BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

BLOG BAHASA MELAYU CIKGU FARHAN

SELAMAT MELAYARI BLOG BAHASA MELAYU CIKGU FARHAN DI LINK INI BERSAMA MENUJU KECEMERLANGAN!!

Pengunjung Setia

DARI MANA ANDA ONLINE?

KATA-KATA HIKMAT/FALSAFAH

ANDA TIDAK KUAT
TETAPI ANDA MEMPUNYAI KEKUATAN
UNTUK MENJADI KUAT,

LANGKAH PERTAMA ITU ADALAH HARAPAN
SEDANGKAN TIDAK MELANGKAH
LANGSUNG TIADA HARAPAN.

OLEH : DATO' DR. SYED AHMAD

CITA-CITA TANPA USAHA ADALAH ANGAN-ANGAN,
ANGAN-ANGAN YANG DIUSAHAKAN ADALAH CITA-CITA.


OLEH : MAS ADEKI

Tuesday, August 11, 2009

Sastera Rakyat

Definisi Sastera Rakyat

Sastera Rakyat ialah sastera yang sepenuhnya telah dihasilkan oleh golongan rakyat jelata. Gubahannya adalah gubahan yang begitu menarik sekali dan memang menjadi kebanggaan glongan rakyat bawahan. Wujudnya Sastera Rakyat ini adalah semenjak sebelum masyarakat Melayu mengenali akan sistem tulisan. Orang Melayu pada ketika itu banyak menitikberatkan kelisanan dalam Sastera Rakyat. Kelisanan inilah yang akan menunjukkan kehebatan dan keunikan Sastera Rakyat itu sendiri. Orang Melayu hebat berfikir, menghafal, mentafsir, meluahkan dan mentafsirkan. Semuanya dalam lingkungan alam terkembang menjadi guru.

Penakik pisai siraut

Ambil galah batang lintabung

Selodang jadikan nyiru

Nang setitik jadikan laut

Nang sekepal jadikan gunung

Alam terkembang jadikan guru

Setiap bahan yang diperolehi disampaikan dari mulut ke mulut dan menjadi tanggungjawab mereka untuk diturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Bila situasi ini berlaku maka terdapatlah tokok tambah dalam bahan yang disampaikan.

Setiap tokok tambah sebenarnya adalah menunjukkan kekreatifan orang-orang Melayu itu mengolah dan mentafsir sesuatu bahan yang diperolehinya. Harus diingat bahawa Sastera Rakyat yang diamalkan oleh masyarakat Melayu adalah bersifat kolektif dan kepunyaan bersama. Masing-masing bertanggungjawab terhadap apa yang diceritakan. Setiap cerita tidak sunyi dari pengaruh alam sekeliling. Malahan jika tidak terdapat pengaruh alam sesuatu bahan Sastera Rakyat itu tidak menarik dan bersifat kering serta longgar. Orang Melayu pada ketika ini juga begitu mempercayai akan anamisme dan masyarakat mereka bersifat tertutup. Tiada pengaruh dari luar.

Setiap karya sastera pada ketika ini adalah milik bersama dan tiada tercatat nama pengarang, tarikh serta masanya. Tidak wujud langsung milik perseorangan. Kebanyakan Sastera Rakyat ini mudah difahami dan plotnya tidak berbelit-belit. Masyarakat ketika itu mementingkan akan mesej yang hendak disampaikan. Segala unsur estetiknya lahir kemudian. Kebanyakan Sastera Rakyat disampaikan oleh tukang-tukang cerita yang mahir serta berkebolehan seperti Tok Selampit di Kelantan, Awang Batil di Kedah, Mir Hassan dan Pawang Ana di Perak, Penglipur Lara di Pahang, Awang Kitang di Negeri Sembilan dan Tukang Kenterung di Jawa. Penyampaian yang dibuat oleh tokoh-tokoh ini begitu kreatif dan menarik sekali serta diiringi oleh alat-alat bunyi-bunyian iaitu rebana, seruling dan sebagainya.

Hasil daripada amalan animisme yang begitu kuat di kalangan orang-orang Melayu pada ketika itu telah melahirkan beberapa genre seperti mantera dan melalui mantera ini diwujudkan pula jampi, serapah, sembur, cuca dan sebagainya yang bertindak untuk menjaga keselamatan, kesejahteraan, maruah dan kehormatan orang-orang Melayu pada ketika itu. Lahirnya genre lain seperti teromba yang lebih bersifat undang-undang masyarakat yang begitu kuat diamalkan di Negeri Sembilan, Naning dan Minangkabau.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa teromba ini adalah genre yang terawal wujud dan di dalamnya terdapat pantun, mantera, syair, seloka, gurindam, peribahasa, terasul, pepatah-petitih, bidalan, ungkapan, teka-teki dan banyak lagi. Semuanya adalah bersifat berkias, menyindir dan menguji kefahaman khalayak Melayu pada ketika itu. Ramai yang tidak merasai bahawa kehebatan Melayu adalah terletak kepada genre seperti ini. Genre seperti ini juga terdapat di dalam Prosa Melayu Klasik contohnya di dalam Hikayat Malim Deman, Sejarah Melayu dan sebagainya. Teromba juga masih diamalkan dalam masyarakat Adat Perpatih di Negeri Sembilan dan sebahagian di Melaka. Akan tetapi ianya tersebar di kalangan orang-orang Melayu di negeri-negeri lain di Malaysia ini.

Sastera Rakyat Melayu mempunyai banyak persamaan dengan Sastera Rakyat di negara-negara lain di dunia ini. Persamaan ini terjadi kerana persekitaran yang agak sama seperti yang berlaku di Alam Melayu. Misalnya di dalam Cerita-cerita Jenaka dan Cerita-cerita Binatang. Dalam Cerita Binatang masyarakat Melayu terkenal dengan kepintaran Sang Kancil dan dalam masyarakat Eropah mereka lebih mengagungkan akan binatang iaitu musang. Walaupun berlainan watak binatang jalan pemikirannya masih lagi sama iaitu binatang yang cerdik dan boleh mengalahkan sesiapa sahaja menggunakan kepintarannya.

Sastera Rakyat ini sebenarnya adalah bertujuan untuk menghibur. Harus kita ingat menghibur yang mempunyai unsur-unsur didikan dan bukannya bersifat mengkhayalkan seperti yang dianggapi oleh glongan tidak memahami. Masyarakat pada ketika itu tidak ada alat-alat hiburan yang lain seperti yang berlaku pada hari ini. Di samping itu juga ia berfungsi untuk mendidik, mengajar, kritikan dan sindiran kepada orang-orang Melayu supaya boleh menjadi masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Mereka sudah penat bekerja seharian dan jalan keluar untuk merehatkan diri dan otak adalah melalui Sastera Rakyat. Cerita-cerita Jenaka dan Cerita Binatang termasuk genre puisi adalah berperanan besar membentuk budaya masyarakat Melayu yang sangat mementingkan budi dan muafakat.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails