BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

BLOG BAHASA MELAYU CIKGU FARHAN

SELAMAT MELAYARI BLOG BAHASA MELAYU CIKGU FARHAN DI LINK INI BERSAMA MENUJU KECEMERLANGAN!!

Pengunjung Setia

DARI MANA ANDA ONLINE?

KATA-KATA HIKMAT/FALSAFAH

ANDA TIDAK KUAT
TETAPI ANDA MEMPUNYAI KEKUATAN
UNTUK MENJADI KUAT,

LANGKAH PERTAMA ITU ADALAH HARAPAN
SEDANGKAN TIDAK MELANGKAH
LANGSUNG TIADA HARAPAN.

OLEH : DATO' DR. SYED AHMAD

CITA-CITA TANPA USAHA ADALAH ANGAN-ANGAN,
ANGAN-ANGAN YANG DIUSAHAKAN ADALAH CITA-CITA.


OLEH : MAS ADEKI

Monday, August 31, 2009

Kesusasteraan Melayu Tradisional

Peribahasa

Definisi

Peribahasa merupakan suatu kiasan atau bunga bahasa dalam kata-kata yang mampu menggambarkan sesuatu maksud yang tertentu. Maksud yang dibawa itu berlainan daripada makna asal.

Menurut Harun Mat Piah (1989), beliau menyatakan peribahasa iailah ungkapan peribahasa yang terdiri sekurang-kurangnya dua keratan yang sejajar, baik dalam sebaris atau lebih. Kemungkinan baris-baris itu tidak berhubungan dari segi rima tetapi terjalin dalam hubungan yang seimbang, iaitu sebagai pembanding atau pelengkap kepada yang lain.

Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Peribahasa tradisi merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan sehari-harian atau secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan. Peribahasa moden pula merujuk yang dicipta selepas tarikh tersebut. Peribahasa merupakan sabahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu.

Keindahan peribahasa merupakan cara sesuatu peribahasa itu digunakan, yang membina minda dan juga untuk pengajaran. Kita tidak perlu berterus terang kepada seseorang jika takut melukahatinya, tetapi gunakanlah peribahasa yang telah ada dalam adat budaya Melayu untuk menyatakan perasaan, memuji atau menasihatinya.Pada umumnya, peribahasa mengandungi falsafah hidup dan nilai moral yang tinggi. Oleh sebab itu, peribahasa dapat digunakan sebagai pedoman hidup yang berkhidmat besar. Peribahasa juga sering digunakan sebagai kiasan,teladan dan pengajaran untuk menghiasi karangan dan percakapan.

Asal usul peribahasa.

Peribahasa melayu dikatakan diwarisi daripada nenek moyang kita pada zaman dahulu. Peribahasa di katakan lahir dari masyarkat melayu atas keinginan masyarkat untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Pada zaman dahulu, undang-undang untuk mengawal perilaku masyarkat belum wujud sehinggakan banyak kesalahan yang dilakukan masyarkat. Masyarkat yang mempunyai ilmu pada ketika itu telah mencipta pelbagai petua, nasihat atau petunjuk sebagai peraturan tatatertib pergaulan, tatasusila dalam pergaulan dalam hubungan sesama manusia. Petua, nasihat dan petunjuk tersebut diambil daripada alam sekeliling contohnya daripada sifat manusia itu sendiri, sifat dan tabiat binatang, sifat tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Petua yang di perolehi itu kemudiannya di perhaluskan lagi penggunaan bahasanya supaya ia sedap didengar tetapi masih mempunyai maksud teguran yang mendalam. Keadaan ini bertujuan untuk mengelak daripada menyinggung perasaan dan membuatkan orang tersebut marah. Peribahasa inilah yang digunakan untuk menegur dan mengawal masyarkat pada zaman dahulu. Bagi masyarkat yang memahami teguran menggunakan peribahasa ini, mereka akan insaf atas kesalahannya dan tidak lagi melakukannya kerana teguran yang disampaikan melalui peribahasa ini akan meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati orang yang di tegur, walaupun bahasa yang digunakan itu merupakan bahasa yang lembut.

Fungsi-fungsi peribahasa.

Peribahasa ialah merupakan satu kiasan atau bunga bahasa dalam kata-kata yang mampu menggambarkan sesuatu maksud yang tertentu. Ini menyebabkan ia mempunyai banyak peranan dalam kehidupan masyarkat.

Antara fungsi peribahasa ialah sebagai alat komunikasi sama ada secara formal iaitu digunakan dalam adat istiadat tertentu atau digunakan secara tidak formal iaitu terutamanya di gunakan untuk menyindir, menegur atau mengkritik seseorang. Contohnya dapat dilihat melalui peribahasa “Biar mati anak, jangan mati adat” yang bermaksud kita hendaklah mendisiplinkan diri supaya mematuhi keputusan yang telah kita buat. Selain itu peribahasa “Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tidak tampak” merupakan peribahasa yang menyindir orang yang suka menjaga tepi kain orang lain. Biasanya yang nampak hanyalah kesalahan orang lain, walaupun kecil, tetapi kalau kesalahan sendiri sebesar mana pun tidak disedarinya.

Selain itu peribahasa juga berfungsi sebagai alat pendidikan atau didiktik. Dengan menggunakan peribahasa, sesuatu ilmu dan pengajaran dapat di sampaikan secara langsung kepada masyarkat kerana sifatnya yang flaksibel dan dapat digunakan dalam pelbagai keadaan. Contohnya peribahasa “lah panas, kacang lupa akan kulitnya” yang membawa maksud orang yang telah mencapai kesenangan tidak lagi mengingat asal usulnya dahulu. Peribahasa ini mengajar kita supaya kita sentiasa mengingat asal kita yang dahulunya dan tidak bersikap sombong kepada orang. Contohnya seperti kisah Si Tanggang, Malim Kundang dan Nakhoda Manis yang melupakan asal usul mereka setelah mereka kaya.

Peribahasa juga berperanan sebagai pembebas tanggungjawab perseorangan terhadap sesuatu kekuasaan. Mengikut Alan Dundes (1989) menyatakan maksud kata kata ini ialah jika hendak mengkritik, terutamanya ingin menunjukan kesalahan atau mencela oseseorang dengan peribahasa, individu sasaran akan lebih mudah menerima teguran tersebut daripada dikritik atau dicela secara langsung.

Peribahasa juga berfungsi sebagai media yang mempamirkan kebijaksanaan penutur atau pewaris (juga melambangkan kebijaksanaan masyarkat khalayak). Pewaris yang terhad menyebabkan mereka dianggap sebagai golongan yang eksklusif dan istemewa. Semakin banyak mereka mewarisi puisi ini semakin tinggi sanjungan masyarkat khalayak terhadap mereka. Contohnya golongan tua banyak mengetahui dan menghafal pelbagai peribahasa sehinggakan ada diantara mereka yang dilantik sebagai ketua adat atau ketua lembaga. Ini menyebabkan mereka di pandang tinggi dalam masyarkat. Oleh itu penguasan puisi ini sekali gus dapat menunjukan ketinggian status seseorang dalam masyarkatnya.

Selain itu peribahasa juga digunakan untuk mengambarkan sesuatu keadaan. Peribahasa digunakan untuk menggambarkan sesuatu keadaan yang sukar untuk di jelaskan kepada seseorang. Dengan adanya peribahasa ini, sesuatu keadaan ini dapat di sampaikan dengan mudah dan ringkas. Contohnya peribahasa seperti “Kaki ayam” yang menggambarkan seseorang yang tidak menggunakan kasut atau alas kaki dan peribahasa “Puteri lilin” menunjukan individu yang tidak tahan lama berada di bawah pancaran matahari.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails