BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

BLOG BAHASA MELAYU CIKGU FARHAN

SELAMAT MELAYARI BLOG BAHASA MELAYU CIKGU FARHAN DI LINK INI BERSAMA MENUJU KECEMERLANGAN!!

Pengunjung Setia

DARI MANA ANDA ONLINE?

KATA-KATA HIKMAT/FALSAFAH

ANDA TIDAK KUAT
TETAPI ANDA MEMPUNYAI KEKUATAN
UNTUK MENJADI KUAT,

LANGKAH PERTAMA ITU ADALAH HARAPAN
SEDANGKAN TIDAK MELANGKAH
LANGSUNG TIADA HARAPAN.

OLEH : DATO' DR. SYED AHMAD

CITA-CITA TANPA USAHA ADALAH ANGAN-ANGAN,
ANGAN-ANGAN YANG DIUSAHAKAN ADALAH CITA-CITA.


OLEH : MAS ADEKI

Saturday, August 8, 2009

KOMSAS

STRUKTUR NOVEL KONSERTO TERAKHIR

TEMA DAN PERSOALAN


Tema adalah satu perkara pokok yang paling utama dalam sesebuah karya sastera. Tema yang terdapat dalam novel Konserto Terakhir adalah tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan hingga dapat mengecapi kejayaan. Di maaa menisahkan Helmi seorang anak kampung yang datang ke Bandar yang terpaksa mengharungi pelbagai halangan dan dugaan yang diberikan oleh mak ciknya. Helmi terpaksa menjadi tukang kebun di rumah bapa saudaranya sendiri. Helmi mengharungi liku-liku kehidupannya dengan penuh tabah dan sehingga dia Berjaya menjadi seorang pemain alat muzik yang terkenal. Helmi kini dikenali ramai dan disegani dengan gelaran pemain piano yang terkenal.


Persoalan boleh ditakrifkan sebagai perkara sampingan atau isu-isu sampingan yang berfungsi untuk mendukung tema sesebuah novel.

Antara persoalan yang boleh dilihat berdasarkan novel Konserto Terakhir ini adalah seperti persoalan perbezaan darjat dan kedudukan. Perbezaan darjat adalah disebabkan terdapatnya satu perasaan banggga diri yang dapat mengasingkan golongan kaya dan miskin, golongan cerdik serta bodoh dan sebagainya. Dalam novel ini, sikap mementingkan darjat ini dilihat melalui watak Datin Salmah dan kakaknya, Siti Hajar yang seboleh-boleh cuba mengelakkan orang lain tahu bahawa Hilmi ialah anak saudara Datuk Johari kerana bagi golongan seperti mereka, Hilmi yang miskin sudah pasti akan mencemarkan maruah mereka sebagai golongan atasan apabila diketahui orang kelak.

Selain itu, terdapat persoalan kegigihan dalam meneruskan kehidupan. Gigih adalah satu sikap mulia yang wajar diamalkan oleh setiap manusia untuk terus berjuang bagi mengubah kehidupannya supaya terus cemerlang dan gemilang. Sebagai contoh, Hilmi seorang yang gigih mencari rezeki untuk menampung hidupnya. Bermula daripada seorang tukang kebun, kemudian menjadi ahli muzik dan bekerja di kios minyak, dia tetap berusaha gigih mencari nafkah untuk keperluan dirinya. Hilmi mendapat tunjuk ajar dan sokongan Pak Amat agar gigih berusaha untuk mencapai cita-cita untuk menjadi seorang pemuzik bagi mengubah masa depan dan corak hidupnya.

Malahan, dalam novel ini juga mengandungi persoalan cinta dan kasih-sayang. Kasih sayang adalah penghubungjalin rasa mesra dan saling mencintai antara satu sama lain dalam sesebuah keluarga. Hidup akan harmoni dan sejahtera sekiranya ada rasa kasih sayang dalam diri setiap manusia di muka bumi Allah ini. Sebagai bukti, Hayati dan Hilmi yang berkasih-sayang sebagai tanda bersimpati pada mulanya akhirnya berubah menjadi serius dalam percintaan walaupun mendapat tentangan daripada Datin Salmah. Namun kasih-sayang yang wujud tidak berbunga bahagia apabila watak-watak seperti Hilmi, Hayati, Azizah dan Mohsin akhirnya melalui penceraian kerana benih cemburu yang tumbuh.

Persoalan seterusnya adalah persoalan taat pada agama. Taat adalah satu nilai yang sangat penting dalam mewujudkan rasa sayang serta mesra dalam kalangan manusia pada masa ini. Dengan adanya taat, sebarang persengkataan daat dielakkan serta mampu mendidik anak-anak mendengar cakap ibu bapa. Berdasarkan novel Konserto Terakhir ini, dapat dibuktikan ketaatan ini wujud apabila Hayati yang merupakan seorang remaja yang agak sosial berubah menjadi seorang yang taat pada agama apabila Hilmi mendiami rumahnya. Sungguhpun ibunya tidak suka, Hayati tetap menunaikan solat, membaca buku agama sebagai tanda dia taat pada perintah Allah yang mewajibkan semua umatnya beralal ibadah kepada-Nya.

Terdapat juga persoalan berani menghadapi cabaran. Keberanian adalah satu perbuatan atau sikap positif yang mampu menjadikan pengamalnya berani dalam membuat sebarang keputusan dan menyahut cabaran. Dengan adanya keberanian, manusia tidak mudah diperkotak-katik dan diperlekehkan. Keberanian inilah tunjang kehidupan. Hayati digambarkan seorang wanita yang berani dalam hidunya apabila dia bersedia memimpin orkestra Hilmi Poutpuri apabila Hilmi tidak dapat mengetuainya kerana sakit dan dimasukkan ke hospital. Hayatai juga berani berbual-bual dengan Hilmi walaupun mendapat respon negative daripada Datin Salmah.

Di samping itu, persoalan tanggungjawab dalam menjalankan tugas juga terkandung dalam novel yang berkualiti tinggi ini. Tanggungjawab penting sebagai simbol seseorang manusia itu peka serta serius dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Sememangnya kita diwajibkan memiliki sifat atau nilai bertanggungjawab agar dapat menjaga imej supaya tidak tercemat di mata masyarakat. Berdasarkan novel yang dikaji ini, ternyata persoalan bertanggungjawab ini lahir apabila Hilmi yang menjadi tukang kebun di rumah Datuk Johari menjalankan tugasnya dengan penuh komitmen. Dia bertanggungjawab memelihara bunga-bunga yang dibeli oleh Datin Salmah. Hilmi juga bertanggungjawab kepada agama apabila dia menunaikan solat setelah masuk waktunya.

GAYA BAHASA

Gaya bahasa bermaksud ragam bahasa yang digunakan dalam penulisan atau lisan ataupun cara pemakaian bahasa dalam sesebuah karya atau susunan kata, frasa dan ayat yang digunakan oleh pengarang dalam usaha melengkapkan tema dan persoalan dan sebagainya dalam karya yang dihasilkan. Misalnya, pantun, gurindam, cerpen, novel dan sebagainya.

Berdasarkan novel Konserto Terakhir ini, antara gaya bahasa yang boleh didapati adalah seperti penggunaan simile. Unsur simile ditakrifkan sebagai satu bentuk gaya bahasa yang membandingkan manusia dengan suatu objek lain. Simile banyak menggunakan perkataan bandingan seperti, bak, macam, umpama dan bagai. Sebagai contoh, penggunaan simile dapat dilihat melalui contoh berikut :
Hilmi yang sedang berdiri seperti patung di depan ruangan itu di luar telah gementar sendi lututnya.
( hlm 62 )

Seterusnya, terdapat penggunaan gaya bahasa personifikasi. Gaya bahasa ini bertujuan memberikan unsure perorangan kepada sesuatu objek. Dengan erti kata lain, personifikasi mengandaikan sesuatu objek seolah-olah hidup dan bernyawa melalui kata-kata puitis yang digunakan. Contoh penggunaannya adalah seperti berikut :
“ Kau jangan susah,” kata Mamat. “ Rumah itu tak lari.”
( hlm 92 )
Malahan, terdapat penggunaan unsur metafora yang digunakan dalam mengindahkan lagi ayat-ayat dalam novel ini. Metafora merupakan satu gaya bahasa yang membandingkan sesuatu perkara dengan perkara lain tetapi bentuk perbandingannya tidak dibuat secara langsung. Metafora melibatkan gabungan dua perkataan ,iaitu perkataan abstrak dan konkrit. Berdasarkan kajian yang dibuat, penggunaan metafora dapat didapati dalam contoh di bawah ini :
Lagu-lagu itu menjadi makanan rohaninya.
( hlm 46 )

Di samping itu, novel ini juga mengandungi gaya bahasa peribahasa. Penggunaan gaya bahasa digunakan untuk mengindahkan lagi ayat-ayat dalam sesebuah novel. Perkataannya yang mengandungi seribu satu makna dapat menunjukkan bahawa penggunaannya dalam kehidupan seharian sejak dahulu dari sekarang. Kepuitisan dapat digarap apabila adanya kepelbagai gaya bahasa termasuk unsur peribahasa. Kajian yang dilakukan mendapati contoh penggunaan peribahasa ditunjukkan melalui ayat berikut :
...melewati waktu sembahyang dengan tidur-tidur ayam.
( hlm 184 )

Selanjutnya, penggunaan gaya bahasa sinkof. Sinkof merupakan sejenis gaya bahasa penyirnaan atau pengguguran huruf sisip atau suku kata sisip perkataan atau pewujudan kata ringkas yang terhasil akibat penghilangan huruf atau suku kata. Contoh penggunaannya dapat dilihat berdasrkan contoh berikut :
“ Apa yang kau mahu, Mi? ” tanya Mak Minah.
“ Tengok jam.”
“ tengok jam? ” Perempuan tua tukang masak itu agak kehairanan. Hilmi tidak pernah melihat jam selama ini. Mengapa pula hari itu tiba-tiba dia mahu menengok jam. Tetapi hairannya itu hanya sebentar.
( hlm 46 )

Gaya bahasa yang lain adalah seperti gaya bahasa inversi. Penggunaan inversi adalah untuk mewujudkan pembalikan ayat atau rangkaian kata tertentu. Pembalikan ini akan menjadikan ayat atau rangkaian kata itu lebih indah, segar dan menarik walaupun menyimpang daripada kelaziman tatabahasa. Penggunaan inverse dapat dilihat berdasarkan contoh berikut :
Di muka pintu tertegak seorang anak muda, lima kaki lima inci tingginya. Rambutnya sedikit ikal, anak matanya agak liar. Pakaiannya agak miskin terbuat daripada bahan kain yang murah seluarnya berkeredut dan bajunya sudah hilang warna asal. Dia…..
Sepatutnya : Tertegak seorang anak muda di muka pintu.
( hlm 2 )

Terdapat juga penggunaan perulangan dalam sesuatu ayat atau perenggan. Gaya bahasa perulangan adalah gaya bahasa yang digunakan untuk memberi penegasan terhadap apa yang ingin diberitahu kepada seseorang. Contoh penggunaannya adalah seperti berikut :
“ Ribu…ribu…kau tahu, ribu! ” Datin Salmah menjerit.
( hlm 63 )
Gaya bahasa hiperbola juga digunakan oleh penulis dalam novel Konserto terakhir ini. Hiperbola merupakan satu gaya bahasa yang digunakan untuk menggambarkan sesuatu objek secara berlebih-lebihan supaya menampakkan kehebatan dan meningkatkan imej sesuatu watak. Sebagai bukti, penggunaannya dapat dilihat dalam contoh berikut :
Betullah kau ni malaikat.

Satu lagi gaya bahasa yang tidak kurang pentingnya adalah dari segi penggunaan kata ganda. Kata ganda digunakan bertujuan untuk menampakkan sesuatu perkara menjadi lebih besar atau lebih banyak dan mampu mengubah sesuatu makna perkataan. Contohnya adalah seperti berikut :
Mamat itulah yang telah menolong mencarikan guna-guna untuk Hilmi.
( hlm 163 )
…melihat bunga-bunga yang sedang berkembang.

Dalam novel ini juga mengandungi penggunaan bahasa asing. Bahasa asing digunakan untuk memperindah bahasa di samping mempelbagaikan perkataan untuk menunjukkan penulisnya seorang berdaya intelektual yang tinggi. Penggunaan gaya bahasa asing yang digunakan termasuklah penggunaan bahasa Inggersi, bahasa Arab dan bahasa Indonesia. Penggunaan dialek atau bahasa daerah juga digunakan untuk mempuitiskan lagi bahasa dalam sesebuah karya seperti novel. Contoh penggunaan gaya bahasa asing ini adalah menerusi contoh berikut :
auntie, uncle, morning coffee ( Bahasa Inggeris )
bilang, oleh-oleh ( Bahasa Indonesia )
solat, takdir, tawakal ( Bahasa Arab )
…bappa kedianya. Ore tok ke nak kena. Tauke ite, drebar pong ite.”
( dialek Kelantan)

Selain itu, terdapat penggunaan ayat pendek dan ayat panjang. ayata-ayat yang dibina ini adalah berperanan untuk menyampaikan perbualan, penerangan tentang keadaan ataupun memerihalkan sesuatu peristiwa. Ayat-ayat menjadi tunjang asas dalam membentuk sebuah cerita yang boleh menyampaikan isi hati penulisnya. Contoh penggunaannya adalah seperti berikut :

AYAT PENDEK
“Bagaimana?”
“Beres,” katanya. “Dia mahu berjumpa dengan kau.”
“Bila?”
“Petang ini juga boleh.”
( hlm 85 )
AYAT PANJANG
Hayati dengan berginjat telah sampai
ke dalam. Dia berdiri tidak jauh dari belakang Hilmi. Dia melihat betapa jari-jari tangan Hilmi yang menari dengan lincahnya di atas mata-mata piano itu. Datin Salmah terpegun melihat orang yang sedang bermain piano itu. Datuk Johari tegak tidak bergerak di muka pintu. Tiba-tiba Hilmi terasa ada orang sedang memerhatikannya. Dia berhenti tiba-tiba………

( hlm 106 )

0 comments:

Related Posts with Thumbnails