011

Latihan Drama : Hikayat Cendawan Putih

Soalan Struktur

1.Berikan 3 watak utama dalam Hikayat Cendawan Putih.
(3 markah)

2.Berikan 2 perwatakan beserta contoh yang terdapat pada watak Raden Kesuma Ningrat. (4 markah)

3.Nyatakan 2 gaya bahasa yang terdapat dalam Hikayat Cendawan Putih.
(2 markah)


4.Ya...adinda berikanlah kepada kekanda kerana kekanda punya telur burung merpati sudah hilang...

a)Siapakah adinda dan kekanda?
(2 markah)

b)Bagaimanakah telur kekanda boleh hilang?
(2 markah)

5.Setelah didengar oleh tuan puteri kedua itu maka terlalu mashyulnya serta dengan tangisnya tiada berhenti lagi siang dan malam kerana Raden Kesuma Ningrat telah ditolak jatuh ke dalam laut.

a)Siapakah dua puteri tersebut?
(2 markah)
b)Berikan dua latar masa yang terdapat dalam petikan tersebut.
(2 markah)

6.Setelah itu maka berperanglah semua rakyat kedua pihak itu terlalu ramai tikam menikam, parang memarang tiadalah berhenti lagi siang dan malam, tiga hari tiga malam maka darah pun tumpah ke bumi mengalir seperti air dilaut. Bangkit nun bertimbun seperti gunung maka orang itu tiadalah berjejak di bumi lagi.

a)Nyatakan dua pihak yang terlibat dalam peperangan tersebut.
(2 markah)

b)Berikan dua latar masa yang terdapat dalam petikan diatas
(2 markah)

c)Berikan tiga gaya bahasa yang terdapat dalam petikan tersebut
(3 markah)

d)Berikan maksud bangkit nun seperti gunung
(2 markah)

Soalan Esei

1.Berdasarkan hikayat cendawan putih :

a)Huraikan latar tempat yang terdapat dalam hikayat dendawan putih
(10 markah)

2. Huraikan lima pengajaran yang terdapat dalam keseluruhan hikayat tersebut
(10 markah)

3. Huraikan perwatakan Raden Kesuma Ningrat
(10 markah)
      
   

Baca Selanjutnya>>

Latihan Drama : Lima Perwira


1.“hei, balik ke tempat kau!” nanti sampai aku beri hukuman dulu. Nampaknya harimau Datuk ini berani apabila lawannnya bertambat dan tak berdaya
Siapakah yang berdialog di dalam petikan di atas? (2 markah)

2.Siapakah ketua yang mengetuai lanun-lanun yang dalam Drama Lima Perwira?
(2 markah)


3.Nyatakan gaya bahasa yang terkandung dalam cerpen ini serta contohnya.
(4 markah)

4.Mengapakah Juragan Kilat Bersiung berasa marah kepada lima perwira?
(4 markah)

5.Nyatakan latar tempat yang terdapat dalam drama lima perwira
( 2 markah)

6.Siapakah yang telah mengalahkan Lela Tunjang?
(1 markah)

7.Juragan Kilat Bersiung : aku mahu seksa..seksa semua sampai mati!
Apakah gaya bahasa yang terdapat dalam petikan di atas?
(1 markah)

8.“Nampaknya juragan ini, belum berkapak ditangan sudah mahu menebang beringin”
Nyatakan peribahasa yang terdapat dalam petikan diatas.
(2 markah)

9.Juragan Kilat Bersiung : ke hadapan, bercakap seorang diri
“aku hairan betul. Banyak cerita yang aku dengar pasal buapak muda berlima ini”
Nyatakan teknik penceritaan yang terdapat dalam petikan di atas.
(2 markah)

10.Nyatakan dua perwatakkan Hang Jebat.
(2 Markah)

Soalan Esei
1.Nyatakan lima latar masyarakat yang terdapat dalam drama lima perwira.
(20 markah)

Baca Selanjutnya>>

Tuesday, May 10, 2011

TEKNIK MENJAWAB SOALAN KESUSASTERAAN MELAYU

(Cerpen, Drama, Novel, Cereka Klasik)

1. Tema – Persoalan Pokok/ Utama Sesuatu Cerita.
- apa tema
- siapa watak utama
- apa yang berlaku
- dimana dan bagaimana kesudahannya.

2. Persoalan - Perkara Yang Disentuh Selain Persoalan Utama.
- persoalan percintaan
- persoalan kehidupan
- persoalan kemasyarakatan .
- persoalan keagamaan.
- persoalan kekeluargaan.


3. Plot - Maksud - Jalan Cerita/Jalinan Cerita Hasil Rentetan Peristiwa Oleh Sebab Dan Akibat.

-Struktur plot-permulaan ( eksposisi ), perkembangan, kemuncak ( klimaks ), kesudahan (penyelesaian )

-Teknik Plot - cara pengarang mengembangkan plot- dialog, monolog, imbas muka, imbas kembali, pemerian, kejutan, saspens, konflik.

4. Watak Dan Perwatakan.

- soalan tanya watak shj- fizikal + sifat tanpa contoh

-soalan tanya watak dan perwatakan- fizikal + sifat + contoh sekali.

-jenis watak- watak utama ( protagonis), watak lawan ( antagonis), watak penting,
watak sampingan, watak statik.

* soalan perbandingan watak- mesti buat perbandingan terus / langsung.
Cth Ikram seorang yang baik hati dan penyayang manakala Ramli seorang yang berhasad -dengki. Contohnya---------


5. Citra / Gambaran / Suasana Masyarakat
- masyarakat desa/kota
- kegiatan ekonomi.
- agama, adat resam.
- unsur / sikap masyarakat baik atau jahat.

# Contoh jawapan- masyarakat yang digambarkan ialah masyarakat desa yang hidup aman damai dan saling bantu membantu dan masih berpegang pada adat resam. Umpamanya gambaran kesatuan hati orang kampung semasa menyambut kedatangan pegawai daerah iaitu Encik Jalil serta Ikram ke Kampung Penarik dengan paluan kompang. Pendudukan kampung menjadikan pertanian sebagai punca rezeki mereka.

Selain itu terdapat segelintir masyarakat yang mementingkan kebendaan atau materialistik serta hanya memikirkan kepentingan peribadi sahaja. Ini dapat dibuktikan tindakan Tok Leman yang menipu tanah orang kampung terutamanya tanah ayah Ikram.

6. Teknik Penceritaan / Pemerian. Isi jawapan ialah

* Dialog- definisi + contoh

* Monolog dalaman dan luaran – definisi + contoh.
* Imbas kembali-definisi + contoh

*Imbas muka- definisi + contoh

* Pemerian langsung- defenisi + contoh

7. Nilai Kemanusiaan = Nilai murni - nilai yang baik-baik sahaja.

* nilai mesti di hadapan.

* Contoh – Nilai kasih sayang, nilai tolong –menolong, nilai keberanian, nilai hormat menghormati, nilai kejujuran, nilai kerajinan, nilai kesyukuran, dll

8. Unsur Islam- perkara atau unsur yang berkaitan dengan agama Islam.
Contoh solat, berpuasa, menunaikan fardu haji dan sebagainya.

9. Amanat = Pengajaran = Mesej = Perutusan- perkara yang dapat diambil tauladan

* Perkara suruhan- Kita hendaklah, kita seharusnya, kita eloklah, mestilah dll.

* Perkara larangan- Kita janganlah, kita usahlah, kita hindarilah dll

Cth- Kita hendaklah mengamalkan sikap tolong-menolong antara satu sama lain supaya aman damai.

Cth- Kita janganlah bersikap tamak haloba dan dengki antara satu sama lain.

10. Nilai Masyarakat- Nilai Positif Dan Nilai negatif.

* nilai masyarakat yang penyayang, nilai masyarakat yang prihatin dll

* nilai masyarakat yang iri hati, nilai masyarakat yang tamak haloba dll

11. Soalan Petikan.- petikan diambil dari mana-mana cerpen, novel, drama, cerita klasik.

Contoh soalan yang sering ditanya ialah :
* Siapakah yang menutur dialog di atas?
* Di manakah kata-kata itu diucapkannya?
* Bilakah kata-kata itu diucapkan.
* Apakah peristiwa yang menyebabkan kata-kata itu dituturkannya?
* Apakah peristiwa selanjutnya yang berlaku selepas itu?
* Huraikan gaya bahasa petikan tersebut?
* Jelaskan unsur pengajaran yang ada dalam petikan tersebut?
* Jelas dan huraikan watakwatak tersebut?

12. Soalan Yang Menanyakan Sudut Pandangan.

* Sudut Pandangan Orang Pertama- pengarang gunakan perkataan – Aku.

* Sudut pandangan Orang Ketiga- Tidak Terbatas- gunakan perkataan dia / mereka
(pengarang bertindak serba tahu semua watak )Terbatas- tumpuan lebih watak tertentu dan terbatas pada watak lain.

* Sudut Pandangan Objektif - pengarang sampaikan cerita berdasarkan apa didengar dan dilihat.

Baca Selanjutnya>>

Tuesday, May 3, 2011

Analisis Sajak - Mencari Srikandi

(Muhammad Lutfi Ishak)

Maksud

Rangkap 1
Seorang wanita yang bijak dalam berkata-kata hingga dapat menundukkan ego lelaki

Rangkap 2
Penyajak mengagumi Fatimah yang bijak menyelesaikan masalah serta dapat membuat jiwa suami kental dan tabah

Rangkap 3
Penyajak tertanya-tanya sama ada wujud atau tidak lagi wanita yang bijak menentukan hala tuju hidupnya tanpa rasa takut berdepan cabaran.

Rangkap 4
Penyajak masih menunggu wanita seperti Khadijah yang boleh dan menyayangi suaminya, Muhammad


Tema
Sajak ini bertemakan keunggulan wanita.

Persoalan
1.Kebijaksanaan
2.Simbiosis lelaki dan wanita
3.Ketabahan
4.Keberanian

Bentuk
1.Sajak ini mempunyai 4 rangkap

2.Setiap rangkap mempunyai bilangan baris yang bebas, contohnya
Rangkap 1 : 9 Baris
Rangkap 2 : 7 Baris
Rangkap 3 : 6 Baris
Rangkap 4 : 4 Baris

3.Bilangan patah perkataan 2 hingga 6 patah perkataan , contohnya:
Sebagai senjata (2 patah perkataan)
Yang akan melembutkan kerenah para wanita (6 patah perkataan)

4.Rima bebas contohnya,
R1 : a-b-b-b-a-c-d-e-c
R2 : a-a-a-a-b-c-d-d
R3 : a-b-b-c-c-c
R4 : a-b-c-d

Gaya Bahasa

Kata ganda – kata-kata ( R1, B5)

Asonansi – yang lembut akan melembut karenah para wanita (pengulangan vokal A 8 kali) R1, B2

Aliterasi – yang menggunakan lidah dan air mata (pengulangan konsonan N 4 kali) R1, B3

Personafikasi – Ketajaman jiwa lelaki (R2, B6)

Simile – menunggu seorang lagi srikandi seperti Khadijah (R4, B2)

Mesej dan pengajaran
1.Kita hendaklah bijak menguruskan sesuatu perkara supaya kita tidak ditindas.
2.Kita mestilah menyokong perjuangan suami kita selagi tidak menyimpang daripada akidah Islam.
3.Kita perlulah tabah mengharungi cabaran dan dugaan dalam hidup supaya kita dapat meneruskan kehidupan dengan baik didunia ini.
4.Kita janganlah takut berhadapan dengan cabaran dan dugaan hidup kerana sekirannya kita takut, kita tidak akan maju.

Nada
Sajak ini bernada Melankolik.



Baca Selanjutnya>>

Sunday, May 1, 2011

Analisis Sajak - Sesekali dalam sajak

(NAWAWEE MOHAMAD)

Maksud Sajak

Rangkap 1
Penyajak ingin menceritakan mengenai kehidupan yang berasaskan Syariat Allah. Beliau ingin menegaskan kehidupan tidak seharusnya merendah diri berada dibawah kongkongan orang lain tetapi kita perlu bangkit menentang dengan cara yang betul tanpa melanggar batas agama. Penyajak juga mengatakan bahawa kita melawan bukan untuk menang tetapi sebagai pendinding diri daripada terus dibuli dan di aniaya oleh orang lain.

Rangkap 2
Penyajak ingin kita melakukan sesuatu untuk menyelamatkan diri, menentang untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa, berusaha untuk membantah apa sahaja yang negative. Jika kita berada dalam landasan yang betul, semua akan berpihak kepada diri kita dan semuanya adalah realiti kehidupan duniawi semata-mata.

Rangkap 3
Penyajak ingin menghuraikan mengenai hukum Allah yang tiada seorang pun didunia ini dapat lari daripadanya. Walaupun apa yang kita lakukan didunia ia akan dihitung tanpa ada yang terkecuali.

Rangkap 4
Penyajak ingin menyampaikan bahawa kita sebagai hambanya yang lemah tidak sepatutnya melanggar apa yang dilarang.


Tema
Sajak ini bertemakan mengenai keagamaan.

Persoalan
-Prinsip hidup
-Kebangkitan ke arah kebaikan
-Kesedaran
-Keyakinan diri
-Kesabaran
-Keberanian

Bentuk Sajak

-Sajak ini berbentuk bebas

-Rima akhir tidak tetap, contoh :
R1 : a-b-b-b-b-b-b-b-b-b-b-b-b-b-b-b-b
R2 : a-b-c-c-c-d-e
R3 : a-b-b
R4 : a-b-b-b

-Jumlah suku kata 7- 16 suku kata, contoh :
7 – ba/ik ma/hu/pun bu/ruk
16– de/mi/ki/an re/a/li/ti ke/hi/du/pan du/ni/a/wi

-Jumlah Rangkap 4 rangkap contoh :
R1 : 17 baris
R2 : 7 baris
R3 : 3 baris
R4 : 4 baris

-Jumlah Perkataan 3 hingga 7 perkataan, contoh :
3 patah perkataan : berkeras mahupun lembut
7 patah perkataan : sama ada sesiapa, bila atau dimana

Gaya Bahasa
-Asonansi – pengulangan vokal A
Contoh : sama ada sesiapa, bila atau dimana

-Aliterasi – pengulangan konsonan M
Contoh : memuji mahupun mengutuk

-Anafora – pengulangan perkataan di awal baris
Contoh : 

Sesekali berpisah lebih baik
Sesekali berjauhan lebih baik

-Responsi – pengulangan perkataan di tengah baris
Contoh : 

Berkeras mahupun berlembut
Memuji mahupun mengutuk

-Epifora – pengulangan di akhir baris
Contoh : 

Sesekali berkeras lebih baik
Sesekali menjatuhkan lebih baik

-Kata ganda - Sekali-kali

Nilai
1.Keberanian - keberanian dalam diri untuk menegakkan kebenaran dan dapat melawan diri daripada sebarang penindasan.
2.Kesabaran – bersabar dalam melakukan sesuatu mengikut kehendak hatikerana ia adalah nafsu samata-mata.
3.Syariat Allah – hidup perlu berpandukan mengikut syariat Allah supaya selamat dunia dan akhirat.

Mesej dan Pengajaran
1.Kita mestilah mempunyai prinsip hidup yang tetap
2.Kita haruslah mempunyai sikap saling mempercayai
3.Kita hendaklah berani dalam apa jua yang kita lakukan
4.Kita janganlah menghina orang lain
5.Kita haruslah takut dengan hukuman Allah.

Nada
penyajak menggunakan nada sinis yang mengandungi unsure sindiran kepada manusia hidup didunia ini.

Baca Selanjutnya>>
Related Posts with Thumbnails